-->

aplikasi teknik p n p

Mengaplikasikan Teknik P & P

( i ) Main Peranan ( Role Play )
 Main peranan merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip berdasarkan sesuatu masalah atau situasi yang timbul.
 Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direkakan dan ditimbulkan oleh guru.
 Keterangan ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat itu akan dihuraikan kepada murid-murid dalam bilik darjah terlebih dahulu.
 Aktiviti main peranan bertujuan untuk menyelesaikan satu-satu masalah sahaja dan tempoh lakonan yang digunakan adalah pendek sahaja dalam lingkungan 5 - 6 minit sahaja.
 Murid-murid yang berminat dipilih untuk melakonkan situasi yang direka dan pelakon-pelakon dikehendaki memikirkan cara penyelesaian masalah yang timbul dalam situasi itu.
 Selepas selesai aktiviti main peranan, penilaian prestasi pelakon-pelakon dan rumusan cara penyelesaian hendaklah dibuat.
 Murid-murid dapat memperkukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal.
 Membolehkan murid-murid memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar.


( ii ) Kerja Berkumpulan

1. Merupakan satu bentuk pengajaran yang melibatkan beberapa orang murid dalam proses pengajaran.
2. Kumpulan di bentuk berasaskan kebolehan, pencapaian ataupun minat. Keahlian dalam satu-satu kumpulan boleh diubah mengikut keperluan.

Jenis Kumpulan :
1. Kumpulan mengikut kebolehan – terdiri daripada kumpulan murid cerdas, sederhana dan lemah.
2. Kumpulan pelbagai kebolehan – setiap kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

Objektif Pengajaran Secara Kumpulan :

1. Memberi peluang kepada murid mengalami proses pembelajaran mengikut kemampuan / kebolehan dan kecenderungan diri.
2. Membolehkan guru megatur pengajaran dengan lebih berkesan dengan cara kepelbagaian kegiatan.
3. Membolehkan murid yang cerdas terus maju dan yang lambat dibekalkan dengan aktiviti pemulihan.
4. Sikap dan nilai-nilai baik seperti kerjasama, bertimbang rasa, kepimpinan dan saling membantu dapat dipupuk.

Peranan Guru :

1. Membentuk kumpulan dan menentukan jenis kumpulan yang hendak digunakan.
2. Guru hendaklah menyediakan bahan pembelajaran yang berbeza bagi kumpulan mengikut kebolehan.
3. Mengadakan pembelajaran secara kelas terlebih dahulu supaya konsep kemahiran dapat dikuti secara keseluruhan oleh semua murid.
4. Memastikan disiplin terkawal supaya proses pembelajaran berjalan lancar.
5. Merancang terlebih dahulu apa yang perlu dilakukan pada setiap kumpulan.
6. Sebagai penggerak dan pendorong pembelajaran :
- memberi panduan operasi kumpulan
- berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan
- mengaitkan idea-idea
- memberi ganjaran kepada individu dan kumpulan
7. Memupuk norma-norma kumpulan.
8. Menilai keberkesanan objektif pembelajaran.

Lawatan

1. Merupakan satu rombongan yang di kelolakan oleh pihak sekolah.
2. Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum, semasa dan kerja susulan selepas lawatan.
3. Contoh – lawatan sambil ke muzium, kilang, arkib, Pusat Sumber Daerah , tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat yang berkaitan pelajaran.

Tujuan :
1. Menjadikan pengajaran lebih menarik dan bermakna.
2. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman sebenar tentang sesuatu keadaan.
3. Meningkatkan kebolehan murid untuk memerhati, menyelidik dan merekod.
4. Membolehkan murid membuat perbandingan dengan apa yang dipelajari dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar.
5. Menyediakan peluang untuk melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran / pembelajaran.
6. Meningkatkan daya ingatan murid.

Prinsip Lawatan :

1. Membuat perancangan awal – tempat, masa, persediaan pelajar, kebenaran dan sebagainya.
2. Tempat lawatan hendaklah memberi faedah kepada murid dan selaras dengan topik pelajaran.
3. Merancang aktiviti pembelajaran yang perlu di buat ketika lawatan.
4. Memberitahu murid tentang perkara penting yang harus diperhatikan.
5. Gerak kerja susulan hendaklah di buat selepas lawatan.

Langkah Perlaksanaan Lawatan :

1. Melibatkan perancangan, perlaksanaan dan gerak kerja sebelum, semasa dan selepas lawatan.



Apakah Maksud Penggunaan ICT dalam P & P ?

Penggunaan ICT dalam p & p bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p & p.

Apa Manfaat ICT dalam Pembelajaran ?

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran :

• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi pelajar.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri.
• Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
• Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
• Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
• Meningkatkan daya kreativiti dan imiginasi murid.
• Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkatkan kemahiran ICT.

Apa Syarat Untuk Memanfaatkan ICT Dalam P & P

- Untuk memperoleh manfaat mengguna ICT dalam p & p, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :
- Penggunaan ICT dalam p & p dirancang dengan baik, bukan secara bidang terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan p & p.
- Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran.

- Bagaimana Menggunakan ICT dalam P & P
- Penggunaan ICT dalam p & p dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran ( guru menggunakan ICT ) dan aspek pembelajaran ( murid menggunakan ICT ).
- Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh digunakan sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.
Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam p & p boleh dikategorikan sebagai :
i) Tutorial
ii) Penerokaan
iii) Aplikasi
iv) Komunikasi


ICT Untuk Pembelajaran Tutorial

1) ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi :

i) Pembelajaran ekspositori
ii) Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh Sistem
iii) Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh Sistem.


2) ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan

- Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :

I. Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, porfil maklumat dan sebagainya.
II. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
III. Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi :

i) Pembelajaran yang berbentuk Takwin Penemuan.
ii) Pembelajaran yang mengurus kepada penyelesian masalah kehidupan sebenar.
iii) Aktiviti yang berkaitan kajian Masa Depan.
iv) Akitiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.


3) ICT Sebagai Alat Aplikasi

- ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p & p.

- Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

- Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi apabila muridnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya komputer dan pemproses perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara bermanfaat.


4) ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi

- ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut :

i) Teks.
ii) Grafik.
iii) Audio.
iv) Video.
v) Kombinasi pelbagai mod.

- Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu :

i) Teknik Seorang - Sendiri.
ii) Teknik Seorang kepada Seorang.
iii) Teknik Seorang kepada Ramai.
iv) Teknik Ramai kepada Ramai.



Pembelajaran Berpasukan
1. Merupakan satu proses pengajaran yang melibatkan beberapa orang guru mengajar satu pasukan pelajar dalam jumlah yang ramai.
2. Guru perlu merancang secara bersama untuk menyampaikan pengajaran mereka. Ini melibatkan perbincangan mengenai guru yang akan mengajar mata pelajaran tertentu serta tempohnya.
3. Contoh :
 Dalam keadaan tertentu, pelajar perlu mempelajari Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Seni, Pendidikan Moral dan Sejarah.
 Dalam keadaan ini, seseorang guru mungkin hanya mengajar 2 atau 3 mata pelajaran sahaja.
 Guru yang mempunyai waktu mengajar yang kurang akan membantu menjalankan pendidikan pemulihan atau pengayaan.
 Kemungkinan juga guru tersebut boleh membantu guru lain memeriksa buku kerja / latihan murid yang berkenaan.
4. Kerjasama antara guru amat penting. Nilai bertimbang rasa, belas kasihan, ketepatan masa, kejujuran serta ikhlas perlu wujud di kalangan guru.


Pembelajaran Koperatif
1. Pembelajaran yang berasaskan pengalaman melalui aktiviti adalah asas utama pembelajaran koperatif.
2. Kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.
3. Mengintergrasikan pembelajaran masteri, mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir, berkomunikasi dan mengukuhkan kemahiran sosial.
4. Mementingkan kerja dalam pasukan yang memerlukan penggunaan minda secara aktif untuk hasil pembelajaran secara bekerjasama.
Lima Unsur Asas Dalam Pembelajaran Koperatif

1. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif.
2. Saling berinteraksi secara bersemuka.
3. Tanggungjawab individu.
4. Kemahiran sosial.
5. Pemprosesan kumpulan.
Peranan Murid Dan Guru Dalam Mengaplikasi Pembelajaran Koperatif struktur Pembelajaran Koperatif

1.
Fan-N-Pick

9.
Traveling File
2.
Talking Chips

10.
Rotating Riview
3.
Jigsaw Problem Solving

11.
Rally Table
4.
Trade-A-Problem

12.
Round Robin
5.
Line Ups

13.
Simultaneous Round Table
6.
Mendeklamasi Sajak / menyanyi lagu

14.
Gallery Tour
7.
Think-Pair-Share

15.
Team Word-Web
8.
Team Statements

16.
Rally Robin
Simulasi

- Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah.
- Aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur.
- Dua jenis simulasi iaitu
(a) Sosiodrama.
b) Main Peranan.
- Sosiodrama merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial, seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat.
- Sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu dan murid-murid yang dipilih berlakon dapat membuat persediaan.
- Murid-murid diajar berfikir cara-cara menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional.
- Selepas berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan membuat rumusan.

Lakonan
1. Merupakan satu aktiviti pembelajaran yang diwujudkan untuk menyerupaikan keadaan sebenar dengan tujuan untuk memahami keadaan sesuatu situasi atau menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Merupakan satu strategi pengajaran yang menarik dan menyeronokkan.

Cara Perlaksanaan :

1. Guru menyediakan situasi / topik yang berkaitan dengan topik pelajaran.
2. Guru boleh bertindak melakonkan episod-episod tertentu.
3. Pelajar belakon.
4. Berlakon berpandukan skrip yang disediakan.
5. Lakonan filem atau radio / pita rakaman.

Kebaikan :

1. Pembelajaran lebih berkesan dan meningkatkan kefahaman murid terhadap satu-satu situasi.
2. Murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran.
3. Membantu membina sikap murid yang positif.
4. Suasana lebih menyeronokkan.
5. Memupuk sikap kreatif dan kritis pelajar.
6. Maklum balas tentang prestasi murid dalam satu-satu situasi dapat diketahui dengan cepat.
7. Murid dapat melakonkan pelbagai watak dan meluaskan pengalaman hidup.


Sumbangsaran

o Dikenali juga sebagai percambahan fikiran ( brainstorming ) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan.
o Menggunakan teknik sesi buzz untuk mendapatkan idea yang boleh memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

o Dalam situasi bilik darjah, proses P & P dengan kaedah sumbangsaran dimulakan dengan guru mengemukakan satu atau beberapa topik perbincangan berbentuk soalan bermasalah. Selepas guru memberi garis panduan untuk menjalankan perbincangan, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil ( 6 - 10 orang ). Setiap kumpulan diberikan satu topik perbincangan dan ahli-ahli kumpulan kecil digalakkan menyumbangkan idea mereka masing-masing oleh pengerusinya. Idea yang dikemukakan akan dicatatkan oleh seorang pelapor. Selepas selesai, kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula untuk mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan atau idea yang dikemukakan. Pada peringkat akhir, guru membimbing pelajar membuat keputusan atau rumusan yang kemudian akan direkodkan dalam buku nota mereka.

o Contoh soalan untuk sesi sumbangsaran

1. Apakah pencemaran ?
2. Di manakah pencemaran biasanya berlaku ?
3. Bagaimanakah pencemaran berlaku ?
4. Mengapakah pencemaran berlaku ?
5. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan pencemaran ?
6. Apakah cara yang berkesan untuk mencegah pencemaran ?

0 Response to "aplikasi teknik p n p"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel