Rabu, 20 Januari 2010

senarai tugas HEM

Senarai Tugas Guru Penolong Kanan II

Sekolah Rendah

Mukadimah

Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin kebajikan murid, dan penerapan nilai-nilai murni.

1. Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan I
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal-Ehwal Murid.
1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang.
1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal-ehwal murid.
1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Senarai Tugas

2.1 Disiplin
a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
c. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
d. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
e. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

2.2 Bimbingan dan Kaunseling
a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.
c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.3 Kesihatan dan Kebajikan Murid
a. Menguruskan kemudahan rawatan murid.
b. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan Kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.
c. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
d. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
e. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid.
f. Memastikan langkah-langkah keselamatan semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

2.4 Skim Pinjaman Buku Teks
a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.
c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

3. Pentadbiran
3.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid
3.2 Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid sidang pagi
3.3 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
3.4 Mengurus pertukaran murid.
3.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.
3.6 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.
3.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

4. Pengawasan Asrama (Jika ada)
4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
4.2 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.
4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.
4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.
4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.
4.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.
5. Tugas-tugas Lain
5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.



Senarai Tugas Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) Sekolah Menengah

Mukadimah

Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti kokurikulum dan penerapan nilai-nilai murni.

1. Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Pendidikan Jasmani, Kokurikulum, Disiplin dan Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan, Perayaan Sekolah, Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika ada).
1.4 Membantu Pengetua dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang.

1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam 1.3 di atas.
1.6 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Senarai Tugas
2.1 Disiplin
a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
c. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
d. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
e. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

2.2 Bimbingan dan Kaunseling
a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling bersama-sama dengan guru-guru bimbingan dan kaunseling.
b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.
c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.3 Program Perlindungan Murid

a. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan program-program lain di peringkat sekolah.

2.4 Pentadbiran
a. Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran Murid.
b. Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
c. Mengurus pertukaran murid
d. Menyemak Buku Kedatangan Harian murid sidang pagi.
e. Mengurus surat akaun, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
f. Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.
g. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
h. Membantu merancang Takwim sekolah.

2.5 Kesihatan
a. Menguruskan kemudahan rawatan murid.
b. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan Kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan kad Tenaga Asas.
c. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
d. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

2.6 Skim Pinjaman Buku Teks
a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal Bilik Buku Bantuan.
c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

2.7 Biasiswa dan Bantuan
a. Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
b. Mengemaskini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.
c. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

3. Kokurikulum
3.1 Sukan dan Permainan
a. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
b. Membantu merancang Takwim Sukan dan Permainan sekolah,.

3.2 Kelab/Persatuan
a. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktivti Persatuan dan Kelab yang bercorak akademik.

3.3 Pasukan Pakaian Seragam
a. Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.
b. Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah,

3.4 Koperasi Sekolah dan Sebagainya
a. Menyelaras kegiatan-kegiatan berkaitan dengan koperasi sekolah, Amanah Saham Nasional, Bank Simpanan Nasional dan sebagainya.

4. Pengawasan Asrama (jika ada)
4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama
4.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
4.3 Menyelaras hal-hal pemelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.
4.4 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.
4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.
4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.
4.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

5. Tugas-tugas Lain
5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

2 ulasan:

  1. Tahniah,hebat. saya jadikan panduan

    BalasPadam