-->

prosedur perkhemahan

Manual Pegurusan Perkhemahan Tahun 2010

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN

A. Definisi Perkhemahan

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.

B. Tujuan Perkhemahan
1. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
2. Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
3. Menghayati erti batasan kehidupan.
4. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
5. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
6. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

C. Peringkat Prosedur Tetap.
Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:
1. Sebelum.
2. Semasa.
3. Selepas.

PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN

1. Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan
1.1 Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:
1.1.1 Dalam kawasan sekolah { kelulusan Pengetua };
1.1.2 Dalam daerah di luar kawasan sekolah { kelulusan Pegawai Pendidikan Agama Johor };
1.1.3 Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri { kelulusan Pengarah Pendidikan Agama };
1.1.4 Luar negara { kelulusan Pengarah Jabatan Agama Johor}.

Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut :
a. Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan ( Rujuk Lampiran A )
b. Senarai nama pelajar dan guru pengiring
c. Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan.
d. Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
e. Jadual aktiviti perkhemahan.
f. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.( Rujuk SP Bil 24/1998 )

1.2 Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri ( u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah ) dengan mematuhi ‘The Schools (Tours) Regulations, 1957’ dengan menyertakan bersama salinan surat kebenaran perkhemahan daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

1.3 Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu ( Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998 ).

1.4 Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:
1.4.1 Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
1.4.2 Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
1.4.2 Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan

1.4.4 Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan

1.5 Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. ( Rujuk para 3F, SPI Bil 24/998 )

1.6 Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.

1.7 Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta.

1.8 Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa.

1.9 Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
1.9.1 gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.
1.9.2 hakisan atau tanah runtuh.
1.9.4 banjir.
1.9.5 ribut atau gelombang besar.
1.9.6 wabak penyakit.
1.9.7 kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan sebagainya. ( Rujuk para 2.4 SPI Bil. 12/2000 dan SPI Bil. 9/2000 )

1.10 Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan. ( Rujuk para 3E, SP Bil. 24/1998 )
1.11 Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.
1.12. Semua keperluan logistik ( peralatan perkhemahan ) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

2. Organisasi Perkhemahan

2.1 Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:
2.1.1 Penganjur.
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.
2.1.2 Peserta.
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.

2.1.3 Saiz Kumpulan.
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.

2.1.4 Syarat.
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti
jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain.

2.1.5 Kepimpinan.
Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan

2.1.6 Jawatankuasa.
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan perkhemahan.

PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN

Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:
1. Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:
1.1 Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.
1.2 Keracunan makanan.
1.3 Kemudahan-kemudahan asas.
1.4 Sistem komunikasi.
2. Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.(Rujuk SPI. Bil. 12/2000)
3. Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
4. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hai berikut/masa hadapan.
5. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.


PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:
1. Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik.
2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya.
3. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan.
4. Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
5. Membentang dan membuat laporan:
5.1 Kewangan.
5.2 Aktiviti.
6. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan.
7. Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan.

0 Response to "prosedur perkhemahan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel