-->

strategi ringkas peningkatan PMR mata pelajaran BM

Peningkatan pencapaian bm pmr
Sumber : smkb kelantan


Ringkasan Langkah

1. Buat SWOT
2. lihat keputusan pelajar – baik / masalah
3. buat JPU untuk kertas 1
4. lihat kekuatan dan kelemahan pelajar – bandingkan soalan yang pelajar banyak betul dan yang selalu salah
5. guru mata pelajaran cari jalan meningkatkan markah pelajar – antara 5 hingga 10 soalan ( mungkin ramalan daripada latih tubi yang berterusan )

contoh ringkas


Kekuatan

Beberapa bulan sebelum peperiksaan, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan :
1.Kelas-kelas tambahan yang berterusan, siang dan malam.
2.Ceramah-ceramah motivasi dan ceramah teknik menjawab peperiksaan daripada guru-guru yang mahir dalam bidang yang berkenaan.
3.Pelajar-pelajar telah diagih kepada “mentor” untuk memastikan peningkatan pencapaian.
4.Perlaksanaan dan pembentukan “study group” dan pembimbing rakan akademik.
5.Latih tubi soalan-soalan peperiksaan dari bank soalan.
Pelaksanaan-pelaksanaan tersebut telah memantapkan dan menyakinkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan PMR 2010.


Kelemahan

Walaupun pelbagai program dan perancangan dilaksanakan namun sebilangn kecil pelajar:
1.Tidak memberikan dan tidak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan.
2.Kedapatan juga pelajar yang belajar sambil lewa dan tidak memberi tumpuan semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
3.Kedapatan juga pelajar yang tidak hadir ke kelas tambahan yang dijalankan.
4.Sebahagian kecil daripada pelajar masih tidak boleh membaca.
Pelajar-pelajar tersebut biasanya akan gagal dalam peperiksaan atau hanya sekadar lulus dengan gred D sahaja.

Strategi ke arah Pencapaian Target

1.Menghabiskan sukatan lebih awal dengan mengadakan kelas-kelas tambahan.
2.Latih tubi soalan-soalan PMR yang lepas dan soalan-soalan daripada buku-buku latihan yang dibeli khas.
3.Sentiasa mengadakan ujian bulanan untuk mengesankelemahan pelajar.
4.Membanyakan latihan karangan supaya pelajar menguasai tajuk-tajuk karangan.
5.Pelajar-pelajar yang agak lemah diberi penekanan dalam bidang penulisan.
6.Mengadakan kelas intensif untuk mengulangkaji tajuk-tajuk dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga.
7.Mengadakan ceramah-ceramah teknik menjawab soalan PMR oleh penceramah-penceramah khas.
8.Mengadakan kelas malam untuk memastikan pelajar sentiasa mengulangkaji pelajaran.
9.Mengadakan solat hajat melibatkan pelajar,guru dan ibu bapa.
10.Mengadakan Program Mentor-Mentee secara berterusan untuk membimbing pelajar memantapkan diri bagi menghadapi PMR.

1 Response to "strategi ringkas peningkatan PMR mata pelajaran BM"

  1. maizura binti mohd kasim29 Mei 2010 pada 9:47 PTG

    nama saya maizura. saya kurang membuat latihan di rumah.saya rasa boringlah blaja ngan buku.saya teringin sangat membuat latihan menggunakan komputer nie....

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel