-->

akta pendidikan 6

BAHAGIAN VIII
PENDAFTARAN INSTITUSI PENDIDIkAN

Bab 1—Pendaftaran Institusi Pendidikan

60. Semua institusi pendidikan hendaklah didaftarkan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.
(2) Permohonan untuk didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.
(3) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1).


61. Daftar.

Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu daftar institusi pendidikan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan.


62. Perakuan pendaftaran sementara.

(1) Sementara menanti selesainya penyiasatan tentang permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 79(2), Ketua Pendaftar boleh, menurut budi bicaranya, mengeluarkan perakuan pendaftaran sementara dalam bentuk dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan kepada orang yang akan bertindak sebagai pengerusi lembaga pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan.

(2) Perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, menurut budi bicara Ketua Pendaftar, dibatalkan pada bila-bila masa melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang yang kepadanya perakuan itu dikeluarkan.


63. Pendaftaran.

(1) Tanpa menjejaskan seksyen 81 dan tertakluk kepada subseksyen (3) dan seksyen 83, Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan bagi pendaftaran sesuatu institusi pendidikan dibuat dengan sewajarnya dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, dan apabila apa-apa fee yang ditetapkan dibayar, mendaftarkan institusi pendidikan itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pengerusi lembaga pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu.
(2) Pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah menyebabkan sesalinan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) sentiasa dipamerkan di suatu tempat yang ketara di premis institusi pendidikan itu.
(3) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut sebelum pendaftaran.


64. Perubahan berkenaan dengan premis institusi pendidikan.

(1) Tiada suatu institusi pendidikan pun boleh menukar alamat premisnya atau membuat apa-apa perubahan kepada premis itu tanpa mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.
(2) Permohonan untuk menukar alamat premis institusi pendidikan atau untuk membuat perubahan kepada premis hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan.

65. Keengganan untuk mendaftarkan institusi pendidikan.

Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan jika dia berpuas hati—
(a) bahawa institusi pendidikan itu tidak memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan;
(b) bahawa institusi pendidikan itu digunakan atau mungkin digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan Malaysia, awam atau murid;
(c) bahawa nama yang dengannya institusi pendidikan itu hendak didaftarkan adalah, pada pendapatnya, tidak sesuai;
(d) bahawa kemudahan pendidikan yang sedia ada sudah mencukupi di dalam kawasan di mana institusi pendidikan itu dicadangkan dibuka;
(e) bahawa suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan sesuatu butir yang material telah dibuat dalam atau berkaitan dengan permohonan pendaftaran itu;
(f) bahawa orang yang memohon mendaftarkan institusi pendidikan itu tidak atau enggan mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 82(3); atau
(g) bahawa orang yang dilantik menjadi pengerusi lembaga pengelola atau guru besar bukanlah seorang yang layak dan sesuai atau bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
66. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan institusi pendidikan.

(1) Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawah seksyen 84, dia hendaklah memberitahu pemohon melalui notis bertulis tentang keengganannya itu, dengan menyatakan alasan keengganannya dalam notis itu.
(2) Pemohon yang terkilan dengan keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan boleh, dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh notis itu disampaikan kepadanya mengikut subseksyen (1), merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.

67. Larangan tentang pengiklanan, dsb.

(1) Tiada seorang pun boleh mempromosi sesuatu institusi pendidikan, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan jika institusi pendidikan itu telah didaftarkan atau perakuan pendaftaran sementara telah dikeluarkan di bawah subseksyen 81(1).
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


Bab 2 —Pembatalan Pendaftaran

68. Alasan bagi pembatalan pendaftaran institusi pendidikan.

(1) Ketua Pendaftar boleh menyampaikan notis kepada pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan tentang niat untuk membatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu jika dia berpuas hati bahawa adalah suaimanfaat untuk berbuat sedemikian berdasarkan mana-mana alasan yang berikut:
(a) alasan yang dinyatakan dalam perenggan 84(a);
(b) bahawa disiplin di institusi pendidikan itu tidak dijaga dengan secukupnya;
(c) bahawa pendaftaran institusi pendidikan itu diperolehi oleh sebab kesilapan atau apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan;
(d) bahawa pengerusi lembaga pengelola atau mana¬-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan suatu butir yang material pada mempromosi institusi pendidikan itu;
(e) bahawa terdapat pelanggaran mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 79(3);
(f) bahawa lembaga pengelola institusi pendidikan itu tidak ada pengerusi, atau bahawa orang yang dilantik menjadi pengerusi lembaga pengelola atau menjadi guru besar bukanlah orang yang layak dan sesuai atau bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Ketua Pendaftar boleh bertindak di bawah subseksyen (1) jika dia ada sebab untuk mempercayai bahawa suatu institusi pendidikan berdaftar tidak lagi wujud.
(3) Notis tentang niat untuk membatalkan pendaftaran sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan alasan yang berasaskannya pendaftaran dicadangkan dibatalkan.


(4) Jika notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepada orang yang disebut dalam subseksyen itu, dia boleh dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh notis itu disampaikan kepadanya merayu kepada Menteri.

(5) Jika tiada rayuan dibuat di bawah subseksyen (4), atau jika suatu rayuan telah dibuat tetapi ditolak, Ketua Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu dengan serta-merta; dan dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh pembatalan itu, pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran institusi pendidikan itu dan suratcara pengelolaannya kepada Ketua Pendaftar, dan pengerusi dan pengelola¬pengelola serta tiap-tiap pekerja institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran mereka yang dikeluarkan di bawah Akta ini kepada Ketua Pendaftar.


Bab 3—Pendaftaran Pengelola dan Pekerja

69. Semua pengelola dan pekerja hendaklah didaftarkan.

(1) Tiap-tiap orang yang bertindak sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan hendaklah didaftarkan sebagai pengelola atau pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan institusi pendidikan itu.
(2) Permohonan untuk didaftarkan sebagai pengelola atau pekeria sesuatu institusi pendidikan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.

70. Pendaftaran pengelola dan pekerja.

(1) Tertakluk kepada seksyen 90, Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya dan selepas membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mendaftarkan seseorang sebagai pengelola atau pekerja berkenaan dengan suatu institusi pendidikan dan hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan kepada orang itu.
(2) Ketua Pendaftar boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan—

(a) kepada seseorang yang memohon untuk didaftarkan di bawah Bab ini (sama ada semasa institusi pendidikan itu didaftarkan atau selepasnya); atau
(b) kepada seseorang yang diperlukan untuk bertindak secara sementara sebagai pengelola atau pekerja,

suatu permit, dalam apa-apa borang yang ditetapkan, untuk bertindak atas sifat itu, dan semasa permit itu berkuatkuasa orang yang kepadanya permit itu dikeluarkan hendaklah disifatkan sebagai berdaftar di bawah Akta ini.
(3) Permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar pada bila-bila masa dan, dalam hal seseorang yang memohon untuk didaftarkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa apabila orang yang kepadanya permit itu dikeluarkan didaftarkan di bawah Akta ini.

71. Alasan bagi keengganan untuk mendaftarkan pengelola atau pekerja.

(1) Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan seseorang sebagai pengelola atau pekerja sesuatu iflstitusi pendidikan jika—

(a) orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit;
(b) orang itu telab, selain daripada atas sebab sesuatu institusi pendidikan tidak lagi wujud sahaja, dikeluarkan daripada mana-mana daftar yang diwujudkan di bawah Akta ini atau di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bersamaan yang terdahulu;
(c) orang itu telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam, atau berkaitan dengan, permohonannya untuk didaftarkan, atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material bagi permohonan itu; atau
(d) orang itu bukan warganegara Malaysia.

(2) Ketua Pendaftar hendaklah enggan mendaftarkan seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun sebagai pengelola.


72. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan pengelola atau pekerja.

Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan seseorang sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan di bawah seksyen 90 dia hendaklah memberi¬tahu orang itu melalui notis bertulis tentang keengganan itu.


73. Rayuan terhadap keengganan untuk mendaftarkan pengelola atau pekerja.

Seseorang yang terkilan dengan keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkannya sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan boleh, dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh dia diberitahu tentang keengganan itu mengikut seksyen 91, merayu kepada Menteri.


74. Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengeluarkan pengelola atau pekerja daripada daftar.

(1) Ketua Pendaftar boleh mengeluarkan daripada daftar seseorang pengelola atau pekerja—
(a) atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 90(1 )(a);
(b) jika didapati oleh Ketua Pendaftar bahawa orang itu bukanlah seorang yang, demi kepentingan Malaysia, awam atau mana-mana orang, patut kekal sebagai pengelola atau pekerja; atau
(c) yang telah memperolehi pendaftarannya akibat suatu kesilapan atau apa-apa butir yang palsu atau mengelirukan yang diberikan dalam atau berkaitan dengan permohonannya untuk didaftarkan.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun boleh dikeluarkan daripada daftar di bawah perenggan (1)(a) atas sebab apa-apa fakta atau hal yang berlaku sebelum tarikh pendaftarannya dan yang telah diberitahu kepada Pendaftar sebelum tarikh itu.

75. Persaraan pengelola dan pekerja.

(1) Apabila seseorang pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan bersara atau berhenti bertindak sebagai yang sedemikian, pengerusi lembaga pengelola institusi pendidikan itu atau seseorang yang diberikuasa olehnya bagi maksud itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh pengelola atau pekerja itu bersara atau berhenti sedemikian, melaporkan hakikat itu kepada Ketua Pendaftar secara bertulis.

(2) Ketua Pendaftar hendaklah, apabila menerima laporan di bawah subseksyen (1), dengan segera mengeluarkan pengelola atau pekerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada daftar.


76. Orang yang dikeluarkan daripada daftar hendaklah diberitahu.

Apabila seseorang dikeluarkan daripada daftar di bawah seksyen 93 atau 94 Ketua Pendaftar hendaklah dengan segera memberitahu orang itu melalui notis bertulis bahawa dia telah dikeluarkan sedemikian dan alasan pengeluarannya itu.


77. Rayuan terhadap pengeluaran daripada daftar.

Seseorang yang dikeluarkan daripada daftar di bawah seksyen 93 atau 94 boleh, dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh notis disampaikan kepadanya mengikut seksyen 95, merayu kepada Menteri.


78. Penyerahan balik perakuan pendaftaran.

(1) Seseorang yang telah dikeluarkan daripada daftar hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh penyampaian notis di bawah seksyen 95, menyerahkan balik kepada Ketua Pendaftar perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini atau mana-¬mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan pendaftaran pengelola atau pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, sesuatu institusi pendidikan.

(2) Jika rayuan dibuat di bawah seksyen 96, perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak perlu diserahkan balik sehingga rayuan itu diputuskan dengan memihak kepada Ketua Pendaftar.


Bab 4—Pendaftaran Murid

79. Pendaftaran murid.

Pengelola, guru besar atau orang lain yang bertanggungjawab tentang pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan, mengikut cara yang ditetapkan, suatu daftar yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan mengenai semua murid di institusi pendidikan itu.

Bab 5—Pemeriksaan Institusi Pendidikan
oleh Ketua Pendaftar

80. Pemeriksaan hendaklah dibuat dan semasa ke semasa.

Ketua Pendaftar hendaklah, dan semasa ke semasa, memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa institusi
pendidikan yang didaftarkan di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan¬peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dan sedang dipatuhi.


81. Kuasa Ketua Pendaftar semasa memeriksa institusi pendidikan yang berdaftar.

(1) Semasa menjalankan pemeriksaan menurut seksyen 99, Ketua Pendaftar boleh—

(a) memasuki mana-mana premis dan memeriksa mana-mana buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang difikirkannya perlu; dan
(b) mengambil dan menahan apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang didapatinya memudaratkan kepentingan awam atau murid atau yang, pada pendapatnya, boleh menjadi bukti pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.


(2) Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa ketika menjalankan dengan sahnya pemeriksaan di sesuatu institusi pendidikan di bawah Akta ini menghendaki mana¬-mana orang, yang menjadi pengelola, pekerja, guru atau murid institusi pendidikan itu, supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang berhubungan dengan pengurusan, atau pengajaran yang dijalankan di, institusi pendidikan itu yang ada dalam milikan orang itu atau yang di bawah kawalannya atau yang orang itu mempunyai kuasa untuk mengemukakan.


82. Pemeriksaan premis institusi pendidikan yang tak berdaftar.

Jika Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakan sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini, Ketua Pendaftar atau pegawai awam atau pegawai polis itu, dengan disertai oleh mana-mana orang yang difikirkannya perlu, boleh—

(a) memasuki dan memeriksa rumah bangunan atau tempat itu; dan
(b) menyita dan menahan apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang terdapat di dalamnya yang didapatinya boleh menjadi bukti pelakuan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau yang tampaknya adalah harta, atau telah digunakan berkaitan dengan, sesuatu institusi pendidikan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini.


83. Kuasa untuk menutup institusi pendidikan yang tak berdaftar.

(1) Jika Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakan sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftan di bawah Akta ini atau sedang digunakan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen 47(2) atau 77(3), maka Ketua Pendaftar atau pegawai awam atau pegawai polis itu, dengan disertai oleh mana-mana orang yang difikirkannya perlu boleh, tanpa menjejaskan penjalanan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 99, 100 dan 101, dengan segera mengambil apa¬apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa¬apa cara menutup institusi pendidikan itu.

(2) Apa-apa tindakan yang diambil di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain tidaklah menghalang Ketua Pendaftar daripada mendakwa mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan atau tempat itu sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini.

0 Response to "akta pendidikan 6"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel