-->

Unit HEM

Unit Hal Ehwal Murid di Sekolah

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) atau di sesetengah sekolah dinamakan seperti Majlis HEM, Unit Personalia Pelajar dan lain-lain yang membawa konotasi yang sama adalah satu unit yang diwujudkan di bawah pengelolaan Penolong Kanan (HEM) di sekolah-sekolah untuk menguruskan perkhidmatan hal ehwal murid.

Peranan utama unit ini mengendalikan pelbagai program dan perkhidmatan serta pengurusan yang tersirat dalam kurikulum sekolah sama ada berupa akademik atau ko-kurikulum iaitu:

1. Merancang program aktiviti dan teknik pelaksanaan semua aktiviti untuk per kembangan sahsiah pelajar.
2. Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan aktiviti pelajar.
3. Mempertingkatkan akhlak dan nilai hidup pelajar, membina personaliti dan membentuk sikap pelajar yang positif dan progresif.
4. Mengawasi keselamatan, menjaga kesihatan dan memelihara kebajikan pelajar.
5. Membina semangat kasih sayang kepada diri sendiri, ibu bapa, agama dan negara.

Untuk menjayakan pengelolaan program dan perkhidmatan HEM berkenaan, unit ini biasanya mempunyai struktur organisasi yang tertentu yang diubahsuai dan ditambah mengikut keperluan di sekolah-sekolah berkenaan. Rajah 1 dan 2 di bawah dapat menunjukkan contoh struktur asas unit HEM yang mempunyai beberapa bahagian di bawah kawalannya dan setiap bahagian atau bidang ini mempunyai objektif, dasar, pelaksanaan dan kumpulan sasaran masing-masing.

Rajah 1 : Struktur Organisasi Sekolah Menengah Gred A

Rajah 2 : Struktur & Bidang-Bidang Dalam Pengurusan HEM

MAJLIS HAL EHWAL PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN xxx


Pengerusi :
Timb. Pengerusi :
Naib Pengerusi 1 :
Naib Pengerusi 2 :
Setiausaha :
Kaunselor Pelajar :
Guru Kanan Disiplin (Pagi) :
Guru Kanan Disiplin (Petang):
Penyelaras Pengawas (Pagi) :
Penyelaras Pengawas (Petang):
Penyelaras Dokumen Pelajar :
Penyelaras Biasiswa dan Simpanan :
Penyelaras SPBT :
Penyelaras Perangkaan Harian/Enrolmen Murid :
Penyelaras Kesihatan Murid :
Penyelaras Keselamatan & Pencegahan Kebakaran :
Penyelaras papan Kenyataan & Maklumat Sekolah :
Penyelaras Kantin Sekolah :
Penyelaras Asrama Bistari :
Penyelaras Buletin/Majalah :
Penyelaras Tingkatan :
Penyelaras Register Murid :
Penyelaras Kepimpinan &
Pengembangan Motivasi :
Penyelaras Badan Kebajikan Murid (BAKESMA) :
Penyelaras Koperasi :

Rajah 3 : Contoh Struktur Organisasi Unit HEM di Sekolah
XX



Program Hal Ehwal Murid Di Sekolah

Pelaksanaan program atau aktiviti HEM di sekolah adalah berasaskan bidang-bidang yang terangkum dalam unit HEM itu sendiri meliputi kebajikan pelajar dan ko-kurikulum.

1. Matlamat Program HEM

Antara matlamat program hal ehwal murid ialah:
a. Membantu dalam perkembangan diri murid/pelajar supaya berfungsi sebagai individu yang seimbang.
b. memupuk semangat berdikari.
c. Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan.
d. Membantu merancang hidup yang lebih bermakna dan berkesan.
e. Memberi dorongan dan motivasi dan semua aspek.
f. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang ilmu yang berbagai-bagai.
g. Memperkembangkan potensi dan kebolehan ke tahap maksima.
h. Membantu murid/pelajar meringankan masalah yang dihadapi.
i. Menyedarkan murid/pelajar tentang pentingnya hidup bermasyarakat.
j. Menyuburi potensi kepemimpinan di kalangan murid/pelajar

2. Elemen-elemen penting dalam program HEM:

i. Menyelesaikan masalah
ii. Membuat keputusan
iii. Hubungan manusia
iv. Komunikasi yang efektif

0 Response to "Unit HEM"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel