Jumaat, 30 Oktober 2009

abstrak - pengetua cemerlang

Mohamad Shah Hashim (Dr. Musa Daia)
TINGKAH laku kepimpinan pengetua sekolah cemerlang : satu kajian di sekolah menengah Paduka Tuan Segamat, Johor.


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tingkah laku kepimpinan yang lazim digunakan oleh pengetua sekolah cemerlang iaitu Sekolah Menengah Paduka Tuan Segamat, Johor Darul Takzim dilihat daripada persepsi guru-guru dan kakitangan sokongannya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di antara guru-guru dengan kakitangan sokongan terhadap tingkah laku kepimpinan pengetua. Kajian ini hanya ditumpukan kepada tingkah laku kepimpinan pengetua berdasarkan Teori Laluan-Matlamat yang dikemukakan oleh House (1971). Pengkaji menggunakan soalselidik Kenyataan Tentang Tingkah Laku Kepimpinan atau LBDQ (Leadership Behaviour Description Questionaire). Soalselidik LBDQ ini merupakan soalselidik yang menghuraikan tingkah laku kepimpinan pengetua. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 72 orang guru dan 15 kakitangan sokongan Sekolah Menengah Paduka Tuan Segamat, Johor Darul Takzim. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengetua Sekolah Menengah Paduka Tuan lazimnya bertingkah laku kepemimpinan berorientasikan pencapaian, menyokong dan penyertaan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di antara guru-guru dengan kakitangan sokongan terhadap tingkah laku kepemimpinan pengetua yang berorientasikan pencapaian dan tingkah laku kepemimpinan pengetua yang menyokong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan