Isnin, 28 Disember 2009

agenda mesyuarat panitia

AGENDA MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA

1. Ucapan Pengerusi

2. Pembentangan Minit Mesyuarat lalu

3. Pengesahan Minit Mesyuarat lalu

4. Perkara-perkara berbangkit

5. Hal-hal lain:
a. Analisis PMR 2009
b. Penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)- contoh telah diedar sebelum cuti sekolah lalu
c. Penyediaan Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan , format penulisan Rancangan Pelajaran harian ( masukan standard tugas guru ; contoh, 10 soalan matematik mesti dijawab)
d. Program panitia 2010:
i. jawatankuasa panitia
ii. takwim 2010
iii. sasaran kerja tahunan - telah disediakan oleh KP, jadi uar-uarkan saja pada ahli
iv. Penggunaan buku kerja, buku latihan
v. jadual penyediaan soalan peperiksaan , dll yang difikirkan perlu.
e. Pelan tindakan dan strategik - KP dah buat, cuma uar-uarkan pada ahli
f. PBS - lantik penyelaras, penilai, tetapkan tarikh pemberitahuan, taklimat, pelaksanaan, siap, key in
markah)
g. penetapan sasaran kerja utama mengikut BUKU PANDUAN TUGAS GURU 2010, ms iii.

Itu saja.

Catatan , Puan Akmaliah Hasim.

Khamis, 24 Disember 2009

CADANGAN BAGI SKALA MARKAH UJIAN / PEPERIKSAAN DALAMAN UNTUK SEMUA MATA PELAJARAN

TINGKATAN 4 DAN 5

95 - 100– A+
80 - 94 – A
70 - 79 – A-
65 - 69 – B+
60 - 64 – B
55 - 59 – C+
50 - 54 – C
45 - 49 – D
40 - 44 – E
0 - 39 – G


TINGKATAN PERALIHAN , 1 2 DAN 3

80 – 100 – A
65 – 79 – B
50 – 64 – C
40 – 49 – D
0 - 39 – E

Rabu, 23 Disember 2009

yuran sekolah 2010

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam


KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

“Secara keseluruhan, kadar bayaran tambahan untuk persekolahan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini. Bayaran tambahan ini pada kadar minimum supaya tidak bebankan ibu bapa.

“Ia adalah untuk pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar dan dikutip pada awal sesi persekolahan dibuka nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Alimuddin berkata, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka.

“Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan tiga pakej bayaran tambahan iaitu Pakej A RM38.50, B (RM30.50) dan C (RM23.50) untuk sekolah rendah, sekolah menengah Pakej A (RM55.50), B (RM44.50) dan C (RM33.50).
Pakej A bagi ibu bapa yang bekerja dalam bidang profesional seperti usahawan dan pegawai tinggi kerajaan, Pakej B untuk pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional serta Pakej C untuk petani, peladang, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya dihubungi ramai ibu bapa yang menyuarakan kegelisahan kerana belum mendapat maklumat berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan pada sesi persekolahan tahun depan.

Sumber
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20091224012845/Article/index_html

contoh proposal kajian tindakan

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS TAHUN 2

TAJUK : Meningkatkan Penguasaan Bagi Mengenalpasti Kehendak / Arahan
Soalan Sains Dalam Bahasa Inggeris dengan Teknik “5 WAD U
READ”

TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor.
NAMA PENYELIDIK : 1. Siti Monazairin binti Jelani
2. Hayati binti Osman
3. Siti Zaharah binti Haji Nawawi


1. TAJUK

Meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan teknik “ 5 WAD U READ “.

2. ISU / KEPERIHATINAN YANG DIKAJI
Masalah utama yang dapat di kesan adalah :

a) Murid-murid tidak membaca soalan dengan teliti.
b) Murid-murid tidak memahami kehendak soalan.
c) Murid-murid tidak mengetahui makna perkataan / istilah Sains dalam Bahasa Inggeris.
d) Guru kurang menggunakan kreativiti untuk merangsang pengajaran dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris.
e) Latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris.

Oleh itu, penyelidik telah terpanggil untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah ini. Penyelidik sedar akan kelemahan murid-murid untuk memahami matapelajaran Sains dalam Bahasa Melayu, inikan pula dalam Bahasa Inggeris. Setelah mencuba beberapa cara dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah memperkenalkan satu teknik yang dinamakan “5 WAD U READ“.


3. REFLEKSI MASALAH

Berdasarkan analisis kajian yang telah dibuat, di Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, didapati 50% murid tidak dapat menguasai mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Data ini diperolehi daripada ujian akhir tahun murid Tahun 1, 2004. Adalah didapati fenomena ini berpunca daripada kurangnya penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Di samping mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang baru diperkenalkan pada awal tahun 2003. Kebanyakkan pelajar ini bukannya tidak dapat menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris, tetapi tidak memahami kehendak soalan / arahan.

Penyelidik mengambil inisiatif menggunakan teknik “5 WAD U READ” untuk membantu pelajar menguasai istilah-istilah Sains dalam Bahasa Inggeris di samping memahami konsep-konsep Sains. Setakat ini masih belum ada lagi pengkaji yang menjalankan kajian tentang masalah mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di negara kita. Namun demikian, terdapat beberapa orang pengkaji yang telah membuat kajian yang ada hubungan dengannya dengan tajuk yang dikaji oleh penyelidik.

ULASAN KARYA
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Dr. Naimah Ishak (2002), beliau menyatakan penguasaan Bahasa Inggeris murid di sekolah rendah luar bandar amat rendah. Kadar pencapaian yang rendah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah luar bandar mencerminkan perlaksanaan mata pelajaran ini yang kurang berkesan.

Terdapat juga kajian tentang cara meningkatkan keberkesanan guru-guru Sains dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Menurut pengkaji Fuad bin Hashim (2000), kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif memberi murid lebih keyakinan pada diri sendiri dan proses pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada murid dan bukannya guru.

Menurut Aguirre, Haggerty & Linder (1990), Sains adalah satu bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian, dan ujikaji yang sistematik. Beberapa kajian terkini mengenai bagaimana kanak-kanak belajar Sains selalunya dikaitkan dengan ‘constructivist view’.

Menurut Wan Monalyza (1990), pengajaran guru yang menggunakan alat bantu mengajar
yang kemas, teratur, dan bersesuaian dengan topik tertentu menarik minat pelajar terhadap Sains. Ini bermakna kaedah pengajaran guru akan mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.

FOKUS KAJIAN

Penyelidik mendapati, murid-murid ini boleh menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik sekiranya mereka memahami kehendak soalan / arahan di samping memahami makna perkataan-perkataan / istilah sains dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana perbendaharaan kata Bahasa Inggeris mereka amat terhad. Di antara kehendak / arahan soalan Sains yang biasa dibuat adalah seperti :

a) Fill in the blanks
b) Match
c) Circle
d) Colour
e) Group
f) Put a tick (  ) or a cross (  )
g) Choose

4. OBJEKTIF

4.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan teknik “5 WAD U READ”

4.2 Objektif Khusus:
Di akhir kajian, murid-murid dapat:-
4.2.1 Menjawab soalan-soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan menepati kehendak soalan.
4.2.2 Menjawab 9 daripada 10 soalan yang diberi dengan betul.


5. KUMPULAN SASARAN

15 orang murid Tahun 2 Syuhada yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.

6. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

6.1 Tinjauan masalah
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja yang diberi dianggap sebagai Ujian Pra 1( Lampiran 1). Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang masalah ini, saya telah menyediakan beberapa soalan Ujian Pra 2 ( Lampiran 2 ) berkaitan topik “ANIMALS” dan “PLANTS” kepada 15 orang murid terlibat.





6.2 Teknik “ 5 WAD U READ “
Semasa mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2, penyelidik telah menggunakan teknik “5 WAD U READ”. Teknik “5 WAD U READ” iaitu rangkaian perkataan ;

a) “5 WAD”
 “5 – bermaksud lima” , “W – bermaksud words”, “A – bermaksud a” dan “D – bermaksud day”. Kesimpulannya, teknik ini bermaksud “Lima perkataan dalam satu hari”.

b) “U READ” pula adalah rangkaian perkataan ;
 “U – bermaksud You Understand”, “R – bermaksud Read and Remember”, “E – bermaksud Exercises”, “A – bermaksud Answer”, “D – bermaksud Do It and Done”. Kesimpulannya, teknik ini bermaksud “Kamu faham, baca dan ingat, buat latihan, jawab dan laksanakannya - selesai”.

Langkah-langkah yang penyelidik jalankan dengan menggunakan teknik ini ialah:-

6.2.1 Memperkenalkan 5 perkataan Inggeris yang berkaitan dengan topik yang diajar setiap hari.
6.2.2 Murid mencatatkan / menampalkan perkataan-perkataan ini ke dalam ‘’Buku Istilah Sains’’.
6.2.3 Murid memahami topik yang diajar dan kehendak soalan.
6.2.4 Murid membaca dan mengingati apa yang ajar.
6.2.5 Murid membuat latihan.
6.2.6 Murid cuba menjawab soalan-soalan dengan betul.
6.2.7 Murid menyemak jawapan



Di samping pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam kelas, penyelidik juga membawa murid-murid ke Makmal Komputer. Di sini mereka akan menggunakan perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( CD ROM SCIENCE YEAR 2 ) dan cuba menjawab soalan-soalan dengan berbantukan komputer.

Untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid berkenaan teknik “5 WAD U READ”, contoh perkataan-perkataan / istilah-istilah Sains yang berkaitan dengan topik “ANIMALS” dan “PLANTS” akan diberikan ( Lampiran 3 ) dan juga lembaran kerja berkaitan.

6.3 Menjalankan ujian pos
Satu ujian pos akan diberikan untuk membuktikan keberkesanan teknik “5 WAD U READ” tersebut.


7. BAHAN YANG DIPERLUKAN

BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS
1. Kertas A4 1 rim RM 10.00 RM 10.00
2. Printer Cartridge 1 unit RM 50.00 RM 50.00
3. Fotostat bahan dan laporan kajian RM 20.00
4. Disket 1 kotak RM 10.00 RM 10.00
5. Buku catatan guru 1 buah RM 2.00 RM 2.00
6. Komputer 44 buah dibekalkan dibekalkan
7. Perisian Sains Year 2 45 keping dibekalkan dibekalkan
8. LCD 4 buah dibekalkan dibekalkan
JUMLAH RM 92.00




8. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN CATATAN
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 1 Mac 2010 Masalah ini dapat dikesan setelah murid menjalani ujian bulan Februari.
2 Menulis proposal 30 Mac 2010
3 Merancang tindakan 2 April 2010
4 Melaksanakan tindakan 5 April 2010
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 7 April 2010
6 Ujian pos untuk mengesan pencapaian murid 10 April 2010
7 Refleksi kajian 30 Mei 2010 Refleksi dibuat setelah murid selesai menjalani PKSR 1.
8 Menulis laporan kajian 17 Jun 2010


9. PEMERHATIAN
9.1 Pemerhatian
• Semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru akan melihat bagaimana respon murid setiap kali soalan-soalan / arahan digunakan.
• Guru juga dapat melihat sikap pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada memberi perhatian atau bermain.
• Guru dapat mengesan kelemahan murid dengan cepat dan memberikan bantuan.
9.2 Latihan dalam kelas
• Latihan diberi setiap kali selepas sesi penerangan tentang topik yang diajar. Contoh-contoh latihan ada dalam lampiran.

9.3 Ujian bulanan
• Ujian bulanan biasanya dijalankan setiap bulan dan soalan-soalan adalah mengikut topik-topik yang telah diajar.
9.4 Temubual dengan guru lain
• Temubual ini dijalankan bagi mengenalpasti punca masalah pelajar. Guru-guru yang ditemubual adalah guru pemulihan, guru Bahasa Inggeris, guru kelas dan guru mata pelajaran lain.
Contoh soalan:
1. Adakah murid telah menunjukkan peningkatan dalam mata pelajaran
yang telah diajar?
2. Apakah perubahan yang dapat dilihat semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan?
3. Apakah kelemahan pelajar yang telah dapat dikesan?

10. REFLEKSI
11. PELAPORAN
12. TINDAKAN SUSULAN/ CADANG KAJIAN AKAN DATANG
13. RUJUKAN

tindakan sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan

Ringkasan Tajuk Kertas Cadangan Perlaksanaan Perkhemahan
1. Nama Perkhemahan – perkhemahan apa / siapa terlibat / berapa ramai / di mana
2. Latar Blakang / Rasional. – satu kegiatan kokurikulum / membina insan /
3. Matlamat.- gerak kerja kokurikulum / latihan kepimpinan / pengalaman hands on
4. Objektif.
5. Tarikh dan Tempat.
6. Sasaran Penyertaan.
7. Ahli Jawatankuasa Induk.-
8. Ahli Jawatankuasa Pelaksana.- senarai nama / perincian tugas
9. Aktiviti dan Jadual Perkhemahan.- ikut dari berkumpul di sekolah / bertolak pergi / sampai balik / ada jadual penuh
10. Peraturan-Peraturan Perkhemahan.- bagi kepada setiap pelajar / berikan taklimat / bila
11. Anggaran Perbelanjaan.-makan disediakan atau peserta sediakan – bergantung pada kos
12. Harapan dan Penutup.


Surat sebelum menjalankan perkhemahan

1. Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah
2. Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan daripada pengetua / ppd
3. permohonan khdimat hakim pertandingan kawad kaki
4. kalau perlu di sekolah – bekalan air tambahan dari jba
5. meminjam peralatan tambahan dari sekolah / sekolah lain / khemah / tali / pelampung keselamatan / jaket
6. Surat Pelantikan Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam
7. kebenaran ibu bapa – ayat kena betul – pihak ibu bapa tidak akan mendakwa jika ada sebarang kemalangan disebabkan kecuaian peserta / telah diambil tindakan oleh jawatankuasa kerja/ pelaksana

Contoh Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkhemahan

Contoh Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkhemahan

1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam.
12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan
mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

prosedur perkhemahan

Manual Pegurusan Perkhemahan Tahun 2010

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN

A. Definisi Perkhemahan

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.

B. Tujuan Perkhemahan
1. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
2. Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
3. Menghayati erti batasan kehidupan.
4. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
5. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
6. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

C. Peringkat Prosedur Tetap.
Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:
1. Sebelum.
2. Semasa.
3. Selepas.

PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN

1. Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan
1.1 Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:
1.1.1 Dalam kawasan sekolah { kelulusan Pengetua };
1.1.2 Dalam daerah di luar kawasan sekolah { kelulusan Pegawai Pendidikan Agama Johor };
1.1.3 Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri { kelulusan Pengarah Pendidikan Agama };
1.1.4 Luar negara { kelulusan Pengarah Jabatan Agama Johor}.

Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut :
a. Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan ( Rujuk Lampiran A )
b. Senarai nama pelajar dan guru pengiring
c. Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan.
d. Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
e. Jadual aktiviti perkhemahan.
f. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.( Rujuk SP Bil 24/1998 )

1.2 Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri ( u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah ) dengan mematuhi ‘The Schools (Tours) Regulations, 1957’ dengan menyertakan bersama salinan surat kebenaran perkhemahan daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

1.3 Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu ( Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998 ).

1.4 Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:
1.4.1 Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
1.4.2 Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
1.4.2 Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan

1.4.4 Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan

1.5 Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. ( Rujuk para 3F, SPI Bil 24/998 )

1.6 Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.

1.7 Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta.

1.8 Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa.

1.9 Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
1.9.1 gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.
1.9.2 hakisan atau tanah runtuh.
1.9.4 banjir.
1.9.5 ribut atau gelombang besar.
1.9.6 wabak penyakit.
1.9.7 kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan sebagainya. ( Rujuk para 2.4 SPI Bil. 12/2000 dan SPI Bil. 9/2000 )

1.10 Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan. ( Rujuk para 3E, SP Bil. 24/1998 )
1.11 Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.
1.12. Semua keperluan logistik ( peralatan perkhemahan ) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

2. Organisasi Perkhemahan

2.1 Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:
2.1.1 Penganjur.
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.
2.1.2 Peserta.
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.

2.1.3 Saiz Kumpulan.
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.

2.1.4 Syarat.
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti
jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain.

2.1.5 Kepimpinan.
Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan

2.1.6 Jawatankuasa.
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan perkhemahan.

PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN

Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:
1. Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:
1.1 Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.
1.2 Keracunan makanan.
1.3 Kemudahan-kemudahan asas.
1.4 Sistem komunikasi.
2. Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.(Rujuk SPI. Bil. 12/2000)
3. Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
4. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hai berikut/masa hadapan.
5. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.


PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:
1. Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik.
2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya.
3. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan.
4. Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
5. Membentang dan membuat laporan:
5.1 Kewangan.
5.2 Aktiviti.
6. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan.
7. Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan.

Selasa, 15 Disember 2009

tugas jawatankuasa khas sekolah

Panduan Persekolahan 2010

JK PENTADBIRAN:
o Menyediakan kemudahan P & P sekolah
o Menyediakan kemudahan peralatan sekolah
o Menyediakan senarai tugas staf 2010
o Menyediakan anggaran peruntukan 2010
o Menjelaskan objektif dan matlamat sekolah 2010
o Menjelaskan misi dan visi sekolah 2010


JK KEWANGAN:

o Mempastikan yuran sekolah dipungut dari semua murid tahun 2010
o Membuat anggaran perbelanjaan tahunan 2010
o Mengesahkan pembelian keperluan sekolah
o Menyediakan bayaran kepada pembekal mengikut prosedur kewangan yang diluluskan(AP 95)
o Menyediakan laporan audit
o Menjawab teguran audit bagi pihak sekolah


JK P. S. SEKOLAH:
o Menyediakan kemudahan pusat sumber yang terkini
o Menyelaras program Nilam
o Menyediakan jadual pusat sumber
o Mengelola stok pusat sumber sekolah
o Menyenarai kemudahan pusat sumber
o Melapor kegiatan pusat sumber

JK L.P.N.T & DISIPLIN:
o Menyediakan peraturan / pekeliling kepada semua staf
o Melaksanakan peraturan sekolah
o Membincangkan SKT staf
o Membimbing kemajuan prestasi staf
o Menilai hasil kerja staf
o Menyediakan laporan prestasi tahunan


JK KAKITANGAN & STAF:

o Menentukan bidang tugas staf sokongan
o Menyelaras tugas staf sokongan
o Menyediakan keperluan staf sokongan
o Mempastikan keceriaan sekitar sekolah
o Membantu guru dalam melaksanakan tugas yang diperlukan
o Menjaga keselamatan murid sekolah

JK KURIKULUM SEKOLAH:

o Menyediakan takwim Panitia 2010
o Menyediakan Plan Strategik Panitia
o Menyediakan program/ Aktiviti Panitia
o Membincangkan Analisis ujian/peperiksaan
o Menyediakan anggaran perbelanjaan Panitia
o Menjalankan kursus dalaman Panitia
o Membina bank item/soalan Panitia


JK JADUAL WAKTU:
o Merangka jadual waktu sekolah
o Mengagihkan jadual waktu persekolahan 2010
o Menyediakan jadual waktu ganti
o Menyediakan jadual waktu peperiksaan/ujian
o Menyediakan Jadual Waktu Induk Sekolah


JK PERHIMPUNAN:
o Menetapkan waktu perhimpunan sekolah
o Menyediakan guru bertugas mingguan
o Menyediakan Laporan Mingguan
o Mengatur perjalanan perhimpunan sekolah
o Menyediakan kemudahan siaraya perhimpunan


JK PEMBANGUNAN SEKOLAH:
o Merangka plan pembangunan sekolah
o Menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti
o Memohon pengesahan Pentadbiran sekolah
o mendapatkan maklumat dari staf sekolah
o menjalankan pembangunan yang bersesuaian
o Mendapatkan khidmat bantuan JPN



JK PEPERIKSAAN & PENILAIAN:

o Menyediakan jadual waktu bertugas
o Menyediakan soalan ujian/peperiksaan
o Menjalankan analisis ujian/peperiksaan
o Menyediakan bilik peperiksaan
o Menyemak soalan peperiksaan/ujian dalaman
o Menyampaikan laporan kepada Guru Besar
o Mengemaskini sudut Peperiksaan & Penilaian



JK MAKMAL KOMPUTER:
o Menyediakan jadual penggunaan bilik/makmal
o Mengemas/memantau peralatan ICT
o Mengawal Penggunaan peralatan ICT
o Merekod penggunaan
o Menguruskan penyenggaraan alatan



JK GERAKMANTAP 3M:
o Menyediakan pemilihan murid Pemulihan Khas
o Menjalankan kelas pemulihan Khas
o Memantau perjalanan Pemulihan Khas
o Menyenggara Kelas Pemulihan Khas


GURU KELAS 2010

o Menyediakan senarai nama murid
o Menyediakan jadual bertugas kelas
o Melantik Jawatankuasa kelas
o Menyediakan TOV murid kelas
o Menyediakan Jadual Waktu Kelas
o Merekod kedatangan murid
o Mengemas / menyusun atur papan kenyataan
o Merancang susunan / kedudukan murid
o Memungut yuran sekolah
o Mengagih keperluan sekolah
o Mendapatkan maklumat murid
o Menguruskan pertukaran murid
o Menyediakan senarai keperluan kelas
o Mempastikan suasana bilik darjah yang
o kondusif
o Mempastikan keceriaan bilik darjah
o Berhubung dengan ibu bapa / waris bila
o perlu


JK BIMBINGAN / KAUNSELING
o Menyediakan aktiviti bersesuaian
o Menjalankan program berkaitan
o Mengemaskini rekod murid
o Memantau prestasi murid
o Menjalankan program motivasi murid
o Merancang program untuk pelajar
o Menyediakan jadual / sesi kaunseling



JK SPBT
o Menyemak Borang SPBT
o Mengagihkan buku bantuan
o Memantau penggunaan / kerosakan / hilang
o Mengumpul buku di akhir tahun
o Menyemak stok buku

JK DISIPLIN PELAJAR:
o Menyediakan Peraturan Sekolah
o Memaklumkan kepada semua Pelajar
o Memaklumkan tindakan yang dikenakan
o Memaklumkan kepada semua waris
o Menyediakan perkhidmatan bantuan
o Melantik Pengawas Sekolah

JK KESELAMATAN:
Mempastikan semua murid dalam keadaan selamat semasa berada di sekolah
o Menjalankan latihan kebakaran 3 kali setahun
o Menyediakan pelan laluan kecemasan
o Mempastikan kawasan sekitar sekolah selamat


JK KANTIN:
o Mempastikan pelayan menerima suntikan
o Mempastikan kebersihan diutamakan
o Mempastikan menu dipatuhi
o Memeriksa keceriaan kantin
o Memantau perjalanan kantin seharian - kebersihan


JK LAWATAN:

o Merancang program lawatan berfokus
o Menyediakan anggaran perbelanjaan
o Memohon kebenaran JPN / Waris
o Mengikut pekeliling berkaitan
o Melibatkan seluruh komuniti – jika boleh


JK KEBAJIKAN:

o Mendapatkan Maklumat murid
o Menyaring maklumat
o Menyenaraikan maklumat murid
o Menyalurkan bantuan yang ada


JK PENDAFTARAN / SISTEM MAKLUMAT MURID:
o Mendaftar rekod kemasukan murid
o Merekod pelajar dalam sistem Maklumat Pelajar di pejabat


JK KESIHATAN:

o Memantau kesihatan/ kebersihan murid
o Menyediakan surat rawatan murid
o Menyenggara bilik sakit (sick bay)

JK BILIK GURU / MESYUARAT:
o Mengemaskini bilik guru / mesyuarat
o Menyediakan jadual bertugas
o Memohon kelengkapan bilik
o Mempastikan keceriaan bilik

JK MAJLIS SEKOLAH
o Mengendalikan Majlis Peringkat sekolah
o Menyediakan anggaran Perbelanjaan Majlis
o Menyediakan jawatankuasa kerja
o Menyenaraikan jemputan/tetamu
o Menyediakan tempat / siaraya
o Memohon keperluan majlis

JK KOKURIKULUM:

o Menyelaras aktiviti/program kokurikulum
o Mendaftar keahlian murid
o Mengesahkan penyertaan aktiviti
o Menyediakan anggaran perbelanjaan program
o Mempastikan semua murid/staf terlibat
o Merangka kejohanan peringkat sekolah
o Menyediakan keperluan / peralatan
o Memantau program/aktiviti sekolah
o Menetapkan jadual latihan / program



JK KELAB/PERSATUAN

o Menubuhkan kelab/persatuan yang dipersetujui
o Mendaftar keahlian murid
o Mempastikan penyertaan semua murid
o Merangka program / aktiviti bulanan
o Menyediakan anggaran perbelanjaan
o Merekod kehadiran/perjumpaan
o Melantik jawatankuasa
o Menetapkan waktu perjumpaan
o Menyediakan peraturan berkaitan
o Menyediakan surat kebenaran waris

Unit beruniform

o Mendaftar / mengesahkan keahlian
o Merangka program / Aktiviti
o Menganggar perbelanjaan
o Menentukan perjumpaan
o Melantik Jawatankuasa
o Mempastikan penglibatan semua murid
o Menyediakan Peraturan berkaitan
o mempastikan murid menyediakan pakaian seragam
o menyediakan surat kebenaran waris

Jawatankuasa Permainan

o Menentukan jadual latihan
o Mendaftar keahlian
o Merangka aktiviti peringkat sekolah
o Menganggar perbelanjaan
o Mempastikan penglibatan semua murid
o Menyediakan peraturan
o Menyediakan surat kebenaran waris

panduan mudah pengurusan kewangan sekolah

PANDUAN AKAUN KEWANGAN SEKOLAH

Perkara-perkara yang di bawah ini perlu diambil perhatian berat/serius:-

1. Kerani yang bertanggungjawab dalam hal kewangan dan akaun sekolah
- mesti dilantik melalui surat rasmi.

2. Buku tunai
- direkodkan tiap-tiap hari.
- ditutup tiap-tiap bulan.
- disemak oleh kerani dan Guru Besar/Pengetua.
- ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua, Guru Penolong Kanan 1 dan dua orang pemeriksa dalaman.

3. Buku resit
- didaftarkan dan bersiri.
- gunakan kertas karbon ‘double sided’.
- tak boleh guna pemadam.
- resit yang ‘batal’ mesti disertakan pada buku resit tersebut.

4. Bank in slip
- disemak dan disahkan oleh Guru Besar/Pengetua sebelum dibankkan dan selepas dibankkan.

5. Baucer
- No. Siri.
- Nama penerima.
- No. Inbois.
- Inbois/Surat kebenaran.
- No. L.O.
- L.O.
- No. Cek.
- Cek dipalang/Akaun Payee Only.
- Tanda Tangan Guru Besar/Pengetua.

6. Daftar bil
- didaftarkan dalam buku khas.
- disimpan dalam almari/peti berkunci.

7. Daftar buku resit
- diberikan No. Siri.
- nama guru/pegawai yang diberi kuasa menggunakannya.
- disimpan dalam almari/peti berkunci.

8. Buku cek
- dicop Akaun Payee Only atau dipalang.
- catatan pada keratan cek dilengkapkan.
- cek kosong jangan ditanda tangani.
- buat baucer dulu baru boleh tulis cek.
- dicop tempoh laku satu bulan atau tiga bulan.

9. Penyata bulanan bank
- disemak dan ditutup tiap-tiap bulan.
- ditanda tangani oleh Guru Besar/Pengetua.

10. L.O. resmi
- ditanda tangani oleh Guru Besar/Pengetua.
- disahkan penghantaran oleh pembekal dan Pengetua/Guru Besar.
- ditulis setelah L.O dalaman diluluskan oleh Guru Besar/Pengetua.

11. L.O dalaman
- ditanda tangani oleh Ketua Panitia.
- diluluskan oleh Guru Besar/Pengetua.

12. Panjar wang runcit
- direkodkan.
- disemak dan disahkan oleh Guru Besar/Pengetua.
- disertakan resit pembayaran.

13. Anggaran belanjawan tahunan
- ikut dan patuhi.

14. Sistem simpanan
- simpan dalam almari/peti berkunci.
- simpan dengan kemas/teratur/lengkap.
- sertakan semua dokumen yang berkaitan.

15. Tindakan pada teguran audit
- dibuat sekurang-kurangnya mengandungi:
i. Bil.
ii. Taguran/hal.
iii. Muka Surat.
iv. Jawapan/Penyelesaian.

16. Cop terimaan
- mesti ada.

17. Cop sudah bayar
- mesti ada.

18. Jawatankuasa Kewangan
- Pengerusi = Guru Besar/Pengetua.
- Setiausaha = Kerani Kewangan.
- Ahli = GPK 1.
GPK (HEM).
Ketua Bidang/Ketua Panitia.

19. Surat kebenaran mengutip wang/yuran dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
- dapatkan dan simpan dengan baik.

20. Surat kebenaran kepada Guru/Pegawai kerkenaan untuk mengutip wang/yuran
- dibuat.
- guru mesti tanda tangan penerimaan tugas.
- disimpan dengan baik.

21. Sistem Penyimpanan Surat/Dokumen
- simpan dalam almari/peti berkunci.
- semua dokumen mesti lengkap.

22. Pekeliling Kewangan dan Akaun Sekolah
- dilengkapkan dan disimpan dengan baik dalam almari/peti besi.

23. Surat kebenaran membeli barang dari jabatan bagi barang yang melebihi had harga dibenarkan kepada Guru Besar/Pengetua.
- dapatkan dari JPNS terlebih dahulu baru beli.
- disimpan dengan baik.

24. Penerimaan
- dikeluarkan resit terimaan.

25. Terimaan RM500.00 dan ke atas
- mesti dibankkan pada hari terimaan tersebut.

26. Pembayaran
- dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh inbois.
- bayar dengan gunakan cek saja.
- tak boleh guna wang tunai.

27. Resit Pembayaran
- dapatkan resit dari pembekal.

28. Tukar Virement
- dapatkan kebenaran dari JPNS terlebih dahulu baru boleh belanja.

persediaan awal tahun - buku rekod mengajar

PEMANTAUAN PERSEDIAAN SEKOLAH AWAL TAHUN (2010)


GARIS PANDUAN PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN


1. BUKU REKOD ATAU REKOD MENGAJAR
1.1 SENANG DIAKSESKAN
1.2 BUTIRAN DIRI YANG DITULIS DENGAN LENGKAP
1.2.1 NAMA
1.2.2 ANGKA PEJABAT
1.2.3 NO KAD PENGENALAN
1.2.4 JAWATAN
1.2.5 BANGSA/WARGANEGARA/AGAMA
1.2.6 TARIKH PERLANTIKAN
1.2.7 TARIKH PENGESAHAN JAWATAN
1.2.8 TARIKH MASUK JAWATAN BERPENCEN
1.2.9 KELULUSAN
1.2.10 OPSYEN
1.2.11 KATEGORI
1.2.12 TARIKH KENAIKAN GAJI
1.2.13 TARIKH MENGAJAR
1.2.14 TARIKH MENGAJAR DISINI
1.2.15 NAMA SEKOLAH DAHULU
1.2.16 KURSUS DALAM PERKHIDMATAN DIHADIRI ( DALAM TEMPOH 3 TAHUN).

1.3 JADUAL WAKTU
1.3.1 JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN / KELAS
1.3.2 ANALISIS PERUNTUKAN WAKTU MENGAJAR

1.4 TAKWIM PERSEKOLAHAN

1.5 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
1.5.1 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN HENDAKLAH SELARAS DENGAN TAKWIN PERSEKOLAHAN SEMASA
a. TERDAPAT MINGGU P&P
b. TERDAPAT MINGGU PEPERIKSAAN
c. TERDAPAT MINGGU ULANGKAJI/PERBINCANGAN KERTAS PEPERIKSAAN
d. TERDAPAT MINGGU/ HARI P&P TIDAK DAPAT LAKSANA SEBAB PROGRAM PENTING SEKOLAH SEPERTI SUKAN DLL
1.5.2 TERDAPAT RINGKASAN ISI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT SUKATAN PELAJARAN KEBANGSAAN KPM

1.6 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
1.6.1 TAJUK
1.6.2 OBJEKTIF
1.6.3 STRATEGI CAPAI OBJEKTIF / AKTIVITI/KEMAHIRAN
1.6.4 KENYATAAN SEJAUH MANA OBJEKTIF TERCAPAI & TINDAKAN SUSULAN ( REFLEKSI/IMPAK)

1.7 MARKAH PENCAPAIAN PELAJAR
1.7.1 NAMA PELAJAR
1.7.2 TOV/ETR
1.7.3 MARKAH UJIAN/PEPERIKSAAN
1.7.4 ANALISIS PENCAPAIAN SETIAP UJIAN/PEPERIKSAAN

1.8 SENARAI BUKU TEKS/RUJUKAN DIGUNAKAN

1.9 SUKATAN PELAJARAN / HURAIAN SUKATAN PELAJARAN ( BOLEH DALAM FAIL)

Sabtu, 12 Disember 2009

gred exam

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009


Gred
Sedia Ada
Gred Baru

A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G

Rabu, 2 Disember 2009

npqh ke medan 2006










rombongan SMK Lenga ke Medan











lawatan sambil belajar ke medan

ibu bapa berkira dengan perbelanjaan pendidikan anak-anak

asalamualaikum dan selamat sejahtera semua

minggu ini agak sibuk dengan menjadi pengawas spm yang sedang berlangsung hingga 16 disember 2009. jadi sepanjang cuti persekolahan ini masih sibuk ke hulu ke hilir menguruskan peperiksaan spm.

isu politik memang panas sepanjang tahun . namun itu bukan kecenderungan blog ini. biarlah mereka berpolitik sepanjang tahun bahkan sepanjang hayat sekalipun.

namun saya berasa agak sedikit kecewa dengan beberapa isu yang berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam hal menyara persekolahan anak mereka . kebanyakan daripada ibu bapa masih berkira dengan persoalan kewangan yang dianggap beban kepada mereka dalam tempoh persekolahan anak-anak.keadaan ini sedikit mengecewakan kerana kepentingan pelajaran anak-anak sebenarnya lebih penting daripada menyewa astro yang jumlahnya tidak pernah surut bahkan semakin meningkat saban tahun. kerajaan telah membelanjakan pelbagai peruntukan dari segi gaji guru , prasarana sekolah , prasarana sukan , pakaian uniform kokurikulum , buku teks dan pelbagai bantuan namun sepanjang pengetahuan penulis hampir setiap sekolah menghadapi masalah ibu bapa gagal membayar yuran persekolahan anak mereka yang berjumlah RM 44 hingga RM 50 setahun bagi setiap anak dan mungkin RM 20 - RM 40 untuk bayaran PIBG bagi sesebuah keluarga.

entah .....
kenapa ianya terjadi ..... manjakah ibu bapa sekarang ini ?
entah ?