Khamis, 8 April 2010

DISIPLIN

PERATURAN / KESALAHAN SALAH LAKU PELAJAR
( Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil 8/1968
Tatatertib di Sekolah-sekolah )
KATEGORI KESALAHAN / SALAH LAKU :-

[ I ] Kesalahan Berat :-
1. Membawa / menyimpan / mengedar / menyalah gunakan dadah.
2. Mencabul kehormatan guru / pelajar.
3. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana sebanyak 3 kali.
4. Membawa / membaca / mempamer /melukis / menulis / mengedar / memiliki bahan-bahan lucah atau melakukan perbuatan lucah di dalam kawasan sekolah.
5. Melawan, bergaduh, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / pelajar, melawan guru / pengawas di dalam kawasan sekolah.
6. Melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan politik, judi, minum arak, jenayah, kumpulan haram, kumpulan samseng, peras ugut, kongsi gelap dan sebagainya.
7. Mencarut, berdua-duaan / bercumbuan / berkhalwat di dalam kawasan sekolah.
8. Merosakkan harta benda sekolah / vandalisme dan sebagainya.
9. Berkelakuan buruk seperti mencuri, menipu, menghasut, mengeluarkan kata-kata lucah dan sebagainya.
10. Tidak menyiapkan kerja sekolah dan kerja-kerja yang diberikan oleh guru, tidak membawa buku pelajaran dan sebagainya yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran.
11. Membawa bahan letupan / senjata / alat berbahaya dengan tujuan jahat atau tidak.
12. Menimbulkan / mencetuskan isu-isu sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.
13. Membawa / menyimpan / mengedar / menghisap rokok.
14. Melakukan pembulian, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain.
15. Menyertai sebarang bentuk pertandingan ratu cantik, model atau petunjukkan fesyen.
16. Bertunang / bernikah / mengandung ketika sedang bersekolah.
17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.
18. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
19. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / peperiksaan.
20. Menganjurkan / membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
21. Menganjurkan / membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
22. Melakukan ponteng sekolah berterusan ( berturut-turut ) selama 30 hari atau berkala ( tidak berturut-turut ) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.
23. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.
24. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan-bahan lucah.
25. Mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.
26. Melakukan hubungan yang dicurigai.
27. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan