Rabu, 14 Oktober 2009

Pengurusan berkualiti

Kepastian Kualiti Proses Bagi

Output yang Cemerlang



"Pengetahuan bukan merupakan kebaikan intelektual yang tertinggi,

yang lebih tinggi nilainya ialah kefahaman, dan selepas itu,

ialah hikmah."

~ Mortimer J.Adler



Pendahuluan



Hari ini manusia begitu prihatin mengenai mutu atau kualiti dalam semua aspek kehidupan. Semua orang mengejar kualiti. Begitulah juga dengan perkhidmatan pendidikan negara kita kini yang begitu pesat berkembang dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Semua perkembangan ini memerlukan para pendidik negara bersedia menghadapi dan menyahut cabaran terutama dalam aspek memberikan pendidikan yang berkualiti di semua peringkat persekolahan.



Tuntutan sosial kepada kaum guru bagi mencapai satu tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang hendaklah dilihat secara positif. Seluruh warga pendidikan termasuk kakitangan bantu yang bukan akademik juga mesti sama-sama dapat mengongsi visi yang sama bagi mencapai matalamat negara untuk menjadikan pendidikan kita bertaraf dunia.



Erti Kualiti



Secara ringkas pengertian kualiti boleh dimakudkan dan meliputi ciri-ciri berikut:

memenuhi kehendak pelanggan

keadaan yang terbaik tanpa kecacatan

sentiasa menepati piawaian

jaminan kepuasan dan kebolehpercayaan dari segi penggunaan/perkhidmatan

tidak statik malah sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa (R&D); (contohnya: piring hitam kepada pita kaset; kemudian pita video; seterusnya CD; DVD; HDTV ...)

Kualiti Dalam Pendidikan



Apa yang dimaksudkan dalam perkara ini antaranya adalah:

engajran dan pembelajaran yang berkesan dan bermutu

Proses P&P yang mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum

Kadar celik huruf yang tinggi

Pencapaian akademik tinggi dan cemerlang

Penyertaan kokurikulum yang aktif dan bermakna

Pengurusan hal ehwal murid, kebersihan dan keceriaan mewujudkan suasana yang kondusif bagi membina budaya ilmu dan budaya sekolah yang tinggi

Pengurusan keseluruhan yang telus dan cekap lagi berkesan.

Petunjuk-petunjuk "Kemerosotan Prestasi' Sesebuah Organisasi



Mencapai kecemerlangan berdasarkan kualiti dalam semua aspek organisasi bergantung kepada tahap kualiti diri personel dan kualiti pengurusan amatlah perlu diberi tumpuan yang sewajarnya terutama bagi sesebuah organisasi yang berada di dalam situasi dan di tahap yang lemah dan rendah.



Apakah petunjuk-petunjuk membolehkan kita mengenalpasti 'kedudukan prestasi' organisasi kita? Petunjuk-petunjuk berikut boleh dijadikan sebagai panduan berguna:

Produktiviti yang menurun

Mutu kerja yang rendah

Sering terlepas tarikh akhir

Mendahulukan tugasan-tugasan kecil

Mengelak tugas-tugas lebih besar dan mencabar

Tidak teratur (disorganized)

Tiada di meja terlalu lama

Ponteng

Negaholik Dalam Organisasi



Sindrom negaholik banyak berlaku dalam organisasi. Ringkasnya seorang yang negaholik bersikap negatif di mana orang-orang bersikap sedemikian sentiasa ' menafikan' dengan 'saya tak boleh'. Dengan demikian orang negaholik tidak mahu menerima hakikat dan pendkatan 'saya boleh' bagi mengubah paradigma dan tingkah-laku yang lebih positif ke arah perubahan yang lebih baik.



Siapa Negaholik?



Cherie Carter-Scott mengungkapkan orang negaholik seperti berikut:

"A corporate negaholic is one who is victimized by inner forces which

manifest themselves through various negative attitudes, thoughts, words,

or behaviours. Corporate negaholics unconsiously sabotage not only

their own actions, but those of their co-workers and the mission of the

organization."



Petunjuk-petunjuk Wujudnya Negaholik Dalam Organisaasi



Berlaku bila terdapat petanda-petanda berikut:

Tingkah-laku ahli organisasi bermotifkan kehendak melindungi diri sendiri, atau mengekalkan status qou lebih daripada memenuhi misi organisasi.

Nafsu, ketagihan dn kemurungan neurotik individu mulai menguasai dan menentukan strategi, aktiviti malah hala tuju organisasi.

Individu-individu negaholik ini meletakkan semua punca keadaan negatif ini kepada organisasi yang menggaji mereka.

Para pekerja habiskan masa mereka mengkritik dan menghakimi rakan sejawat mereka sendiri, pihak pengurusan, polisi-polisi organisasi atau cara-cara setiap perkara dilaksanakan daripada mengambil tindakan yang membina.

Menganjak Paradigma



Paradigma adalah satu set tatacara kita melakukan penilaian terhadap maklumat-maklumat dan kemudiannya menjadi pegangan hidup. Paradigma berguna dalam banyak hal tetapi ia juga boeh menghalang sesuatu peluang daripada kita hanya kerana rangka rujukan kita (atau paradigma) tidak menyedari kewujudan peluang-peluang tersebut. Hidup dalam satu paradigma seperti melihat dari sebuah jendela yang sama higga akhirnya kita hanya melihat segmen yang kesil sahaja daripada keseluruhna dunia. Mengubah paradigma samalah seperti menemui jendela baru di mana kita 'melihat' semua perkara yang baru atau perkara yang lama tetapi dengan berbagai-bagai cara dan dari beberapa sudut yang berlainan.



Kepastian Kualiti



Budaya kerja cemerlang berteraskan kualiti bertujuan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing. Bagi mencapai maksud ini tiga aspek iaitu pengurusan, kualiti dan kawalan kualiti mestilajh disepadukan bagi mewujudkan kepastian kualiti ini. Oleh itu ringkanya kepastian kualiti bermakna kualiti mestilah disepadukan bagi mewujudkan kepastian kualiti ini. Oleh itu ringkasnya kepastian kualiti bermakna kualiti produk memenuhi jangkaan pelanggan



Output yang cemerlang dan berkualiti tidak mungkin dicapai tanpa melibatkan kawalan kualiti sewaktu melalui berbagai proses. Inilah yang menjadi aspek penting dalam pengajaran dan pembelajran di mana sering dipandang remeh. Banyak petunjuk yang boleh kita lihat aspek ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang antara lain:

berlaku defisit pembelajaran yang ketara di kalangan murid-murid

utama menghabiskan sukatan pelajaran daripada penguasaan kemahiran

kerja-kerja murid banyak atau lambat diperiksa.

kurang latihan yang sewajarnya (sehingga tahun akhir)

sindrom tunggu sampai tahun enam baru semua proses diambil kira

diagnosis tidak digunakan seperti sepatutnya.

Oleh itu kepastian kualiti terutama dalam semua proses dapat dicapai apabila konsep Tanpa Cacat (Zero Defect) dapat direalisasikan.



Prasyarat bagi Tanpa Cacat



Ada wawasan organisasi yang jelas bagi semua orang.

Mempunyai budaya perancangan strategik berdasarkan matlamat.

Semua ahli mesti komited.

Semua ahli organisasi sedia mengubah paradigma.

Wujud sistem pengesanan yang berkesan, cekap dan berterusan.

Kecacatan boleh berlaku sama ada dari segi teknikal, manusia, persekitaran, input, proses., output, atau imej.



cacat Input

Murid: tanpa pengetahuan, kemahiran atau nilai.

Guru: kurang kepakaran, tidak guna ABM/BBM, lemah nilai diri, tidak cekap mengurus masa, rancang pengajaran yang stereotaip dan tidak aktif.

Cacat Proses

Kecacatan boleh bertambah dan berlaku di peringkat kedua ini.

Kesalahan tidak diperbetulkan segera.

Pemulihan tidak dibuat.

Pemeriksaan tidak teliti

Pengukuhan dan pengayaan tidak ditekankan.

Tabiat murni dan baik tidak diutamakan.

Cacat Output:

Standard atau mutu kerja murid tidak memuaskan.

Tahap pengetahuan yang rendah.

Sikap dan nilai diri yang tidak menggalakkan.

Keputusan pencapaian akademik di tahap rendah.

Ciri-ciri Tanpa Cacat



Sebagai guru-guru yang terlatih dan berpengalaman kita harus sedia mengakui apa-apa kekurangan atau kelemahan yang wujud dalam organisasi sekolah kita dan dengan pemikiran yang positif sama-sama bertekad bagi mengatasi keadaaan ini. Percayalah sesebuah organisasi itu pasti mencapai kecermerlangan apabila seluruh anggotanya sanggup meletakkan kepentingan organisasi di atas segala-galanya.



Organisasi yang berhasrat mencapai keadaan tanpa cacat ini haruslah menunjukkan ciri-ciri berikut:

Mengamalkan DIRFT (Do It Right First Time).

Mengamalkan konsep penambahbaikan yang berterusan.

Melakukan tindakan pencegahan.

Menekankan kepastian kualiti.

Penglibatan seluruh anggota organisasi.

Mengongsi visi yang sama.

Penutup



Bagi orang-orang cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan mereka, sesuatu gagasan yang pada kebanyakan orang dilihat sebagai mustahil tetapi tidak demikian bagi mereka ini. Sesuatu yang dianggap sukar dan berat bagi orang lain, bagi mereka ianya merupakan cabaran yang sedia mereka hadapinya. Orang-orang seperti ini selalunya berjaya dengan cemerlang. Kita juga boleh menjadi demikian tinggal lagi kita perlu mengubah paradigma dan meningkatkan motivasi kendiri dengan semangat jaya diri yang baru.



"Shall I teach you what knowledge is? When you know a thing,

to hold tahat you know iti, and when you do not know a thing,

to allow that youy do not know it. Thisn is knowledge."

~ (The Sayings of Confucius)ٱ













Rujukan



Abdul Shukor Abdullah (1994). Penilaian Semula Situasi Pengurusan Sekolah. Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jilid 04, Bil. 01 m.s. 1 - 6.



De Potter, Bobbi & Hernacki, Mike (1992). Quantum Learning Unleashing The Genius In You. Dell Publishing, New York



Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). Peningkatan Pelbagai Jenis Literasi., Khususnya Literasi Saintifik Dan Teknikal: Ke Arah Pemantapan Martabat Kepimpinan. Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jilid 04, Bil. 2 - 15.



_______________ (1993). Pakej Latihah Bengkel Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Institut tadbiran Awam negara (INTAN) Malaysia, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan