Isnin, 26 Oktober 2009

tugas guru mata pelajaran

GURU MATA PELAJARAN
Tugas :

- Memiliki, memahami dan boleh menafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.

- Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai.

- Mengurus Buku Rekod Mengajar dengan teratur dan kemas kini.

- Menyediakan Rancangan Pelajaran yang lengkap dan melaksanakannya.

- Menyedia dan memberikan latihan yang cukup, memeriksa kerja pelajar secepat mungkin.

- Menjalankan ujian bulanan dan peperiksaan, merekod soalan dan keputusannya.

- Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan pemulihan dan bimbingan.

- Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi keputusan mesyuarat panitia.

- Menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh kementerian / jabatan.

- Memastikan keselamatan pelajar setiap waktu.

- Menghadiri mesyuarat, taklimat oleh PPD, Jabatan dan Kementerian Pelajaran dan menyampaikan semua maklumat kepada guru lain.

- Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik Pengajaran Dan Pembelajaran dan meningkatkan lagi prestasi Pengajaran Dan Pembelajaran.
- Melaporkan masalah Pengajaran Dan Pembelajaran kepada Guru Kanan Mata Pelajaran.

- Menjaga keselamatan Alat Bantu Mengajar. Menggunakan Alat Bantu Mengajar secara meluas dan menambahkan bilangannya.

- Membantu pengurusan program kokurikulum berbentuk akademik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan