Khamis, 8 April 2010

DISIPLIN 3

Kesalahan Ringan :-

1. Memakai barang kemas atau alat solek. Jika barang tersebut dirampas, ibu bapa / penjaga akan diminta hadir ke sekolah untuk menuntutnya.
2. Lewat ke sekolah.
3. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
4. Berambut panjang bagi pelajar lelaki.
5. Bermaian di dalam bilik darjah atau kawasan larangan sewaktu guru mengajar atau sewaktu ketiadaan guru.
6. Memasuki bilik khas tanpa sebarang kebenaran oleh mana-mana guru.
7. Makan atau minum dalam bilik darjah.
8. Tidak membuat kerja rumah.
9. Tidak memakai tanda nama, memakai tanda nama orang lain, tidak memakai lencana sekolah dan tali leher bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan bukan Islam.
10. Tidak memberikan kerjasama kepada guru-guru.
11. Melakukan pembaziran terhadap air dan elektrik sekolah.
12. Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal / bilik amali.
13. Membuat bising di dalam kelas seperti mengganggu rakan, mengganggu guru sehingga membantutkan proses Penganjaran dan Pembelajaran.
14. Menunggang kenderaaan di dalam kawasan sekolah.
15. Mengotorkan bilik darjah / tandas / bilik-bilik khas.
16. Memasuki bilik guru tanpa sebab dan tanpa arahan guru atau menggunakan tandas guru.
17. Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tanpa kebenaran.
18. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
19. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran ( tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain ).
20. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
21. Lewat masuk ke kelas.
22. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
23. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
24. Mengganggu kawasan dan mengganggu guru.
25. Tidak duduk setempat
26. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatnkuasa Disiplin Sekolah.

JENIS-JENIS HUKUMAN :-

a. Kesalahan Berat :-

- Rotan sebanyak 3 kali
- Surat kepada ibu bapa / penjaga
- Gantung sekolah
- Pindah / Buang sekolah


b. Kesalahan Sederhana :-

- Rotan sebanyak 2 kali
- Surat kepada ibu bapa / penjaga
- Sesi Kaunseling


c. Kesalahan Ringan :-

- Rotan sebanyak 1 kali
- Surat Amaran
- Sesi Kaunseling

Tiada ulasan:

Catat Ulasan