Selasa, 20 April 2010

amalan bilik darjah yang tidak efektif

Contoh amalan-amalan bilik darjah yang tidak efektif

1. Pendekatan guru yang tidak konsisten terhadap kurikulum dan pengajaran.

2. Pengajaran dan pembelajaran guru kurang kepada pendekatan `berpusatkan murid’. Pengajaran guru lebih kepada sebagai luahan ilmu pengetahuan sahaja. Keadaan ini memyebabkan murid kurang berfikir untuk menganalisis isu dan masalah.

3. Guru juga mempunyai jangkaan yang rendah terhadap pelajar-pelajar dalam sekolah-sekolah SES rendah. Keadaan ini mungkin berlaku di sekolah-sekolah luar bandar.

4. Penekanan kepada pengawasan dan arahan mengenai amalan harian dan aktiviti yang tidak selaras, tidak dibincangkan, tidak mencabar pelajar dan tidak mempunyai rangka kerja yang jelas.

5. Tahap interaksi yang rendah antara guru dan pelajar. Guru lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja perkeranian, pelajarpelajar tidak diselia dan pelajar kurang mengambil bahagian dalam tugasantugasan mereka.

6. Pelajar menganggap guru mereka sebagai tidak mempedulikan mereka, tidak memuji, membantu atau menganggap belajar itu penting.

7. Bilik darjah yang bising dengan banyak pergerakan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran. Guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik terutama guru-guru yang tidak terlatih atau guru ganti.

8. Guru kerap menggunakan kritikan dan maklum balas yang negatif. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar akan merasa rendah diri terhadap pelajar-pelajar lain. Pelajar akan mengasingkan diri daripada pembelajaran dan minat untuk belajar matapelajaran akan merosot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan