-->

abstrak : kepimpinan pengetua

Zalizan Abu Yazid – ( Penyelaia : Encik Warnoh Katiman )

TINGKAH laku kepimpinan pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Pekan, Pahang.


Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tingkah laku kepimpinan pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Pekan, Pahang. Tingkah laku yang ingin diketahui ialah tingkah laku kepimpinan mengarah, berorientasikan pencapaian, menyokong dan menyertai. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik ke atas 242 orang guru dari 13 buah sekolah menengah dalam daerah ini. Dua jenis statistik digunakan untuk analisis iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif dibentangkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min digunakan bagi menerangkan latar belakang dan persepsi responden. Manakala statistik inferensi iaitu Ujian-t dan ANOVA Satu Hala digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua di kawasan kajian secara keseluruhannya mengamalkan semua jenis tingkah laku kepimpinan. Tingkah laku kepimpinan paling dominan ialah tingkah laku kepimpinan menyokong. Tingkah laku yang paling disukai guru pula ialah tingkah laku kepimpinan menyertai. Pengujian hipotesis menunjukkan tidak wujud perbezaan skor min yang signifikan persepsi guru dari segi jantina, umur, kategori perkhidmatan dan pengalaman mengajar terhadap tingkah laku kepimpinan pengetua.



PERKAITAN DI ANTARA STAIL KEPIMPINAN PENGETUA

DENGAN TAHAP MOTIVASI GURU

(Penyelia : Dr. Saad Mat Yasin)






ISHAK SIN (1993)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



Kajian ini bertujuan menentukan adakah terdapat perkaitan di antara stail kepimpinan pengetua sebagaimana yang diamati oleh guru-guru dengan tahap motivasi mereka. Kajian ini juga bertujuan menentukan adakah terdapat perbezaan tahap motivasi guru mengikut jantina, kategori perkhidmatan, umur dan pengalaman mengajar. Empat ratus enam puluh tiga daripada 519 (89.2%) guru yang dipilih dari tiga puluh tiga sekolah menengah di negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Alat ukur `Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ)' digunakan untuk mengukur dua dimensi kepimpinan pengetua, iaitu dimensi pendayautamaan struktur (initiating structure) dan dimensi timbang rasa (consideration). Alat ukur `A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency (QMAT)' digunakan untuk mengukur tahap motivasi guru. Bagi mendapatkan maklumat demografi, guru-guru diminta memberi maklumat seperti jantina, kategori perkhidmatan, umur dan pengalaman mengajar mereka.



Hipotesis pertama yang menyatakan tiada terdapat perkaitan di antara stail kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru diuji dengan menggunakan kaedah pekali pertalian Pearson. Analisis varians (ANOVA) dan ujian-t digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis lain. Paras keertian .05 ditetapkan sebagai asas untuk menerima atau menolak hipotesis nol.



Analisis data telah menghasilkan keputusan berikut: 1) Hipotesis pertama ditolak kerana terdapat perkaitan yang bererti di antara stail kepimpinan pengetua dengan motivasi guru. 2) Hipotesis kedua ditolak kerana terdapat perbezaan tahap motivasi di antara guru lelaki dengan guru perempuan. 3) Hipotesis ketiga ditolak kerana terdapat perbezaan tahap motivasi di antara guru siswazah dengan guru bukan siswazah. 4) Hipotesis keempat diterima kerana tiada terdapat perbezaan tahap motivasi guru di antara kumpulan umur. 5) Hipotesis kelima diterima kerana tiada terdapat perbezaan tahap motivasi guru di antara kumpulan pengalaman mengajar.


Daripada keputusan kajian ini, disimpulkan bahawa guru-guru kelihatan lebih bermotivasi apabila mereka mengamati pengetua mereka mengamalkan tinggi timbang rasa dan tinggi pendayautamaan struktur. Kajian ini menyokong anggapan umum yang menyatakan stail kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh ke atas motivasi guru.


LEE GEOK HOI

HUBUNGAN antara tingkah laku kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru. Satu kajian di sekolah menengah daerah Kluang, Johor (Penyelia : Encik Mohd. Izham Mohd. Hamzah

Kajian ini bertujuan untuk melihat orientasi kepimpinan pengetua dan tahap kepuasan bekerja di kalangan guru-guru di daerah Kluang, Johor Darul Takzim. Dimensi tingkah laku kepimpinan yang dikaji ialah kepimpinan Pendayautamaan Struktur dan kepimpinan Timbang Rasa manakala tahap kepuasan guru dilihat dari aspek faktor pendorong dan faktor higien. Kajian ini juga berusaha untuk meneliti hubungan dan kesan orientasi kepimpinan tersebut terhadap kepuasan kerja guru. Kajian ini turut melihat perbezaan penilaian tingkah laku kepimpinan pengetua dan kepuasan bekerja di kalangan guru-guru berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina dan kategori perkhidmatan. Seramai 176 orang guru dari enam buah sekolah menengah kebangsaan telah dipilih secara rawak berstrata untuk menjadi sampel kajian ini. Instrumen kajian pula terdiri daripada soal selidik The Leader Behavior Description Questionaire (LBDQ) untuk mengukur dimensi kepimpinan Pendayautamaan Struktur dan Timbang Rasa, dan The Minnesota Satisfaction Questionaire (MSQ) untuk mengukur tahap kepuasan bekerja di kalangan guru-guru. Data yang diperolehi dianalisis dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS PC 7.5 For Windows. Melalui data yang dianalisis mengikut min, ujian-t dan korelasi Pearson pada aras kesignifikanan p < 0.05, maka keputusan menunjukkan kepimpinan pengetua di daerah Kluang lebih berorientasikan Pendayautamaan Struktur. Bagaimanapun, mengikut penilaian guru kedua-dua orientasi kepimpinan ini mendatangkan kepuasan kerja kerana dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara tingkah laku kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian juga menunjukkan kepuasan kerja guru meningkat apabila pihak pengetua mengamalkan kedua-dua orientasi Pendayautamaan Struktur tinggi dan Timbang Rasa tinggi dalam kepimpinannya. Kepimpinan pengetua yang berorientasi Timbang Rasa memberi kesan yang berbeza kepada guru lelaki dan perempuan. Tetapi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penilaian guru lelaki dan guru perempuan terhadap kepimpinan yang berorientasikan Pendayautamaan Struktur. Kategori perkhidmatan guru juga didapati tidak mempengaruhi penilaian guru terhadap orientasi kepimpinan pengetua. Bagi tahap kepuasan kerja dari aspek pendorong dan higien, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penilaian antara guru lelaki dengan guru perempuan, dan juga antara guru siswazah dan guru bukan siswazah.

ONG MEE NEE

STAIL kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan tekanan kerja guru (Penyelia : Encik JamalulLail Abdul Wahab)



Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara stail kepimpinan pengetua dengan tekanan kerja guru. Kajian ini khususnya melihat korelasi antara stail kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau dimensi timbang rasa dengan tekanan kerja guru. Kajian ini juga meninjau perbezaan stail kepimpinan pengetua berdasarkan faktor demografi seperti jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Sejumlah 225 guru dari lapan buah sekolah menengah gred A di daerah Batang Padang, Perak menjadi responden kajian. Alat ukur 'Leader Behavior Description Questionnaire' (LBDQ) digunakan untuk mengukur stail kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau dimensi timbang rasa. Alat ukur 'Teacher Job Stress Questionnaire' (TJSQ) digunakan untuk mengukur enam faktor tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, motivasi pelajar, kekangan masa, pengiktirafan profesional, kekaburan peranan dan konflik peranan. Sampel kajian dipilih secara rawak berstrata. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS PC 7.5 for Windows. Dua jenis statistik digunakan untuk memperoses data. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan manakala statistik inferensi melibatkan Pekali Korelasi Pearson, ANOVA Satu Hala dan Ujian-t. Aras kesignifikanan p<0.05 telah menghasilkan keputusan berikut: 1) Stail kepimpinan pengetua yang dominan ialah stail kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur dan timbang rasa yang tinggi (2) Tekanan kerja guru berada pada tahap sederhana (3) Stail kepimpinan pengetua tidak mempunyai hubungan signifikan dengan tekanan kerja guru (4) Dimensi timbang rasa mempunyai hubungan yang signifikan dengan tekanan kerja guru. Dimensi pendayautamaan struktur tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tekanan kerja guru (5) Stail kepimpinan sukuan I (timbang rasa tinggi + pendayautamaan struktur tinggi) mempunyai hubungan yang signifikan dengan tekanan kerja guru (6) Dimensi pendayautamaan struktur mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor tekanan kerja guru iaitu kekangan masa (7) Dimensi timbang rasa mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor tekanan kerja guru iaitu pengiktirafan profesional, kekaburan peranan dan konflik peranan (8) Stail kepimpinan pengetua didapati berbeza antara guru lelaki dengan guru perempuan. Faktor umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar tidak mempengaruhi stail kepimpinan pengetua. Kajian ini mencadangkan stail kepimpinan kedua-dua dimensi pendayautamaan struktur dan timbang rasa yang tinggi sebagai stail kepimpinan yang boleh mengurangkan tekanan kerja guru dengan signifikan.



PERKAITAN DI ANTARA GAYA KEPIMPINAN DIMENSI

PENDAYAUTAMAAN STRUKTUR DAN DIMENSI

TIMBANG RASA PENGETUA DENGAN TAHAP

MOTIVASI GURU

(Penyelia : Prof. Dr. Robiah Sidin)

NAGAYAYA MUNIANDI (1998)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



ABSTRAK



Kajian ini bertujuan melihat perkaitan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi para guru. Kajian ini khususnya melihat perkaitan antara gaya kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau dimensi timbang rasa dengan tahap motivasi guru. Tiga ratus enam orang guru dari 15 buah sekolah menengah di daerah Hulu Langat menjadi responden kajian. Alat ukur `Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ)' digunakan untuk mengukur orientasi dimensi kepimpinan pengetua, iaitu dimensi pendayautamaan struktur dan dimensi timbang rasa. Alat ukur `A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency (QMAT)' digunakan untuk mengukur tahap motivasi guru. Pertalian-pertalian dalam kajian ini telah diuji dengan menggunakan kaedah korelasi Pearson. Paras keertian .01 telah menghasilkan keputusan berikut: 1) Stail kepimpinan pengetua yang tinggi dalam dimensi pendayautamaan struktur dapat memotivasikan guru 2) Stail kepimpinan pengetua yang tinggi dalam dimensi timbang rasa memotivasikan guru 3) Stail kepimpinan pengetua yang tinggi dalam dimensi pendayautamaan struktur dan tinggi dalam dimensi timbang rasa memotivasikan guru 4) Stail kepimpinan pengetua yang tinggi dalam dimensi pendayautamaan struktur tetapi rendah dalam dimensi timbang rasa tidak memotivasikan guru 5) Stail kepimpinan pengetua yang tinggi dalam dimensi timbang rasa tetapi rendah dalam dimensi pendayautamaan struktur tidak memotivasikan guru 6) Stail kepimpinan pengetua yang rendah dalam dimensi pendayautamaan struktur dan rendah dalam dimensi timbang rasa tidak memotivasikan guru. Daripada keputusan kajian ini, disimpulkan bahawa guru-guru kelihatan lebih bermotivasi apabila mereka melihat pengetua mereka mengamalkan gaya kepimpinan yang tinggi dalam dimensi timbang rasa dan tinggi dalam dimensi pendayautamaan struktur. Kajian ini menyokong anggapan umum yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh ke atas motivasi guru.


THE RELATIONSHIP BETWEEN THE PRINCIPALS' LEADERSHIP STYLE

WHICH ARE ORIENTED TOWARDS INITIATING STRUCTURE

OR CONSIDERATION STRUCTURE WITH MOTIVATION



ABSTRACT



The purpose of this study was to determine the significant relationship between the principals' leadership stype as perceived by teachers and the level motivation among teachers. Specifically the study attempts to determine the relationship of leadership style which are oriented towards initiating structure of consideration structure with motivation. Three hundred and six teachers from 15 secondary schools in the District of Hulu Langat participated in this study. The Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ) was used to measure the initiating structure and consideration strucutre. A Questionnaire Measure of Individual Differences In Achieving Tendency (QMAT) was used to measure teachers motivation. All relationships were tested by using the Pearson Correlation. The level of significance of .01 was used to reject or accept the relationship. Data analysis showed the following findings: 1) Significant relationship existed between leadership style of initiating structure with teachers motivation. 2) A significant relationship existed between leadership style of consideration with teachers motivation 3) A significant relationship existed between the two dimensions high in initiating structure and high in consideration with teachers motivation. 4) There was no significant relationship between principals style which was high in initiating structure but low in consideration structure with teachers motivation 5) There was no significant relationship between principals style which was high in consideration structure but low in initiating structure with teachers motivation. 6) The sixth test showed a significant relationship between principals style which was low in initiating structure and low in consideration structure with the teachers motivation. Thus, it could be generally concluded that teachers appeared to be highly motivated when the principals leadership style was high in the consideration structure and also high in the initiating structure. This study supports the notion that principals leadership style affect teachers motivation.



. Sapiee Hj. Madani (Penyelia : Dr. Saat Mat Yassin)

TINGKAHlaku kepimpinan Pengetua Sekolah Agama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengeran anak Damit Brunei Darussalam


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tingkahlaku kepimpinan sekolah cemerlang iaitu Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Brunei Darussalam dilihat dari persepsi guru-guru. Kajian ini menggunakan soal selidik " Leader Behaviour Description Questionnaire (LBDQ) " yang telah diterjemah dan diadaptasikan oleh Rahimah (1981), dn dijalankan ke atas 60 orang guru. Di samping itu penyelidik juga mengadakan temubual dengan beberapa orang guru serta melakukan cerapan terhaap pengetua tanpa disedarinya. Hasil kajian ini secara keseluruhan menunjukkan bahawa tingkahlaku kepimpinan pengetua Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit adalah lebih mementingkan tugas daripada hubungan manusia.



Mohamaed Anuar Yusof (Penyelia : Prof. Madya Datin Dr. Faridah Karim)

STAIL kepimpinan pengetua dan korelasinya dengan kepuasan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah agama di Negeri Selangor


Kajian ini adalah bertujuan melihat sama ada wujud pertalian yang signifikan stail kepimpinan mengarah, menyokong, penyertaan dan stail kepimpinan berorientasikan pencapaian dengan kepuasan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah agama di negeri Selangor Darul Ehsan. Kajian ini juga akan melihat tahap kepuasan kerja di kalangan guru-guru agama, cuba melihat sama ada terdapat perbezaan pencapaian di kalangan guru-guru berdasarkan jantina, kelulusan akademik dan kehadiran dalam kursus perkhidmatan. Kajian ini melibatkan 10 buah sekolah daripada 20 buah. Pemilihan sekolah dibuat secara rawak. Seramai 110 orang guru agama terlibat sebagai responden. Teori Laluan Matlamat oleh House (1974) dan teori kepuasan kerja merujuk kepada teori dua faktor iaitu motivasi dan higien oleh Herzberg (1959) sebagai paksi kerangka kajian ini. mAnakala data dikumpul dan diproses dengan komputer menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science). Untuk memproses dapatan kajian ini dua bentuk statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik infrensi. Statistik deskriptif menggunakan frekuensi, peratusan, min dan sisihan lazim, manakala statistik infrensi menggunakan Ujian-t. Korelasi Pearson bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan P<0.05. Dapatn analisis kajian yang pertama menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan stail kepimpinan pengetua antara persepsi guru lelaki dengan guru perempuan. Kedua terdapat perbezaan yang signifikan stail kepimpinan pengetua antara persepsi guru siswazah dengan guru bukan siswazah. Ketiga tidak terdapat perbezaan yang signifikan stail kepimpinan pengetua antara persepsi guru yang pernah menghadiri kursus dengan guru yang tidak pernah menghadiri kursus dalam perkhidmatan. Keempat tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja antara guru lelaki dengan guru perempuan. Kelima tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja antara guru siswazah dengan bukan siswazah. Keenam terdapat perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja antara guru yang pernah menghadiri kursus dengan guru yang tidak pernah menghadiri kursus dalam perkhidmatan. Ketujuh tidak terdapat korelasi yang signifikan antara tingkahlaku kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru.



Abdul Samad Hj. Seron (Penyelia : Encik Warnoh Katiman)

KEPIMPINAN pengetua dalam pengurusan pembangunan pelajar. Satu kajian kes di sekolah menengah kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor


Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kepimpinan Pengetua dalam pengurusan pembangunan pelajar dalam bidang kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor Darul Ehsan. Pengurusan pembangunan pelajar di bidang kokurikulum meliputi lima komponen iaitu penglibatan pelajar dalam kokurikulum, penghayatan bakat pelajar, kecenderungan pelajar terhadap kokurikulum, perkembangan disiplin diri pelajar, dan pembentukan identiti (jati) diri pelajar. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan respon daripada 300 responden terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan Teori Kepimpinan. Penganalisaan data dibuat secara deskriptif menggunakan peratusan. Keputusan analisis data kajian menunjukkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum 75.7% (sederhana), pengkayaan bakat pelajar 78.4% (sederhana), kecenderungan pelajar terhadap kokurikulum 65.9% (sederhana), perkembangan disiplin diri pelajar 56.1% (rendah) dan pembentukan identiti (jati) diri pelajar 71.9% (sederhana). Keputusan keseluruhan kajian yang dijalankan menunjukkan kepimpinan pengetua dalam pengurusan pembangunan dari sudut kokurikulum berada di tahap sederhana dengan mendapat skor sebanyak 69.6%. Implikasi kajian ini dapat mendedahkan tugas dan permasalahan yang dihadapi Pengetua dalam memimpin dan mengurus aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar di bidang kokurikulum.


Mohd. Nasir Hj. Amir (Penyelia : Dr. Saat Md. Yasin)

STAIL kepimpinan pengetua serta hubungkaitnya dengan kepuasan bekerja dan self-sistem di kalangan guru sekolah menengah agama rakyat di negeri Johor Darul Takzim


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti stail kepimpinan pengetua yang dominan yang diamalkan oleh pengetua sekolah menengah agama rakyat negeri Johor Darul Takzim, tahap kepuasan kerja dan self-esteem (SE) di kalangan guru-guru. Di samping itu, kajian ini cuba melihat sama ada terdapat perbezaan pandangan di kalangan guru-guru terhadap aspek stail kepimpinan pengetua dan untuk melihat sama ada terdapat korelasi antara stail kepimpinan pengetua dengan tahap kepuasan kerja dan self-esteem (SE) guru-guru. Seramai 89 responden terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak dari 10 buah sekolah iaitu meliputi 32 orang guru lelaki dan 57 orang guru perempuan, 25 orang adalah guru siswazah manakala 64 orang guru bukan siswazah. Dari segi umur responden, seramai 40 orang berumur 30 tahun dan ke bawah, 36 orang berumur antara 31 hingga 40 tahun dan 13 orang berumur 41 tahun dan ke atas. Dari segi pengalaman pula, seramai 47 orang berpengalaman 5 tahun dan ke bawah, 16 orang berpengalaman antara 6 hingga 10 tahun dan 26 orang berpengalaman 10 tahun dan ke atas. Majoriti daripada responden kajian ini iaitu 64 orang pernah menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan manakala 25 orang tidak pernah menghadiri kursus. Pengumpulan data dalam kajian ini dibuat melalui soal selidik. Soal selidik mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A, berkaitan dengan latar belakang responden. Bahagian B, berkaitan dengan stail kepimpinan pengetua, Bahagian C berkaitan dengan self-esteem (SE) manakala Bahagian D, berkaitan kepuasan kerja guru. Soal selidik bahagian B dan D menggunakan skala likert lima poin. Pemerosesan data dibuat menggunakan program SPSS untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan lazim serta ujian-t dan korelasi Pearson bagi menguji hipotesis kajian yang dikemukakan pada paras signifikan P<0.05. Stail kepimpinan yang paling dominan yang diamalkan oleh pengetua sekolah menengah agama rakyat di negeri Johor Darul Takzim ialah stail kepimpinan berorientasikan pencapaian, ini diikuti oleh stail kepimpinan menyokong, stail kepimpinan penyertaan dan stail mengarah. Kepuasan guru-guru secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi manakala self-esteem (SE) guru-guru secara keseluruhan adalah pada tahap sederhana. Terdapat korelasi yang signifikan antara stail kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru dari aspek higien.




Mohd Dlan Kasim (Penyelia : Prof. Datin Dr. Rohaty Mohd. Majzub)

TINGKAHLAKU kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan.






Kajian ini bermatlamat untuk melihat tingkahlaku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di beberapa sekolah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Kajian ini ingin melihat hubungan tingkahlaku mengarah, menyokong, penyertaan dan berorientasikan kejayaan dalam kepimpinan pengetua di sekolah dan perbezaan tingkahlaku kepimpinan pengetua dan tahap kepuasan bekerja guru berdasarkan faktor jantina, kategori perkhidmatan, umur dan pengalaman mengajar guru-guru yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 150 orang guru dari 7 buah sekolah yang terletak di kawasan bandar dan luar bandar di Negeri Sembilan terlibat dalam kajian ini. Kerangka teori kajian adalah berdasarkan teori Path Goal dan teori Hierarki Keperluan Maslow yang diperkenalkannya pada tahun 1954. Maklumat-maklumat untuk kajian ini diperolehi melalui soal selidik. Data-data telah diproses dengan menggunakan kaedah SPSS (Statistical Package For the Social Science) versi 9.05, Ujian-t, Analisis Varian (ANOVA) dan Kaedah Korelasi Pearson. Aras signifikan 0.05 telah digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu hipotesis nul itu ditolak atau diterima. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara tingkahlaku kepimpinan jenis mengarah, menyokong, penyertaan dan kejayaan dengan kepuasan kerja guru dari segi keperluan fisiologi, keselamatan, keperluan sosial, penghargaan diri dan pengwujudan diri. Selain itu didapati tidak ada perbezaan di antara tingkahlaku kepimpinan mengarah, menyokong, penyertaan dan kejayaan dengan penilaian guru lelaki, guru perempuan, guru siswazah dan bukan siswazah mengikut umur dan pengalaman mengajar guru. Daripada dapatan kajian terdapat perbezaan antara kepuasan kerja guru lelaki dan perempuan terhadap keperluan fizikal dan penghargaan diri; perbezaan kepuasan kerja antara guru siswazah dengan bukan siswazah terhadap keperluan diri; perbezaan kepuasan kerja antara guru mengikut umur terhadap keperluan sosial dan perbezaan kepuasan kerja antara guru mengikut pengalaman terhadap keperluan fizikal, keselamatan dan pengwujudan diri. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa taraf kepuasan kerja guru yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan peringkat sederhana.



ROSIDAH SUHOD

HUBUNGAN stail/tingkah laku kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru : satu tinjauan (Penyelia : Prof. Madya Puan Sri Dr. Faridah Karim

Kajian ini bertujuan untuk menentukan adakah terdapat perkaitan di antara stail/tingkah laku kepimpinan pengetua sebagaimana yang diamati oleh guru-guru dengan tahap motivasi mereka. Kajian ini juga bertujuan menentukan adakah terdapat perbezaan tahap motivasi guru mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar, kelulusan iktisas dan status jawatan. Seramai lima puluh lima orang guru (76.3%) daripada 72 yang dipilih dari Kolej Yayasan Pelajaran MARA Bangi, Selangor telah menjadi responden dalam kajian ini. Alat ukur `Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ)' digunakan untuk mengukur dua dimensi stail/tingkah laku kepimpinan pengetua iaitu dimensi Pendayautamaan Struktur dan dimensi Timbang Rasa. Alat ukur `A Questionnaire Measure of Indicidual Differences in Achieving Tendency (QMAT)' digunakan untuk mengukur tahap motivasi guru. Kaedah Pekali Korelasi Pearson, Analisis Varians (ANOVA) dan ujian-t digunakan bagi menguji hipotesis-hipotesis. Sebagai asas untuk menerima atau menolak hipotesis nol. Paras keertian 0.5 telah ditetapkan. Analisis data telah menghasilkan keputusan berikut : 1) Terdapat perkaitan yang signifikan antara stail/tingkah laku kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru. 2) Terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi di antara guru lelaki dengan guru perempuan. 3) Tiada terdapat yang perbezaan yang signifikan tahap motivasi guru di antara kumpulan umur. 4) Tiada terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi guru di antara kumpulan pengalaman mengajar. 5) Terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi guru di antara kumpulan kelulusan iktisas. 6) Terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi di antara guru tetap dengan guru sementara. Berdasarkan keputusan kajian ini, dinyatakan bahawa guru-guru kelihatan lebih bermotivasi apabila mereka mengamati pengetua mereka mengamalkan stail/tingkah laku kepimpinan yang tinggi pendayautamaan struktur dan timbang rasa. Kajian ini menyokong dapatan lepas dan anggapan umm yang menyatakan stail/tingkah laku kepimpinan pengetua mempengaruhi tahap motivasi guru.



RELATIONSHIP between the principal's leadership behavior and the level of teacher's job satisfaction at grade A secondary schools in Kuala Lipis, Pahang.


The purpose of this study was to determine if there is a significant relationship between the principal leadership behaviors as perceived by the teachers and the level of teacher's job satisfaction. This study also attempted to determine if there is significant correlation among leadership behaviors as directive, supportive, participation and achievement oriented in principals leadership at school, if there is a significant difference in the principal leadership behavior among principals and if significant difference in teacher's job satisfaction and principal behavior leadership existed based in the teacher's sex, service category, age and teaching experience. Hundred and sixteen teachers from 3 grade A secondary schools in Kuala Lipis, Pahang, participated in the study. Path Goal Theory by House (1974) and Need Hierarchy Theory by Maslow (1954) were used as framework theoretical. The first hypothesis stated that there will be no significant correlation between principal's leadership behavior and the level of teacher's job satisfaction as perceived by teachers. Pearson correlation coefficient was used to test this hypothesis and second hypothesis. Analysis of variance (ANOVA), scheffe and t-tests were utilized to test the remaining hypothesis. The 0.05 level of significance was used to make decision for rejecting or accepting the null hypothesis. The data analysis produced these findings (1) The first hypothesis was rejected because there was a significant relationship existed between the principal's leadership behavior and teacher's job satisfaction (2) The second hypotehsis was rejected because there was a significant relationship existed among leadership behavior's nature (3) Third hypothesis was rejected because there was a significant difference between the principal's leadership behavior among school (4) Fourth hypothesis was accepted because there was no significant difference in assessment of principal's leadership behavior between male and female teachers (5) Fifth hypothesis was accepted because there was no significant difference in assessment of principal's leadership behavior between teacher's service category (6) Sixth hypothesis was rejected because there was a significant difference in assessment of principal's leadership behavior between teacher's age group (7) Seventh hypothesis was rejected because there was a significant difference in assessment of principal's leadership behavior between teacher's teaching experience group (8) Eight hypothesis was accepted because there was no significant difference in job satisfaction between male and female teachers (9) Ninth hypothesis was accepted because there was no significant difference in job satisfaction between teacher's service category (10) Tenth hypothesis was rejected because there was a significant difference in job satisfaction between teacher's age group (11) Eleventh hypothesis was rejected because there was a significant difference in job satisfaction between teacher's teaching experience group.


LITERATURE review of principals' leadership style

This study is a literature review of principals' leadership style. The principal has to be concious of school objectives in order to implement educational polocies as outlined in the National Philosophy of Education. The principal should play his role to inculcate national solidarity, produce quality manpower, implement the concept of democratisation of education and inculcate positive values in society. A a leader of school, the principal is the most powerful person. He manages the school staff, the supporting staff, student affairs, the curriculum and the school culture. A liberal and democratic principal who uses supportive and achievement oriented style would be well received by teachers. Autocratic style of leadership is suitable for certain teachers.
LEADERSHIP style : a case study of principal leadership in Pasir Mas district, Kelantan.


The purpose of this case study is to identify the leadership style which is commonly used by all principals in secondary school in Pasir Mas District, Kelantan. The case study were carried out to determine whether principals practise the leadership style of directive, supportive, cooperative and achievement oriented. Four hypotheses were propose to see whether there were differences in the leadership styles of the principals as observed by teachers view based on differences according to gender, years of service, age and teaching experience. One hundreds and sixty five teachers from 14 secondary schools in Pasir Mas District, Kelantan Darul Naim were taken as sample were chosen at random. This case study uses the questionnaire method. The questionnaires were adapted from "Leadership Behaviour Description Questionnaire (LBDQ)" by House (1974). Data analysis was using the SPSS-X programme. Two types of statistics were used. That is descriptive and inferential. The result shows that the leadership style which was dominantly used by principals in secondary schools in the Pasir Mas, Kelantan was achievement oriented style. The principals also used. This was the second dominant the leadership style of directing as a secondly dominant. The results of statistical tests showed there were some significant differences in the leadership style of the principals. There were differences in participative and supportive styles according to male and female teachers. There were no significant differences in the directive and achievement oriented styles of leadership. There were also no significant differences in the style of leadership according to graduate and non graduate teachers, when viewed by teachers of different age group that is 30 and above or below 30 years old the style of leadership were found to be significantly different in the case of supportive leadership style. There were no significant differences in the directive, participative and achievement oriented styles. Teachers with different experiences viewed the leadership of the principals differently. There was significant in leadership style as viewed by teachers with 10 years and above or below 10 years of teaching experience. This was for the supportive style of leadership.

THE leadership style of the principal of boarding schools and its relationship with the work satisfaction of teachers


The study is conducted with the intention of looking at the leadership style of boarding schools and the work satisfaction of teachers. This study is to identify the leadership styles that are being practiced by the principal. These refer to directive leadership, achievement-oriented leadership, supportive leadership and participative leadership style. Aside from that this study is to look at the factors that influence the work satisfaction of teachers base on "Herzberg two factor-theory". It is also determine the different level of satisfaction according to sex, category of services and teaching experiences. Seventy five teachers from three boarding schools were chosen as respondents for the survey. Questionnaire consisting of three section was used to collect information on teachers personal details, 45 items on work satisfaction of teachers and 30 item on leadership style of the principal. The data's were process by using the regression, mean, t-tests, and Pearson r correlation. The result of the survey shows that the principals on the boarding schools practice the 4 styles of leadership whereby the participative leadership was the most dominant. There is a differences in work satisfaction according to sex and teaching experience. How ever there is no difference in service category. Both the motivators and higien factor are found to influence the work satisfaction of teachers but the former (motivator factor) is found to have a bigger influence. This study shows the existence of a significant relationship between the leadership style of the principal and the work satisfaction of teachers.

THE RELATIONSHIP between the school principal's effective communication with teachers' work excellent at Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China, Melaka.







The purpose of this study is to determine the effectiveness of the principal's communications with teachers' work of excellence at Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China, Melaka. The principal's effective communication is viewed from a few aspects i.e. methods of decision making, constrain in making communication, effective characteristic of principal's communication, and proper channels of communication which can facilitate the improvement of teachers' work excellence in school. To obtain relevant information, a set of questionnaires was administered on a selected group of teachers who were at that school. The findings showed that teachers' work could be improved through the principal's effective communication styles and skills will easily channels any information to or his subordinates, especilly teachers such that the information would easily be accepted and understood. Thus effective communication is vital for principal to carry out his or her duties in administrating and managing the school.



LEADERSHIP behaviour of the principal of Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit Brunei Darussalam









This study is to identify the leadership behavior in Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit through the perception of its teachers. This study used the set of questionnaire from an adaptation and translated "Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ) by Rahimah (1981), conducted on 60 teachers. At the same time the researcher also carried out interviews on some teachers as well as observation on the principle. The study shows that the leadership behavior of the principle of Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit is more committed and concerned towards work rather than relationship between individual.


THE effective principal

Leadership quality is one of the main factor that brings about success for the existence of group and organization. Though technology plays an important roll to certain conditions, nevetheless effective leaderships in most cases replace the inadequate facilities and resources. The need for an effective leadership is always present and appreciated. The findings from this research as a whole shows the importance and effectiveness of principals in management, administration and leadership in schools. Efforts to maintain this situation should involve all levels from individuals to the Ministry of Education. Work satisfaction among principals is very important to school as an educational organization to bring out and secure high productivity as the main aim of schools. Successful school can be seen through effective administration, competent and effectiveness, high academic achievements, good performance in extra curriculum, a healthy character from students, good relationship among staff and society, an encouraging work environment and an attractive work place. Among several strategies that must be considered includes making sure that every principals are well trained in administrative education and supervising, exposed to new techniques such as TQM, to equiped their knowledge and skill, to ensure that every principal being appointed is qualified and competent and to provide a rewarding system that is reasonable according to principal's work atmosphere.



THE principal's leadership in effective schools - a comparison with the principles of "7 Habits of highly effective people"



The purpose of this study is to determine the extent whereby the principles in the "7 Habits of Highly Effective People" is adopted by the headmaster of Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tekali. The aspects discussed will include the leader's personality, creativity, ways of motivating his subordinates, job satisfaction, and his awareness of educational aspirations. The findings shiw that the headmaster practised the principales of personal leadership and principles of emphatic communication as stated in Habit 2 and 5. Apart from Habits 2 and 5, his creativity includes using the principles of personal management (habit 3), principles of interpersonal leadership (Habit 4). Under the leadership of the headmaster, being proactive (Habit 1) is practised by the teachers of Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tekali. Beisdes Habits 1 and 2, the headmaster and the teachers are synergised in their work due to the high degree of job satisfaction. The headmaster and teachers' awareness to the changes in the education world caused them to practice the principles of balanced self-renewal. (Habit 7). In conclusion, the principles of leadership in Covey's writing can be applied to educational leadership in our country.

0 Response to "abstrak : kepimpinan pengetua"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel