-->

ciri sekolah tidak berkesan

CIRI-CIRI SEKOLAH YANG TIDAK BERKESAN Menurut kajian yang dibuat pengkaji boleh dirumuskan bahawa ciri-ciri sekolah yang tidak berkesan adalah seperti berikut:

a. Kurang visi di kalangan warga sekolah

Warga sekolah tidak berkesan di dapati tidak berwawasan, kurang memahami dan berpengetahuan mengenai keperihalan sekolah, proses perubahan yang berlaku dan juga budaya sekolah sendiri. Penghayatan terhadap matlamat sekolah tidak dapat dihayati sepenuhnya dan tindakan yang diambil tidak menjurus kepada visi yang dikehendaki.

b. Kepimpinan yang tidak berfokus

Sekolah-sekolah tidak berkesan didapati mempunyai amalan yang tidak pernah berubah dan pengetua yang tidak boleh membantu. Pentadbir kurang menjalankan pemantauan yang menyeluruh dan berterusan. Perancangan kurikulum tidak dirancang dengan teliti selaras dengan matlamat untuk meningkatkan pretasi sekolah. Guru-guru mengalami janjijanji yang tidak ditepati, berasa kecewa dan tidak lagi mempercayai pengetua mereka. Teddlie dan Field (1993) mendapati bahawa pengetua yang tidak berkesan mempunyai jangkaan akademik yang rendah berbanding dengan guru mereka dan memberi penekanan yang lebih kepada aspek lain daripada kemahiran akademik. Tindakan tanduk pengetua tidak memberi kesan yang positif.

c. Hubungan yang tidak berfungsi Sekolah-sekolah yang tidak berkesan mewujudkan hubungan yang tidak memberikan kesan yang baik kepada warga sekolah. Guru-guru di dapati tidak bermaya, terlalu mengikut kata hati sendiri dan tidak menerima nasihat daripada pihak lain. (Rozenholtz 1989), mendapati hubungan staf di

d. sekolah yang tidak berkesan adalah tidak rasional, berpecah belah dan reaktif. Keseronokan bekerja merupakan aspek penting yang diberi perhatian untuk mencapai sekolah berkesan. Pentadbir harus mewujudkan hubungan yang baik dengan guru dan memastikan guru-guru tidak rasa tertekan dengan tugas yang dijalankan.

e. Sekolah yang tidak berkesan juga memperlihatkan hubungan PIBG dengan pihak sekolah tidak begitu rapat. Segala perancangan untuk meningkatkan pretasi sekolah tidak dibincang secara bersama dan teliti. PIBG hanya mengharapkan pihak sekolah sahaja menjalankan programprogram tersebut. Keadaan sebegini sudah pasti akan menyukarkan pihak sekolah melaksanakan sekolah yang berkesan

0 Response to "ciri sekolah tidak berkesan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel