Isnin, 12 April 2010

akta pendidikan 8

BAHAGIAN XIII
PERATURAN-PERATURAN

103. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan.
(1) Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan-peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturanperaturan bagi atau berkenaan dengan semua atau manamana perkara yang berikut:
(a) penerimaan masuk murid ke institusi pendidikan, penyimpanan daftar murid di institusi pendidikan itu, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di sesuatu institusi pendidikan atau di dalam mana-mana kelas di institusi pendidikan itu;
(b) tempoh penggal institusi pendidikan, hari dan waktu murid hendaklah hadir di institusi pendidikan itu clan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua institusi pendidikan atau mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan yang ditentukan;
(c) penubuhan dan pengurusan institusi pendidikan, dan kewajipan pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu;
(d) bentuk yang mengikutnya daftar bagi pendaftaran institusi pendidikan atau pengelola atau pekerja hendaklah disimpan atau disenggarakan dan prosedur bagi pengeluaran cabutan daripadanya;
(e) prosedur yang hendaklah diikuti dan fee yang disifatkan patut dikenakan berhubungan dengan sesuatu permohonan bagi pendaftaran di bawah Akta ini, atau berhubungan dengan apa-apa perakuan atau permit atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
(f) prosedur yang hendaklah diikuti bagi pengubahan atau pemindaan perakuan pendaftaran atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan penggantian perakuan atau permit sedemikian yang hilang atau rosak;
(g) disiplin di institusi pendidikan dan apa-apa kegiatan murid, sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, yang pada pendapat Menteri mungkin mempunyai kesan terhadap disiplin sesuatu institusi pendidikan;
(h) Kurikulum Kebangsaan termasuklah mata pelajaran dan perkara, yang bukan pengajian yang berhubungan dengan agama di Malaysia, yang mengenainya ajaran boleh atau hendaklah diberikan di institusi pendidikan dan masa yang hendaklah ditumpukan kepada pengajian setiap mata pelajaran yang diajarkan di institusi pendidikan;
(i) penubuhan, penyusunan, pengu-rusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid atau persatuan murid dan guru, atau persatuan guru dan ibu bapa sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini boleh membuat peruntukan supaya persatuan guru dan ibu bapa sedemikian mengandungi mana-mana orang selain daripada guru atau ibu bapa murid di institusi pendidikan yang berkenaan;
(j) buku, bahan dan radas yang hendaklah digunakan di institusi pendidikan, dan kaedah pembelian buku, bahan dan radas itu;
(k) larangan tentang penggunaan di sesuatu institusi pendidikan atau mana-mana golongan institusi yang ditentukan apa-apa buku atau bahan yang penggunaannya didapati tidak diingini;
(l) larangan tentang penggunaan atau penghantaran kepada mana-mana murid oleh sesuatu pusat pendidikan jarak jauh atau pembekalan, pengimportan atau penjualan bagi kegunaan atau penghantaran oleh sesuatu pusat pendidikan jarak jauh, apa-apa bahan, buku, pelajaran, pengajaran atau bahan lain yang bercetak atau bertulis atau selainnya yang penggunaannya oleh pusat pendidikan jarak jauh itu didapati tidak diingini;
(m) penyimpanan buku akaun dan pengauditan akaun institusi pendidikan yang menerima sumbangan;
(n) piawaian, termasuklah piawaian kesihatan dan keselamatan, dan kegunaan premis institusi pendidikan yang perlu dipatuhi, dan penetapan piawaian dan kegunaan yang berlainan bagi apaapa perihal institusi pendidikan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan sedemikian;
(o) pendaftaran murid di institusi pendidikan, pemeriksaan daftar murid berkenaan, pengambilan cabutan dari daftar itu bagi maksud Akta ini oleh orang yang diberikuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu di bawah peraturanperaturan, dan pemberian kepada mana-mana pihak berkuasa yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, penyata tentang kandungan daftar itu yang suaimanfaat, oleh orang yang dikehendaki menyimpan daftar berkenaan di bawah peraturan-peraturan;
(p) bentuk yang mengikutnya daftar guru yang disimpan di bawah seksyen 104 hendaklah disimpan atau disenggarakan, dan prosedur bagi pengeluaran salinan yang diperakui tentang butiran-butiran yang terkandung dalam daftar itu;
(q) prosedur yang hendaklah diikuti bagi pengendorsan, pengubahan atau pemindaan perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah seksyen 109 dan penggantian perakuan atau permit mengajar yang hilang atau rosak;
(r) prosedur yang hendaklah diikuti dan akibat langsung berikutan pembatalan perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah seksyen 109 atau pembatalan permit mengajar;
(s) apa-apa fee yang disifatkan patut dikenakan bagi permohonan untuk didaftarkan sebagai guru di bawah, atau apabila dikeluarkan perakuan atau permit mengajar atau selainnya berkenaan dengan apa-apa perkara yang tersebut dalam Bahagian IX;
(t) amalan dan prosedur yang hendaklah diikuti berkaitan dengan sesuatu penyiasatan yang dibuat oleh Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 126(1);
(u) cara merayu terhadap keputusan Ketua Pendaftar yang hendaklah dibuat kepada Menteri dan fee yang hendaklah dibayar berkenaan dengan sesuatu rayuan;
(v) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa sukan di institusi pendidikan dan bagi institusi-institusi pendidikan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan;
(w) peruntukan bagi pendidikan pengembangan di institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini;
(x) pengedaran oleh murid atau murid-murid, sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, apa-apa majalah, risalah atau bahan bercetak atau bahan bertulis yang seumpamanya;
(y) cara menentukan amaun sumbangan bantuan yang hendaklah dibayar kepada institusi pendidikan bantuan kerajaan;
(z) syarat-syarat dan batasan-batasan yang menurutnya atau tertakluk kepadanya sumbangan bantuan atau sumbangan modal hendaklah dibayar kepada institusi pendidikan bantuan kerajaan;
(å) penentuan yuran yang diluluskan yang dikenakan berkenaan dengan kehadiran untuk belajar di institusi pendidikan secara amnya, atau di mana mana golongan institusi pendidikan bantuan kerajaan dan pembayaran atau peremitan yuran sedemikian;
(ab) cara untuk memindahmilikkan atau meletak-hakkan apa-apa harta yang dipindahmilikkan atau diletakhakkan di bawah Akta ini dan cara mendaftarkan hakmilik mana-mana harta sedemikian;
(ac) apa-apa fee yang disifatkan patut dilevi berkenaan dengan apa-apa perkara yang diperuntukkan di bawah Akta ini;
(ad) borang yang boleh digunakan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan yang boleh digunakan berkaitan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan atau yang dikehendaki dalam Akta ini supaya ditetapkan oleh Menteri; dan
(ae) apa-apa perkara lain yang disifatkan oleh Menteri sebagai suaimanfaat atau perlu bagi melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini.
131. Peraturan boleh menetapkan penalti kerana pelanggarannya

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan dan bahawa kesalahan sedemikian boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan hukuman denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu melebihi enam bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan