-->

akta pendidikan 8

BAHAGIAN X
JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Bab 1 Jemaah Nazir

103. Kewajipan Ketua Nazir.

Ketua Nazir hendaklah-
(a) bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan;
(b) memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang difikirkannya sesuai;
(c) apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh Menteri, memeriksa suatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa; dan
(d) menjalankan apa-apa kewajipan lain ber-hubungan dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri atau sebagaimana yang ditetapkan.

104. Kuasa Nazir Sekolah untuk memberikan nasihat.

Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.

105. Sekatan ke atas perintah Nazir Sekolah.

Ketua Nazir atau Nazir Sekolah tidak boleh mengeluarkan apa-apa perintah atau arahan kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan kecuali setakat yang dia diberikuasa oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

106. Laporan Nazir Sekolah.

(1) Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117, dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu.

(2) Laporan tentang suatu institusi pendidikan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) adalah dokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicara Menteri, disediakan untuk didapatkan oleh mereka yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran institusi pendidikan itu dan manamana guru di institusi pendidikan itu dan laporan itu yang disediakan untuk didapatkan sedemikian hendaklah disediakan untuk didapatkan secara keseluruhannya.


Bab 2 –Am

107. Kuasa am Nazir Sekolah.
Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas institusi pendidikan di bawah seksyen 117 Ketua Nazir atau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini disebut "Nazir") boleh –

(a) pada bila-bila masa memasuki sesuatu institusi pendidikan; dan
(b) menghendaki pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu atau guru atau pekerja atau orang yang ditemui di institusi pendidikan itu -
(i) mengemukakan bagi pemeriksaan-nya mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarkan atau yang akan diajarkan atau apa-apa buku, bahan; dokumen atau barang yang berhubungan dengan atau yang pada pendapat Nazir itu mungkin ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan di institusi pendidikan itu atau dengan pengurusan institusi pendidikan itu; dan
(ii) memberikan kepada Nazir itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengajaran di, atau pengelolaan, institusi pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang pengerusi, pengelola, atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu, guru, pekerja atau orang itu mempunyai kuasa untuk memberikan.

108. Ketua Nazir boleh memberikuasa Pegawai Pendidikan untuk bertindak bagi pihaknya.

Ketua Nazir boleh secara bertulis memberikuasa Pegawai Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 4 untuk bertindak bagi pihaknya dalam penjalanan kuasa kuasanya atau pelaksanaan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini.

BAHAGIAN XI
KEWANGAN

109. Kecualian berhubungan dengan Menteri.

Kecuali setakat yang wang diluluskan atau diperuntukkan bagi maksud itu oleh Parlimen atau selainnya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai mengenakan apa-apa kewajipan kepada Menteri untuk menubuhkan dan menyenggarakan suatu institusi pendidikan di bawah Akta ini atau untuk menyenggarakan keseluruhan atau sebahagian daripada suatu institusi pendidikan.

110. Sumbangan bantuan dan sumbangan modal hendaklah tertakluk kepada syarat, dsb. yang ditetapkan.

Apa-apa sumbangan bantuan atau sumbangan modal yang boleh dibayar di bawah Akta ini kepada sesuatu institusi pendidikan, selain daripada institusi pendidikan kerajaan, daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud itu hendaklah dibayar tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang ditetapkan.

111. Kuasa Menteri untuk menggantung atau mengkensel pembayaran apa-apa sumbangan.

Menteri boleh menggantung atau mengkensel atau menyebabkan digantung atau dikensel pembayaran apaapa sumbangan kepada sesuatu institusi pendidikan jika pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

BAHAGIAN XII
RAYUAN

112. Menteri hendaklah memutuskan rayuan selepas penyiasatan.

(1) Apabila rayuan dibuat kepada Menteri terhadap keputusan Ketua Pendaftar, Menteri, melainkan jika dia membenarkan rayuan itu dengan segera, hendaklah membentuk suatu Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada orang yang difikirkannya layak untuk menyiasat fakta dan mengemukakan laporan tentang fakta itu kepadanya.

(2) Selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah memutuskan perkara rayuan itu clan membuat apa-apa perintah tentangnya sebagaimana yang difikirkannya wajar dan patut.

(3) Keputusan Menteri mengenai sesuatu rayuan adalah muktamad.


113. Kuasa Jawatankuasa Siasatan.

Tertakluk kepada seksyen 129 dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Jawatankuasa Siasatan hendaklah mempunyai kuasa –

(c) untuk memperoleh dan menerima segala keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang (termasuklah perayu) yang difikirkan wajar oleh Jawatankuasa Siasatan;
(d) untuk menghendaki supaya keterangan seseorang diberikan dengan sumpah atau ikrar atau dengan akuan berkanun;
(e) untuk memanggil mana-mana orang termasuklah perayu supaya hadir dan memberikan keterangan walau apa pun peruntukan mana-mana undang, undang bertulis yang lain;
(f) untuk menerima apa-apa keterangan bertulis atau lisan, walaupun keterangan itu tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan
(g) untuk tidak membenarkan orang awam menyertai apa-apa penyiasatan atau mana-mana bahagiannya dan, jika Jawatankuasa Siasatan berpendapat bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian, menerima keterangan tanpa kehadiran perayu; tetapi jika keterangan diterima tanpa kehadiran perayu, Jawatankuasa Siasatan hendaklah memberitahu perayu tentang isi keterangan itu setakat yang bersesuaian dengan kepentingan awam untuk berbu-at sedemikian, dan hendaklah dalam tiaptiap kes sedemikian memasukkan dalam laporan kepada Menteri suatu kenyataan tentang hal keadaan yang membuatkan keterangan itu diterima.

114. Peguambela dan peguamcara tidak boleh hadir di hadapan Jawatankuasa Siasatan.

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada peguambela atau peguamcara boleh dibenarkan hadir dalam mana-mana prosiding di hadapan Jawatankuasa Siasatan.


115. Keterangan di hadapan Jawatankuasa Siasatan.

(1) Tiada seorang pun yang dikehendaki memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Siasatan berkewajipan mendedahkan nama atau alamat mana-mana orang yang telah memberikan maklumat secara sulit kepada seorang pegawai awam berhubungan dengan apa-apa fakta yang menjadi hal perkara penyiasatan dan tidaklah juga mana-mana orang berkewajipan menyatakan apa-apa perkara yang pada pendapatnya mungkin membawa kepada penemuan orang yang telah memberikan maklumat sedemikian.
(2) Tiada seorang pun yang dikehendaki di bawah seksyen 127 untuk memberikan keterangan berkewajipan memberikan apa-apa kete-rangan yang mungkin boleh menunjukkan bahawa dia bersalah.

0 Response to "akta pendidikan 8"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel