-->

pemastian standard

Pemastian standard sekolah

PANDUAN BUAT SEKOLAH

1. Kedatangan guru-guru dan kakitangan sekolah.
- Tak boleh datang lewat.
2. Kehadiran guru pada masa perhimpunan.
- Semua guru mesti/wajib hadir.
3. Kebersihan kawasan dan bangunan sekolah.
- Konsep 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Kecantikan) hendaklah dilaksanakan dan menarik serta seronok untuk P&P sekolah.
4. Akaun dan Kewangan Sekolah.
- Hendaklah kemaskini dan memenuhi semua prosedor dan peraturan. Anggaran belanjauan tahunan hendaklah dibuat. Kutipan wang hendaklah dilaksanakan dan dikeluarkan resit. Surat kebenaran untuk mengutip wang hendaklah disimpan dengan baik dan selamat.

5. Amalan “Saya yang menurut perintah” mesti diamalkan.
6. Sistem fail mesti mengikuti dan memenuhi Bab 4 dan Bab 5 Pekeliling Perkhidmatan Awam - mesti ada nombor dan kertas minit dan ada kesinambongan fail.
7. Elakkan suasana guru dan pelajar lewat masuk kelas.
8. Pencerapan mestilah dijalankan secara bersistem dan mengikuti seperti yang dirancangkan - pencerap mestilah bersifat boleh membantu meningkatkan mutu P&P.
9. Kerja/latihan pelajar hendaklah diperiksa dengan teliti dan betul.
10. Pemantauan pemeriksaan buku kerja/latihan murid hendaklah diambil perhatian berat oleh pihak pengurusan.
11. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum.
- Mestilah dirancang dengan rapi dan teliti serta berkesan. Jelaskan kualiti dan wawasan yang hendak dicapai. Pengetua mesti jadi Pengerusi dan GPK 1 jadi Setiausaha bagi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
12. Pelunjuran akademik yang hendak dicapai mestilah lebih dari pencapaian tahun sebelumnya.
13. Kehadiran ahli dalam mesyuarat panitia mesti penuh.
14. Strategi peningkatan akademik hendaklah jelas.
15. Elakkan kekurangan guru.

16. Carta Organisasi.
- Mesti ada.
17. Nyatakan tugas semua Jawatankuasa yang ada di sekolah.
18. Nyatakan tanggungjawab/tugas bagi setiap jawatan di sekolah.

19. Aktiviti Kokurikulum mesti disusun dengan baik untuk sepanjang tahun.

20. Pengerusi Jawatankuasa Kokurikulum ialah Pengetua dan GPK HEM atau GPK Kokurikulum sebagai Setiausaha.

21. Kehadiran dalam mesyuarat setiap ahli Jawatankuasa Kokurikulum ini mestilah penuh.

22. Peruntukan masa bagi setiap mata pelajaran mesti memenuhi syarat dalam KBSR/KBSM.

23. Mata pelajaran yang diajar oleh guru POL mesti mendapat perhatian dan pemantauan yang sama dengan mata pelajaran lain.

24.
Buku Rekod Mengajar guru mesti ditulis dengan lengkap dan dipantau oleh Guru Besar/Pengetua.

25. Buku Jadual Kedatangan pelajar hendaklah ditulis dengan lengkap dan dipantau oleh Guru Besar/Pengetua.

26. Dokumen Rasmi.
- Mesti disimpan dengan baik dan selamat.
27. Disiplin dan Sahsiah Pelajar.
- Hendaklah dibentuk supaya jadi baik. Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan sentiasa.
28. Pelajar mestilah berdisiplin dalam semua keadaan termasuk semasa bermain, makan di kantin, pergi ke makmal, waktu datang ke sekolah dan balik ke rumah, ke tandas dll.

29. Amalan kebersihan hendaklah dibuat sepanjang masa dan di setiap tempat di sekolah.

30. Keselamatan, kemudahan, keselamatan pelajar dan guru hendaklah diberi perhatian serius.

31. Peratus kehadiran pelajar ke sekolah hendaklah diberi perhatian serius. Usahakan kedatangan pelajar ke sekolah penuh setiap hari.

32. ‘Team Work’
- Mesti ada di kalangan kumpulan pengurusan sekolah dan ahli keluarga sekolah keseluruhannya. Pengetua/Guru Besar mesti jadi pemimpin yang berkesan.

33. Lahirkan watak, budaya dan iklim sekolah yang baik dan mantap.

34. Persanoliti guru hendaklah baik - berpakaian kemas dan memenuhi peraturan yang disediakan.

35. Kualiti P&P mestilah baik/tinggi - galakkan pelajar mencari maklumat dan merujuk sendiri - tingkatkan tahap penguasaan kemahiran saintifik pelajar. Pelajar mesti pandai mengurus masa belajar, strategi menghadapi peperiksaan, berkomunikasi yang berkesan, membuat nota, merekod dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi yang berlainan.

36. Dalam P&P guru mestilah galakkan daya bersaing pelajar.

37. Elakkan perbuatan vandalism.

38. Persediaan Rancangan Tahunan dan Harian Guru hendaklah baik dan strategik - jangan abaikan alat bantu mengajar, gunakan teknik mengajar yang sesuai dan berkesan.

39. Sistem penilaian dan peperiksaan - hendaklah boleh menentukan tahap pencapaian pelajar yang sebenar dan membantu P&P. Markah hendaklah direkodkan dan dianalisa untuk tindakan berikutnya.

40. Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah mestilah berfungsi bagi membantu pelajar berdisiplin baik dan program peningkatan akademik sekolah. Program hendaklah disusun untuk sepanjang tahun.
41. Kebajikan Pelajar.
Adakan aktiviti yang boleh membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan seperti bantuan pelajar miskin/daif, kemalangan dll.

42. Perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah.
Hendaklah berfungsi dengan baik dan berkesan - dapat berperanan meningkatkan P&P dan prestasi akademik sekolah.

0 Response to "pemastian standard"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel