-->

KAJIAN KES; SEKOLAH GEMILANG PROGRAM 3K

KAJIAN KES; SEKOLAH GEMILANG PROGRAM 3K
SMK TENGKU MENTERI, CHANGKAT JERING, PERAK

1. Program 3‘K’ atau Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah diadakan sejak tahun 1991. Ia merupakan program anjuran Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Utusan, Kementerian Kesihatan & Tetra Pak ( M ) Sdn Bhd.

2. Program ‘3K’ yang telah disusun rapi, banyak sekolah mengalami peningkatan dari segi prestasi akaedmik, kokurikulum, disiplin dan juga hubungan dengan masyarakat setempat. Hal ini terjadi kerana pelajar mendapati sekolah menjadi tempat yang sangat kondusif dan menyeronokkan untuk menuntut ilmu.

3. Ini kerana dalam keadaan yang selamat, pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna.

4. SMK Tengku Menteri, Changkat Jering berjaya dipilih sebagai Sekolah Harapan Negara dalam aspek ‘3K’ kategori sekolah luar bandar pada tahun 1992.

5. Anugerah Emas dalam Pertandingan 3 ‘K’ kategori Juara-Juara peringkat kebangsaan pada tahun 2002
6. SMK Tengku Menteri sekali lagi diisytiharkan sebagai pemenang tempat ketiga Anugerah Sekolah Harapan Negara bagi kategori luar bandar pada tahun 2004.

7. Hal ini disebabkan setelah membuat ‘environmental scanning’ , Pengetua SMKTM, Pn. Hjh. Basariah bt Othman mendapati keadaan disiplin sekolah adalah agak teruk. Oleh itu, beliau bercadang tidak mengutamakan kurikulum sebaliknya memberi keutamaan pada penyelesaian masalah disiplin, membugarkan sekolah dari segi 3K, membina halatuju dan budaya sekolah serta membuat anjakan paradigma guru, pelajar, staf sokongan bahawa profesion keguruan adalah sangat mulia kerana gurulah yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara.
8. Program 3K berasaskan enam dimensi iaitu,
a. dimensi situasi,
b. dimensi peluang dan cabaran,
c. dimensi penglibatan,
d. dimensi stail kepemimpinan,
e. dimensi pujian dan pengiktirafan dan
f. dimensi tindak ikut.

9. Bersesuaian dengan pengiktirafannya sebagai perintis sekolah bestari pada tahun 2000, SMK Tengku Menteri telah memilih slogan “ Kebersihan, Keselamatan dan Keindahan Alam Sekitar Pemangkin Minda Bestari”.

10. MATLAMAT PROGRAM 3K
Matlamat utama program 3K ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan selamat agar menjadi pemangkin minda bestari kepada warga SMK Tengku Menteri.
11. OBJEKTIF PROGRAM 3K
• Mengindahkan kawasan persekitaran sekolah
• Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang selamat untuk warga sekolah
• Melahirkan warga sekolah yang mementingkan kebersihan
• Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat,bersih, indah, selamat dan ceria.
12.

12.1.. Bersih
o Tiada contengan
o Tiada Goresan
o Tiada Sampah\
o Tiada Sawang\
o Tidak Berhabuk atau Berdebu
o Tidak Berlumut
o Tidak Berbau Yang Kurang Menyenangkan
o Sentiasa Dinyahkuman Untuk Mengelakkan Bakteria
o Dalam Warna Asal


12.2. Ceria
• Susun Atur Dan Suasana Persekitaran Yang Riang, Selesa, Suci, Murni, Menarik Serta Menyumbang Kepada Keadaan dan Perasaan Senang Dan Tenang
12.3. selamat
• Tidak Berbahaya
• Tidak Menjadi Tempat Pembiakan Serangga atau Haiwan Perosak
• Mempunyai warga sekolah yang menjaga keselamatan diri, harta benda sekolah dan masyarakat



13. PELUANG DAN CABARAN
a. sekolah angkat Majlis Perbandaran Taiping ( MPT )
b. Syarikat Global Herba Perak juga turut membantu sekolah dalam penanaman pokok herba di Taman Herba yang kini mempunyai kira-kira 100 jenis pokok herba
c. ADUN Changkat Jering & Trong turut memberikan sumbangan dalam membina beberapa projek keceriaan
d. Jabatan Kesihatan Taiping turut menghantar kakitangannya untuk memantau kebersihan kantin sekolah
e. Balai Polis Changkat Jering mengadakan ceramah pencegahan jenayah dan Kempen Keselamatan.
f. komitmen, sokongan padu daripada PIBG

14. KEPIMPINAN SEKOLAH
a. pengetua sekolah praktikum telah bersama-sama ‘turun padang’
b. Penolong Kanan HEM sentiasa kelihatan pada hari Sabtu demi menjayaan 3K ini.
c. Pemantauan berterusan
d. para guru turut diberi kebebasan untuk membuat keputusan dari segi percambahan idea, pemilihan bahan, cara susunan, warna, kesesuaian hiasan dan sebagainya.
e. “ Sekolah Taman Bestari ” ekoran pencapaian taraf printis bestarinya telah dijalankan. Menerusi program ini, setiap kelab, persatuan dan badan uniform telah diberi satu kawasan angkat.
f. pemantauan turut dibuat oleh ketua-ketua bidang mengikut kawasan masing-masing dari masa ke masa
g. Hasil temubual pengkaji dengan warga sekolah menunjukkan SMKTM telah melaksanakan strategi berikut dalam memastikan amalan membudayakan 3K sentiasa berada di tahap yang cemerlang. Antaranya ialah:

i. Kerja berkumpulan yang padu
ii. Kawasan ‘diswastakan’ kepada ketua bidang, guru dan murid
iii. Gotong royong di kalangan guru dan pelajar diadakan mengikut keperluan
iv. Pertandingan keceriaan kawasan di kalangan kumpulan pelajar
v. Memberi penghargaan kepada guru dan pelajar yang menunjukkan sikap rajin dan penyayang
vi. Sentiasa bekerjasama dengan PIBG
vii. Lawatan ke tempat landskap yang menarik bagi menimba idea-idea baru
viii. Menggunakan bahan-bahan terbuang bagi mengurang dan meminumkan kos projek 3K
ix. Pembahagian dan penjagaan tanaman di bawah aktiviti kelab dan persatuan
x. Menggalakkan para pelajar mengemas kini dan mencantikkan kelas masing-masing supaya wujud keharmonian dan kedamaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
xi. Mendapatkan kerjasama daripada jabatan-jabatan berkaitan seperti Majlis Perbandaran Taiping, syarikat-syarikat swasta, orang-orang perseorangan seperti Yang Berhormat Kawasan seprti ADUN Changkat Jering dan ADUN Trong dalam membaik pulih dan mewujudkan landskap yang cukup menarik bagi mengindahkan dan menghijaukan kawasan sekolah
xii. Menambahkan mural sekolah dengan pilihan ayat-ayat yang memberi rangsangan, kata-kata semangat yang bukan sekadar bertujuan meningkatkan kesedaran dan motivasi malahan untuk keharmonian persekitaran.
xiii. Memasang langsir pada setiap kelas bagi merealisasikan “ sekolah taman bestari” dan “Kebersihan, Keselamatan dan Keindahan Alam Sekitar Pemangkin Sekolah Bestari”
xiv. Mengadakan pertandingan kebersihan kelas setiap minggu. Pada akhir tahun kelas yang terbaik akan diberi penghargaan berupa hadiah kepada ahli dan guru kelas berkenaan.

15. Berikut disenaraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh pengetua tersebut:

a. Pemimpin: Pengetua membimbing para guru dan staf sokongan, khususnya pada peringkat awal pelaksanaan projek. Pada peringkat ini, selain ditanya minat untuk menyelesaikan masalah, para warga SMK Tengku Menteri diberi tunjuk ajar tentang pengenalpastian dan mendefinisi masalah ( menghurai dan menjelaskan masalah ). Pengetua juga mencari sumber-sumber untuk mengatasi masalah tersebut.

b. Pengurus: Dalam hal ini, pengetua berada “di belakang” para guru, khususnya di peringkat akhir pelaksanaan projek. Dalam konteks ini pengetua mengurangkan peranannya untuk mengarah guru. Dalam masa yang sama, pengetua sekolah ini sentiasa bersedia untuk menyelesaikan masalah dengan segera dan sentiasa memberi sokongan kepada pelaksana projek dan galakan kepada para guru.

c. Majikan: Pengetua telah mengenalpasti para guru yang relevan bagi melaksanakan projek, serta membuat pengagihan kerja-kerja projek untuk para guru dan staf sokongan.

d. Delegator: Untuk membina rasa kepunyaan bersama terhadap sesuatu projek di kalangan guru, pengetua menurunkan kuasa dan tanggungjawabnya secara sementara serta memberi panduan tentang had tindakan yang mereka jalankan.

e. Penyokong: Staf yang terlibat dan yang tidak terlibat dengan projek itu memerlukan perhatian, simpati, kata-kata galakan dan tindakan yang memuduahkan pelaksanaan projek tersebut daripada pengetua sepanjanga mereka menempuh dan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Untuk itu, pengetua sentiasa memberi sokongan kepada warga sekolah dalam pelbagai bentuk dan cara.

f. Punca Maklumat: Pengetua mempunyai perspektif ‘ orang luar’ sekolah. Ini bererti dalam pelaksanaan projek pendidikan di sekolahnya, beliau meletakkan dirinya bukan sebagai pengetua tetapi sebagai ‘orang luar’ yang neutral. Dengan cara demikian, beliau dapat memberi maklumat penilaian dan maklum balas secara objektif.
16. Untuk mengekalkan kejayaan, pertandingan dilaksanakan setiap tahun. penghakiman dibuat setiap minggu, bulan dan penggal. Markah diberi secara ad hoc. Pihak pentadbir boleh menetapkan bila-bila masa untuk pergi memberi markah secara kumpulan tanpa memaklumkan kepada para guru berkenaan
17. Halangan:
a. masalah kewangan.
b. segelintir guru dan pelajar yang enggan memberikan kerjasama
18. Langkah Atasi
a. kerjasama PIBG :Program Cleanathon pada 2000, projek-projek amal serta pendapatan daripada harta benda sekolah seperti dewan yang disewakan
b. gaya kepimpinan pihak pengurusan sekolah. Pengetua yang berwibawa mampu menangani halangan ini dengan sikap toleransi serta budi pekertinya.

2 Responses to "KAJIAN KES; SEKOLAH GEMILANG PROGRAM 3K"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel