Isnin, 26 Oktober 2009

  • KETUA RUMAH SUKAN DAN GURU RUMAH SUKAN
    Tugas :

    - Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
    - Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan pelajar.
    - Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
    - Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan .
    - Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
    - Mengurus latihan rumah sukan untuk Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga Sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
    - Guru dan pelajar wajib hadir untuk latihan rumah sukan.
    - Memilih dan melatih pasukan olahraga rumah untuk pertandingan antara rumah
    sukan.
    - Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
    - Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
    - Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
    - Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.

SETIAUSAHA SUKAN

• Merancang program sukan secara keseluruhan.
• Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan sukan serta aktiviti dan program pembangunan sukan.
• Membantu pengetua dalam urusan pembelian peralatan sukan (sebaik-baiknya dibuat penyelarasan dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).
• Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
• Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan.
• Berhubung dengan guru-guru lain dalam kegiatan kokurikulum sukan untuk penyelarasan kemudahan dan pembahagian waktu kegiatan sukan.
• Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan sukan.
• Menyediakan papan maklumat berkenaan dengan aktiviti sukan di sekolah.
• Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat serta bantuan yang diperlukan.
• Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik.
• Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan dan kemudahan sukan.
• Mengadakan satu sistem “Quartermaster (Pengurusan dan Penjagaan)” penggunaan peralatan sukan.
• Mewakili pengetua bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkenaan sukan mengikut keperluan dan arahan pengetua.
• Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan serta memastikan peraturan dipatuhi.
• Memastikan guru-guru berkaitan menyediakan laporan lengkap tentang aktiviti sukan di sekolah dan luar sekolah seterusnya mengumpulkan dan merekodkannya dalam satu sistem pelaporan.
• Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah dalam satu sistem rekod.
• Sentiasa berbincang dengan pengetua / penolong kanan HEM / penolong kanan Kokurikulum hal-hal berkenaan kepentingan dan kemajuan sukan sekolah.
• Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan