-->

akta pendidikan 4

BAHAGIAN III


MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN

10. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

(1) Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud Akta ini suatu Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

(2) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan orang lain yang dilantik oleh Menteri.

(3) Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian in setiap anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dan tertakiuk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat perlantikannya.

(4) Apa-apa perlantikan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan daham Warta.



11. Fungsi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

(1) Menteri boleh merujukkan apa-apa perkara berhubungan dengan pendidikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan untuk mendapatkan nasihatnya.

(2) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah. apabila apa-apa perkara dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara itu dan mengemukakan nasihatnya kepada Menteri.


12. Hak kehadiran

Menteri boleh menghadiri, dan boleh menamakan wakil-wakil untuk menghadiri, mana-mana mesyuarat Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

13. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, boleh melalui peraturan¬-peraturan sedemikian membuat peruntukan tentang—

(a) bilangan anggota Majlis;

(b) terma dan syarat jawatan anggota;

(c) mesyuarat dan prosedur Majlis;

(d) perlantikan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil Majlis; dan

(e) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri bagi Majlis berfungsi dengan sepatutnya.



14. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawalselia prosedurnya sendiri.

Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawal-selia prosedurnya sendiri.
BAHAGIAN IV

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan

14. Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada -
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah;
(d) pendidikan lepas menengah; dan
(e) pendidikan tinggi,

tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.

15. Kategori institusi pendidikan.

Maka hendaklah ada tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu—¬

(a) institusi pendidikan kerajaan;
(b) institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan
(c) institusi pendidikan swasta.


17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini

(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.


18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah.

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing¬-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.

(3) Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual diajarkan di sekolah itu.
I
(4) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menambah, meminda atau mengubah Jadual.


19. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid¬muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya oleh atau di bawah Akta ini.


Bab 2 — Pendidikan Prasekolah

20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau pengurusan tadika.

(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.


21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika.

Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

22. Kurikulum prasekolah.

Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri.


23. Bahasa pengantar di tadika

Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

24. Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.

25. Bab 2 tidak terpakal bagi taman asuhan kanak-kanak.

Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan taman sedemikian.

26. Ketakpakaian seksyen 18 dan 19.

Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika.



Bab 3—Pendidikan Rendah

27. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan rendah.

Hendaklah menjadi kewajipan Menteri mengadakan pendidikan rendah di sekolah rendah kerajaan dan di sekolah rendah bantuan kerajaan.


28. Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebang-saan dan sekolah jenis kebangsaan.

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah¬-sekolah itu.

29. Tempoh pendidikan rendah.

Sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mengada-kan kursus pendidikan rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.
Bab 4—Pendidikan Menengah

30. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah.

(1) Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan yang berikut:

(a) sekolah menengah akademik;
(b) sekolah menengah teknik; dan
(c) sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh Menteri dan semasa ke semasa.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana-¬mana sekolah menengah kebangsaan.


30. Penubuhan dan penyenggaraan sekolah menengah.

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan mana-mana sekohah yang diperihalkan dalam seksyen 30.


31. Kelas peralihan.

Menteri boleh mengadakan kelas peralihan di mana¬mana sekolah menengah kebangsaan akademik.


Bab 5—Pendidikan Lepas Menengah

32. Pendidikan lepas menengah.

Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di—


(a) sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam perenggan 30(1)(a) dan (1)(b);
(b) maktab-maktab; dan
(c) mana-mana sekolah menengah kebangsaan atau institusi pendidikan lain yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini.


Bab 6 — Institusi Pendidikan Lain

34. Institusi pendidikan lain.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institusi pendidikan yang berikut:

(a) maktab-maktab, selain daripada maktab-maktab yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
(b) sekolah khas;
(c) politeknik, dan
(d) apa-apa institusi pendidikan lain, yang penubuhan atau penyenggaraannya tidak diperuntukkan di bawah Akta ini atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

(2) Menteri boleh memberikan sumbangan bantuan kepada institusi pendidikan, yang tidak ditubuhkan olehnya, yang termasuk dalam perenggan (1)(a) atau (1)(b).



Bab 7—Pendidikan Teknik dan Politeknik

35. Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain.

(1) Menteri boleh mengadakan pendidikan teknik di—
(a) mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam seksyen 30; atau
(b) institusi pendidikan lain yang diperihalkan dalam perenggan 34(1)(a) atau (1)(c).

(2) Bagi maksud subseksyen (1), pendidikan teknik termasuklah penyediaan—

(a) latihan kemahiran;
(b) latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu;
(c) latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada; dan
(d) apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh Menteri.


36. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri.

Politeknik yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(c) boleh—

(a) menawarkan kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri; dan
(b) menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan.



37. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan teknik dan vokasional.

(1) Tertakluk kepada kelulusan Menteri, suatu politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian, mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan (termasuklah program pertukaran) yang disifatkan suaimanfaat oleh Menteri bagi maksud—

(a) melaksanakan pemindahan teknologi;
(b) meningkatkan kemahiran teknik dan vokasional guru-guru, pekerja-pekerja dan murid-murid politeknik itu; dan
(c) melaksanakan apa-apa program latihan yang dianggap oleh Menteri sesuai dan bermanfaat bagi politeknik atau murid-muridnya atau guru¬-gurunya.
(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.


38. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh universiti, dsb.

(1) Politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi diploma, sijil atau pengiktirafan daham bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.

(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.


(3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusan-nya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa politeknik itu telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.

39. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan politeknik.

Menteri boleh membuat peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan sedemikian boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a) penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan untuk politeknik;
(b) penubuhan lembaga atau badan untuk menghasilkan, mengawasi dan mengubah-suaikan kurikulum kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan oleh politeknik;
(c) penganugerahan sijil atau diploma atau apa-apa kelayakan lain;
(d) disiplin murid;
(e) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di politeknik; dan
(f) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.

Bab 8—Pendidikan Khas

40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas.

Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang di fikirkan oleh Menteri suaimanfaat.

41. Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum
pendidikan khas.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan—

(a) tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;
(b) kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c) kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
(d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta mi.

(3) Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.




Bab 9 – Pendidikan Guru

42. Sekatanterhadap penubuhan maktab pendidikan guru.

Tiada seorang pun boleh menubuhkan atau menyenggarakan suatu maktab pendidikan guru melainkan dengan kelulusan Menteri.


43. Pendaftaran maktab pendidikan guru.

Semua maktab pendidikan guru, yang penubuhan atau penyenggaraannya telah diluluskan di bawah seksyen 42, hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.

44. Penganugerahan sijil atau kelayakan lain oleh maktab pendidikan guru.

Maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh menganugerahkan sijil atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan.


45. Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan maktab pendidikan guru.

Walau apa pun seksyen 42, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan maktab pendidikan guru dan mengadakan pendidikan guru di dalamnya.



46. Maktab pendidikan guru hendaklah mengendali-kan kursus pengajian yang diluluskan oleh Menteri.

Tiap-tiap maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Bab ini hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri.


47. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah, dsb. yang diberikan oleh universiti, dsb.

(1) Maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Bab ini boleh, dengan kelulusan Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi ijazah, diploma, sijil atau pengiktirafan dalam bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.
(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.
(3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusan-nya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa maktab pendidikan guru itu telah membuat perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

48. Suratcara pengelolaan bagi maktab pendidikan guru.
(1) Kecuali bagi maktab pendidikan guru yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah seksyen 45, tiap-tiap maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai suratcara pengelolaan.
(2) Tiap-tiap suratcara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah diluluskan oleh, dan hendaklah diserahkan kepada, Ketua Pendaftar pada masa pendaftaran.
(3) Tiap-tiap suratcara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan bagi penubuhan lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusan maktab pendidikan guru itu oleh pengelola¬pengelola mengikut cara yang tidak tak konsisten dengan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(4) Tiap-tiap suratcara pengelohaan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkan mengikut cara yang ditetapkan.


49. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan maktab pendidikan guru.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a) penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan bagi pendidikan guru;
(b) kursus pengajian dan program latihan yang hendaklah dijalankan oleh maktab pendidikan guru;
(c) penganugerahan sijil atau diploma;
(d) disiplin murid di maktab pendidikan guru;
(e) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di peringkat maktab, daerah, negeri dan kebangsaan;
(f) pengiktirafan kelayakan yang dikeluarkan oleh maktab pendidikan guru;
(g) prosedur bagi permohonan bagi pendaftaran maktab pendidikan guru; dan
(h) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.


Bab 10 ¬— Pengajaran Agama di Institusi
Pendidikan


50. Pengajaran agama Islam

(1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oheh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan yang tertentu.
(3) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.
(4) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam.


51. Pengajaranpengetahuan agama selain daripada agama Islam.

Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran bagi agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana¬-mana daripada mereka tetapi—

(a) pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan
(b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.

52. Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan IsIam yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan Negeri.

Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan sama ada yang merupakan suatu institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata¬-mata.


Bab 11—Pengurusan Institusi Pendidikan

53. Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah mempunyai suratcara pengelolaan.
(2) Tiap-tiap suratcara pengelolaan hendaklah mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusan institusi pendidikan itu oleh pengelola-pengelola mengikut cara yang tidak tak konsisten dengan Akta ini dan mana-¬mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan kecuali sekolah jenis kebangsaan dan sekolah-sekolah yang ditentukan oleh Menteri.
(4) Tiap-tiap suratcara pengelolaan hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkan mengikut cara yang ditetapkan.


54. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan suratcara pengelolaan.

(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi penubuhan lembaga pengelola dan bagi pengurusan institusi pendidikan oleh lembaga pengelola dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, Menteri boleh, dalam peraturan-peraturan itu, menetapkan kewajipan-kewajipan pengelola-¬pengelola dan orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu.
(2) Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan kewajipan yang berlainan bagi pengelola-pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan dalam kategori yang berlainan.

55. Institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut suratcara pengelolaannya.

Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini dan khususnya peruntukan tentang pengecualian, tiap¬-tiap institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut suratcara pengelolaannya.

56. Kuasa Menteri untuk melantik pengelola tambahan.

(1) Jika Menteri berpuas hati—
(a) bahawa disiplin di sesuatu institusi pendidikan tidak dijaga dengan secukupnya;

(b) bahawa terma suratcara pengelolaan sesuatu institusi pendidikan sengaja tidak diendahkan;
(c) bahawa mana-mana peruntukan Akta ini atau bahawa mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sengaja tidak diendahkan; atau
(d) dalam hal suatu institusi pendidikan bantuan kerajaan, harta atau wang institusi pendidikan itu tidak ditadbirkan dengan sepatutnya,

dia boleh melantik dengan menyatakan namanya, pengelola-pengelola tambahan bagi institusi pendidikan itu sebagaimana yang difikmrkannya layak.

(2) Menteri boleh, mengikut budi bicaranya, pada bila¬-bila masa memberhentikan seorang pengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen (1).
(3) Pengelola tambahan yang dilantik bagi institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi segala maksud disifatkan menjadi pengelola institusi pendidikan itu.
(4) Bab 3 Bahagian VIII tidaklah terpakai bagi pengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen
(1).

57. Perlantikan guru di bawah suratcara pengelolaan dan Akta.

Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, guru di institusi pendidikan selain daripada institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan hendaklah dilantik mengikut suratcara pengelolaan.


58. Kuasa Menteri berhubungan dengan penjalanan fungsi, dsb.

(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa di sesuatu institusi pendidikan—

(a) pengelola-pengelolanya telah bertindak atau bercadang untuk bertindak dengan tidak munasabah berkenaan dengan penjalanan mana-¬mana kuasa yang diberikan atau penunaian mana¬-mana kewajipan yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini; atau
(b) pengelola-pengelolanya telah tidak menunai-kan mana-mana kewajipan yang dikenakan ke atas mereka oleh atau di bawah Akta ini,

maka Menteri boleh—

(aa) memberikan apa-apa arahan bertulis tentang penjalanan kuasa atau penunaian kewajipan itu sebagaimana yang didapati oleh Menteri adalah suaimanfaat, dan adalah menjadi kewajipan pengelola-pengelola itu untuk mematuhi arahan itu; atau

(bb) menggantung atau membuang kerja semua atau mana-mana pengelola itu dan, walau apa pun peruntukan mana-mana suratcara pengelolaan berhubungan dengan institusi itu, melantik seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk mempunyai dan menjalankan semua fungsi pengelola itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya.

(2) Jika pada bila-bila masa, bagi sesuatu institusi pendidikan, tidak ada lembaga pengelola yang ditubuhkan di bawah Akta ini maka Menteri boleh melantik seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk menjalankan fungsi-fungsi pengelola bagi institusi itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan ohehnya.



59. Pembubaran lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.

(1) Menteri boleh, selepas memberikan lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan peluang untuk membuat representasi mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melalui notis secara bertulis yang dialamatkan dan disampaikan kepada pengerusi lembaga itu memerintahkan supaya lembaga itu dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa lembaga itu—

(a) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b) telah melanggar mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 9;
(c) telah melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 82(3);
(d) telah tidak mematuhi atau melaksanakan mana¬-mana peruntukan suratcara pengelolaan institusi pendidikan itu;
(e) telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau mana-¬mana bahagiannya atau yang berlawanan dengan kepentingan awam; atau
(f) telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi undang-undang, atau bagi apa-apa kegiatan atau maksud sesuatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang-undang.

(2) Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga di bawah subseksyen (1), dia hendaklah menyatakan dalam notis itu alasan-alasan bagi pembubaran itu dan tarikh pembubaran itu hendaklah berkuatkuasa.

60. Notis pembubaran hendaklah mengandungi arahan berbangkit.

Notis pembubaran sesuatu lembaga di bawah subseksyen 59(1) boleh mengandungi segala arahan yang bersifat sampingan, berbangkit, tambahan atau peralihan yang difikirkan oleh Menteri perlu, suaimanfaat atau patut diberikan.

61. Menteri hendaklah melantik lembaga yang lain apabila lembaga dibubarkan.

(1) Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga di bawah seksyen 59, Menteri hendaklah pada bila-bila masa selepas itu melantik lembaga yang lain mengikut Akta.
(2) Jika Menteri tidak melantik lembaga di bawah subseksyen (1), maka kuasa, fungsi dan kewajipan lembaga itu hendaklah dijalankan oleh guru besar institusi pendidikan itu atau oleh mana-mana orang lain yang dinamakan oleh Menteri dan yang hendaklah merupakan seorang anggota perkhidmatan awam.
(3) Selepas pembubaran lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan di bawah seksyen 59, seksyen 53, 54, 55, 56 dan 87 tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan itu.


62. Pembubaran lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan.
(1) Tiap-tiap lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan kecuali—
(a) sekolah rendah jenis kebangsaan kerajaan dan

(b) sekolah rendah kebangsaan kerajaan atau sekolah menengah kebangsaan kerajaan yang ditentukan oleh Menteri,

yang ditubuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah dibubarkan pada tarikh itu mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, dan sesudah itu ia hendaklah berhenti mengambil pekerja dan terhenti menjadi majikan bagi guru dan pekerja lain, dan tiap-tiap suratcara pengurusan atau pengelolaan yang berkaitan dengan institusi pendidikan itu hendaklah terhenti berkuatkuasa.

(2) Apabila lembaga pengurus atau lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan dibubarkan di bawah subseksyen (1)—

(a) seseorang yang bertindak sebagai pengurus atau pengelola sebaik sahaja sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah berhenti bertindak sedemikian:

(b) segala hak, obligasi dan liabiliti berhutang dengan apa-apa perkara yang, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, adalah menjadi tanggungjawab lembaga hendaklah pada tarikh itu turun kepada Kerajaan; dan

(c) seksyen 53, 54, 55, 56, 59 dan 87 tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan itu.

63. Tafsiran.

Sebutan mengenai lembaga pengelola dalam Bab ini hendaklah, berhubungan dengan Sabah dan Sarawak, termasuk Jawatankuasa Pengurusan.

Bab 12—Penyediaan Kemudahan dan
Perkhidmatan

64. Kuasa Menteri untuk memberikan bantuan.

Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Menteri boleh memberikan sama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaan dengan murid atau mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan bantuan itu boleh termasuk—

(a) pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman atau bantuan lain; dan
(b) penyediaan—
(i) tempat tinggal;
(ii) pengangkutan;
(iii) buku; dan
(iv) perkhidmatan perubatan dan pergigian,

bagi rnaksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka.

65. Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap murid.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh seksyen 64, Menteri hendaklah, setakat yang munasabah dan praktik berbuat sedemikian, mengadakan pemeriksaan perubatan dan pergigian pada lat tempoh yang sesuai ke atas murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.
(2) Seseorang pegawai yang diberikuasa bagi maksud itu oleh Menteri boleh menghendaki ibu bapa atau penjaga murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan menyebabkan murid itu menjalani pemeriksaan perubatan atau pergigian, mengikut persediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah, atau oleh seorang pengamal perubatan atau pengamal pergigian berdaftar, dan seseorang yang tidak mematuhi kehendak itu tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

66. Kemudahan penginapan

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa diberikan oleh seksyen 64, Menteri boleh, jika tidak boleh semunasabahnya disediakan bagi murid pendidikan atau latihan yang diperlukan melainkan jika tempat penginapan disediakan, membuat perkiraan bagi mengadakan tempat penginapan (sama ada percuma atau tertakluk kepada apa-apa bayaran yang diperuntukkan dalam perkiraan itu) yang difikirkannya sesuai.

0 Response to "akta pendidikan 4"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel