Isnin, 26 Oktober 2009

tugas guru tingkatan

  1. GURU TINGKATAN
    Tugas :

    1. Membentuk organisasi kelas dan menjalankan tugas-tugas yang perIu dilakukan.
    2. Menentukan adanya paparan jadual waktu dan jadual tugas.
    3. Menentukan peralatan yang diperlukan ada dalam kelas.
    4. Menentukan keselamatan dalam kelas terjamin dan melaporkan segala kerosakan.
    5. Menentukan keadaan kelas bersih dan ceria sepanjang masa.
    6. Menguruskan Jadual Kedatangan Pelajar dengan Iengkap dan kemas kini serta menjamin keselamatannya.
    7. Mengurus kad kemajuan pelajar dengan lengkap dan kemas kini.
    8. Mengurus sijil berhenti dan surat akuan pelajar.
    9. Mengurus kad 001/ kad peribadi sekolah
    10. Mengurus dan mengemas kini data pelajar dalam aplikasi SMM dan BMM.
    11. Memberi galakan dan merangsang minat pelajar terhadap akademik.
    12. Prihatin terhadap disiplin pelajar.
    13. Bertanggungjawab terhadap kesihatan pelajar. .
    14. Menguruskan surat menyurat dengan ibu bapa dan penjaga pelajar.
    15. Menguruskan SPBT pelajar.
    16. Mencadangkan pelajar-pelajar yang layak diberi biasiswa.
    17. Menguruskan kutipan yuran dan derma daripada pelajar-pelajar.
    18. Menyerahkan wang kutipan dengan segera ke pejabat dan mengeluarkan resit.
    19. Menerima dan mendaftar pelajar baru dan melengkapkan rekod pelajar.
    20. Menguruskan hal-hal peperiksaan dan ujian.
    21. Menggalakkan pelajar aktif dalam kokurikulum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan