-->
PEMBELAJARAN MASTERI


Pembelajaran Masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

(a) Bloom, 1968: “ satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.”
Bloom, 1968: “ berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.”

(b) Anderson & Block, 1975: “ ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten.”
Anderson & Block, 1975: “ idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan criteria masteri yang jelas.”



Pembelajaran Masteri wajar dilaksanakan kerana:
(a) Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.
(b) Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
(c) Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.



Prinsip Asas Pembelajaran Masteri:
(a) Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.
(b) Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
(c) Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
(d) Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri:
(a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
(b) Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
(c) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan.
(d) Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).
(e) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
(f) Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
(g) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
(h) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.



Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri:

(a) Penentuan Hasil Pembelajaran:

Þ Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran.

Þ Hasil pembelajaran perlu ditentukan bagi:
ü Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.
ü Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
ü Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar.
ü Membantu membina ujian formatif dan sumatif.

Þ Hasil Pembelajaran dinyatakan:
ü Berdasarkan Sukatan Pelajaran.
ü Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.
ü Secara eksplisit, jelas dan terperinci.
ü Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
ü Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

(b) Pengajaran dan Pembelajaran:

Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil kira perkara yang berikut:

I. Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.

Þ Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

I. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Þ Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya:
a. pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran.
b. Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

Þ Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan:
(1) Berpusatkan guru Þ penerangan, penjelasan, becerita, huraian, memberi nota, syarahan, demonstrasi.

(2) Berpusatkan murid Þ bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran akses kendiri, inkuiri penemuan, soal jawab, main peranan, demonstrasi, penyelesaian masalah, sumbang saran, projek, pembelajaran koperatif, amali.

II. Kemudahan yang sedia ada.

III. Masa yang diperuntukkan.


(b) Penilaian:

Þ Penilaian adalah suatu proses unuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

Þ Penilaian bertujuan untuk:
(1) Mengesan pencapaian murid.
(2) Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
(3) Mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai.
(4) Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.
(5) Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan.
(6) Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Þ Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik.

Þ Penilaian boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti:
1) Semasa pengajaran dan pembelajaran
2) Selepas sesuatu unit pembeajaran
3) Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.

Þ Penilaian dalam Pembelajaran Masteri meliputi domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor.

Þ Cara Penilaian: lisan, pemerhatian, penulisan.

Þ Cara menjalankan penilaian: berasingan atau digabungkan mengikut aspek yang hendak dinilai.
(a) Tindakan susulan:
Þ Tindakan susulan dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti.

Þ Tujuan:
(1) Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.
(2) Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.

Þ Aktiviti tindakan susulan:
(1) Pemulihan
Ø Tujuan:
(a) Untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri.
(b) Untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti.
Ø Bagaimana?
(a) Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
(b) Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain.
(c) Membetulkan perlakuan yang salah.
(d) Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.
(e) Menggunakan bahan visual.
(f) Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.
(g) Menjalankan latih tubi.
(h) Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.
(i) Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
(j) Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.
(k) Melatih murid mengenal pasti idea utama.

(2) Pengayaan (Pengukuhan dan Pengembangan)
Ø Tujuan:
(a) Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik.
(b) Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.
(c) Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.
(d) Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Ø 2 aktiviti pengayaan, iaitu:
1) Aktiviti Pengukuhan
v Tujuan: Memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama.
v Contoh aktiviti pengayaan:
ü Memberi latihan yang lebih mencabar.
ü Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.
ü Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah.
ü Melatih murid membuat nota.
ü Menjalankan latih tubi.
ü Melatih murid mengenal pasti idea utama.
ü Mengakses maklumat dari laman web.

2) Aktiviti Pengembangan
v Tujuan: Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama.
v Lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri.
v Contoh aktiviti pengembangan:
ü Membuat projek.
ü Membuat tugasan.
ü Membuat kajian.
v Kemahiran berikut boleh dipertingkatan melalui aktiviti Pengembangan:
ü Membuat pemerhatian
ü Mengumpul data
ü Mengekses maklumat
ü Membanding
ü Mengklasifikasi
ü Meringkas
ü Merekod
ü Mentafsir
ü Membuat keputusan
ü Membuat andaian
ü Menganalisis
ü Melapor
ü Menyelesaikan masalah

2 Responses to " "

  1. Assalamu'alaikium wbt dan salam 1 Malaysia.
    Banyak bahan yg memberi manfaat kpd semua yg boleh dijadikan bhan rujukan. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. tahniah...bahan yang lengkap

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel