Ahad, 1 November 2009

kepimpinan karismatik

1. TAJUK: ‘Kepimpinan Karismatik’,
2. DEFINISI:
2.1 KARISMATIK - dalam Bahasa Greek bermaksud ‘gift from the gods’ @ anugerah, iaitu kombinasi ‘charm’ dan ‘personal magnetism’. Ia merupakan lanjutan daripada Teori ‘Great Man’ dan Teori Trait kerana para pengkaji Teori Trait gagal mengaitkan keberkesanan kepimpinan.
Pelopor Teori Karismatik : Max Weber ( 1924 – 1947 ).

2.2 VISI - Satu gambaran atau pandangan tentang masa depan yang ingin dicapai. Visi akan menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila.

2.3 MISI – Merupakan jalan atau cara bagaimana untuk mencapai visi.

3. JENIS PEMIMPIN KARISMATIK:
3.1 Pemimpin Karismatik ‘Visionari’ – Pemimpin ini biasa ditemui. Pemimpin jenis ini akan menghubungkan keperluan dan matlamat subordinat kepada matlamat organisasi. Mereka boleh melihat gambaran keseluruhan dan peluang-peluang yang ada.
3.2 Pemimpin Karismatik Berasaskan Krisis – Ini berlaku apabila pengetahuan dan sumber tidak mencukupi ( adequate ). Pemimpin ini akan memberitahu secara jelas tentang tindakan yang perlu diambil dan akibat daripada tindakan tersebut. Sebahagian daripada cara penyelesaian krisis adalah biasanya secara luar norma.

Pemimpin Karismatik bukan sahaja dapat menawan hati pengikut supaya setia tetapi dapat juga memenuhi keperluan emosi pengikut pada masa kritikal. Contoh Pemimpin Karismatik adalah seperti Collin Powell, Yasser Arafat dan John. F. Kennedy.

4. CIRI-CIRI KEPIMPINAN KARISMATIK:
Berdasarkan buku Gelagat Organisasi oleh Stephan P. Robbin ( 2000 ), ciri-ciri Pemimpin Karismatik adalah seperti berikut:

4.1 Yakin diri :
Mereka mempunyai keyakinan diri yang sepenuhnya terhadap penilaian yang dibuat serta keupayaan diri mereka sendiri.

4.2 Satu Visi :
Mereka komited kepada visi dan sanggup mengambil risiko demi mencapai visi tersebut. Ini merupakan satu objektif yang ideal yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan di masa hadapan berbanding keadaan semasa.

4.3 Keupayaan untuk menyampai visi tersebut:
Mereka boleh menjelaskan serta menyampaikan visi mereka dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang lain. Kaedah penyampaian ini menunjukkan bahawa pemimpin tersebut sedar akan keperluan para pekerja. Ini boleh dijadikan suatu faktor motivasi.

4.4 Penegasan terhadap visi tersebut :
Para pemimpin berkarisma dianggap sangat komited, sanggup menghadapi risiko diri yang tinggi, sanggup membelanjakan kos yang tinggi serta melakukan pelbagai pengorbanan untuk mencapai visi tersebut.

4.5 Gelagat luar biasa:
Mereka yang berkarisma mempunyai gelagat yang dianggap oleh orang ramai sebagai sesuatu yang baru, tidak konvensional, serta menentang kebiasaan. Bila pemimpin-pemimpin tersebut telah mengecapi kejayaan, kelakuan tersebut akan menimbulkan kejutan dan seterusnya dipuji oleh para pengikutnya.


4.6 Dianggap sebagai agen perubahan:
Para pemimpin yang berkarisma dianggap sebagai agen perubahan radikal dan bukannya penjaga “status quo” semata-mata.

4.7 Sensitif terhadap persekitaran:
Para pemimpin ini berupaya melakukan penilian realistik berkenaan konstrain persekitaran dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melakukan perubahan tersebut.

4.8 Menyelesaikan masalah secara luar norma ( tidak konvensional ).
Pemimpin Karismatik menyelesaikan masalah tidak mengikut norma tetap masih berkesan.

5. CARA PEMIMPIN KARISMATIK MELAKSANAKAN VISI DAN MISI DENGAN JAYANYA:
5.1 Pemimpin mempunyai visi menarik dan beliau menyampaikannya dengan mengaitkan masa kini dan masa hadapan yang lebih cerah. Dengan ini para pengikut merasakan masa depan mereka lebih terjamin.

5.2 Pemimpin memberitahu subordinat tentang tingkat pencapaian yang diharapkan serta menyakinkan mereka akan mendapat pencapaian yang diinginkan.
5.3 Pemimpin akan menentukan/ menyampaikan secara lisan atau gelagat satu set nilai dan tingkah laku yang perlu diteladani oleh subordinat.

5.4 Pemimpin Karismatik dikaitkan rapat dengan pencapaian tinggi serta kepuasan di kalangan pengikut. Subordinat menyukai dan menyanjungi tinggi pemimpin yang berkarisma dan bermotivasi untuk berusaha dengan gigih untuk memastikan visi dan misi tercapai.

5.5 Seorang pemimpin berkarisma akan mewujudkan suasana (aura) berkarisma dengan mengekalkan pandangan yang optimistik.

5.6 Mereka juga menggunakan keghairahan sebagai pemangkin untuk menyemarakkan semangat mencapai visi dan misi.

5.7 Pemimpin yang berkarisma dianggap agen perubahan yang boleh memberi inspirasi dan mempengaruhi subordinat untuk mencapai visi dan misi.

5.8 Pemimpin ini sensitif terhadap persekitaran dan berusaha menyerlahkan potensi para pengikutnya dengan menyentuh emosi mereka supaya dapat mencapai visi dan misi organisasi.

BIBLIOGRAFI:

Edaris Abbu Bakar (2004). Pengurusan Strategik: Konsep Dan Aplikasi Untuk Pendidikan. Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Ibrahim Mamat (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu Dan Cabaran Kepimpinan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

P. Robbin Stephen (2000). Gelagat Organisasi. Parentice Hall. Edisi 8.

Jurnal Jilid 13 Disember 2003. Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

2 ulasan:

  1. terima kasih sumbangan anda sangat berguna untuk nota tambahan bagi tajuk ini

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas sumbangan info ini.

    BalasPadam