-->

abstrak: gaya kepimpinan pengetua

Kamarruddin Latif (Penyelia : Prof. Dr. Robiah Sidin)

Gaya kepimpinan pengetua


Huraian literatur adalah untuk melihat kepimpinan pengetua. Sebagai pemimpin, pengetua hendaklah peka kepada matlamat sekolah iaitu untuk melaksanakan wawasan pendidikan nasional yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pengetua diharap dapat memainkan peranannya sebagai pemangkin ke arah melahirkan perpaduan kebangsaan, menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti untuk pembangunan negara, menjayakan konsep pendemokrasian pendidikan dan menerapkan nilai-nilai positif dalam masyarakat. Beberapa dapatan kajian sama ada kajian luar mahupun dalam negeri dipaparkan bagi melihat betapa pentingnya peranan pengetua. Dalam menjayakan peranannya sebagai pemimpin di sekolah maka pengetua adalah orang paling berkuasa. Pengetua adalah sebagai pengurus guru dan staf sokongan, kurikulum, hal ehwal murid dan iklim dan budaya sekolah. Kesimpulannya ialah pengetua hendaklah menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan guru. Gaya kepimpinan pengetua yang menjurus ke arah liberal dan demokratis seperti gaya kepimpinan menyokong, gaya kepimpinan bersama dan gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan lebih disukai oleh guru yang proaktif manakala gaya kepimpinan pengetua yang autokratis sesuai dengan guru yang malas.
Kamarrudin Latif (Penyelia : Prof. Dr. Robiah Sidin)

GAYA kepimpinan pengetua : satu kajian kes di daerah Pasir Mas, Kelantan


Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengetua yang dominan diamalkan oleh pengetua-pengetua di sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Kajian dibuat untuk menentukan sama ada pengetua-pengetua mengamalkan gaya kepimpinan mengarah, menyokong, bersama dan berorientasikan kejayaan. Empat hipotesis dikemukakan untuk mengkaji adakah terdapat perbezaan dalam gaya kepimpinan pengetua mengikut penilaian guru berdasarkan jantina, taraf perkhidmatan, umur dan pengalaman guru. Seramai 165 orang guru dari 14 buah sekolah menegah di Daerah Pasir Mas, Kelantan Darul Naim dijadikan sampel dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah soalselidik iaitu soalselidik yang diubahsuai daripada "Leadreship Behaviour Description Questionnaire" oleh House (1974). Proses dan analisa data dibuat menggunakan program SPSS-X. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik infrensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang paling dominan yang diamalkan oleh pengetua-pengetua sekolah menengah di Daerah Pasir Mas ialah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan. Pengetua juga menunjukkan gaya kepimpinan mengarah adalah budaya kedua dominan. Hasil ujian hipotesis menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam gaya kepimpinan pengetua antara penilaian guru lelaki dengan guru perempuan dalam gaya kepimpinan menyokong. Namun dalam gaya kepimpinan mengarah dan gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan memang tidak dapat perbezaan min yang signifikan. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam gaya kepimpinan pengetua antara penilaian guru siswazah dengan guru yang bukan siswazah. Guru yang berumur kurang daripada 30 tahun dengan guru yang berumur lebih daripada 30 tahun didapati membuat penilaian yang berbeza ke atas gaya kepimpinan pengetua di mana bagi gaya kepimpinan mengarah, bersama dan berorientasi kejayaan didapati tidak dapat perbezaan min yang signifikan dalam gaya kepimpinan pengetua tetapi dalam gaya kepimpinan menyokong terdapat perbezaan min yang signifikan. Guru yang berpengalaman kurang daripada 10 tahun dan guru yang berpegalaman lebih daripada 10 tahun membuat penialaian yang berbeza di mana tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam gaya kepimpinan mengarah, bersama dan berorientasi kejayaan. Namun dalam gaya kepimpinan menyokong terdapat perbezaan min yang signifikan.


Mohd Musleh Yunos (Penyelia : Dr. Saat Mat Yassin)

STAIL kepimpinan Pengetua sekolah berasrama penuh dan kaitannya dengan kepuasan bekerja guru

Kajian ini bertujuan melihat perkaitan di antara stail kepimpinan pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan kepuasan bekerja guru. Kajian ini juga mengenalpasti stail-stail kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua SBP yang merujuk kepada stail kepemimpinan mengarah, kepemimpinan menyokong, kepemimpinan partisipatif dan kepemimpinan berorientasikan kejayaan. Selain daripada itu kajian ini melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja guru berasaskan teori dua faktor Herzberg dan menentukan perbezaan tahap kepuasan mengikut jantina, kategori perkhidmatan dan pengalaman mengajar. Seramai 75 orang guru daripada tiga buah sekolah SBP dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Maklumat dikumpul melalui borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu 11 item mengenai maklumat diri guru, 45 item mengenai kepuasan bekerja guru dan 30 item berkaitan dengan stail kepemimpinan pengetua. Data-data diproses dengan menggunakan ujian min, regrasi, ujian t dan korelasi Pearson r. Keputusan hasil kajian menunjukkan pengetua SBP mengamalkan keempat-empat stail kepemimpinan dan kepemimpinan partisipatif didapati paling dominan. Dari segi kepuasan bekerja terdapat perbezaan kepuasan mengikut jantina dan pengalaman mengajar. Manakala dari segi kategori perkhidmatan didapati tiada perbezaan. Kedua-dua faktor motivator dan higien didapati telah mempengaruhi kepuasan bekerja guru dan faktor motivator dikenal pasti mempunyai pengaruh yang lebih besar ke atas kepuasan bekerja guru. Kajian ini juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara stail kepemimpinan pengetua dengan kepuasan bekerja guru.

Noor Hashimah Hj. Hassan (Penyelia : Prof. Madya Dr. Adnan @ Nan Kamis)

PERKAITAN antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru : tinjauan di sekolah-sekolah menengah daerah Segamat

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perkaitan antara gaya kepimpinan pengetua tahap motivasi sebagaimana yang diamati oleh guru-guru. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan adakah terdapat perbezaan tahap motivasi guru antara jantina, kategori perkhidmatan, kumpulan umur dan pengalaman mengajar. Seramai 297 orang guru (responden) yang dipilih dari 18 buah sekolah menengah daerah Segamat telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Alat ukur 'Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ)' telah digunakan untuk mengukur dimensi kepimpinan pengetua manakala alat ukur 'A Questionaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency (QMAT)' pula digunakan untuk mengukur tahap motivasi guru. Kaedah Pekali Pertalian Pearson, Ujian-t dan Analisis Varians (ANOVA) digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan: (1) Terdapat perkaitan yang signifikan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru, (2) Terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi guru antara jantina (3) Terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi guru antara guru siswazah dengan guru bukan siswazah (4) Terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi guru antara kumpulan umur dan (5) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi guru antara kumpulan pengalaman mengajar. Kajian ini menyokong pendapat umum yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh ke atas tahap motivasi guru.



PRINCIPALS’ communication style as a need towards teachers’ duty


The research discusses the communication style of the principals of Bukit China Zone in the district of Melaka Tengah. The purpose of this research is to observe the communication style of the principals’ in assisting teachers work to achieve the school’s mission and vision. The study is quantitative in nature and data has been analysed in percentage. A total of 101 teachers are involved in this research as respondent in the area of Bukit China in the district of Melaka Tengah. Findings show that principals’ communication style in school help the principal to achieve the schools mission and vision. The right communication channel is very important for the principals when communicating with teachers. The outcome of the study shows that teachers are very satisfied and commited to their work place whereby the percentage shown of each items is more than 70%. Hence, principals should master communication skill in order for them to choose the right channel while communicating and reducing the communication barrier. The principals’ wisdom in practicing the effective communication style will strengthen their leadership. This study can also contribute to the implementation of education policies in helping develop effective and efficient management.

2 Responses to "abstrak: gaya kepimpinan pengetua"

  1. assalamualaikum wbt..ckgu boleh x sy nak questionnaire gaya kepimpinan yg cikgu gunakan tu..?

    BalasPadam
  2. sy pon nak questionnaire tu juga,, boleh ke?

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel