Jumaat, 23 April 2010

kajian - pusat sumber

1.0 TAJUK
Tahap Penggunaan Pusat Sumber Sekolah Di sekolah Rendah Di kalangan Guru-guru

2.0 ABSTRAK
Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti kadar penggunaan PSS di kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Gombak, Selangor. Sebannyak 15 sekolah akan terlibat dengan kajian. Hipotesis pula mengenai kekerapan penggunaan PSS mempunyai perkaitan yang signifikan dengan faktor jantina, kelulusan akademik, pengalaman mengajar dan kursus media yanng pernah dihadiri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sampel guru yang dipilih mengajar di sekolah rendah luar bandar melalui kaedah soal-selidik. Perkaitan antara faktor jantina dan kelulusan akademik dengan kekerapan penggunaan PSS oleh guru diuji dengan menggunakan Ujian-T. Sementara perkaitan antara faktor pengalaman mengajar dan kursus media yang dihadiri dengan kekerapan penggunaan PSS diuji dengan menggunakan kaedah ANOVA.

3.0 PENGENALAN
Hakikat bahawa dunia sedang mengalami perubahan dalam aspek pembelajaran dan fenomena limpahan maklumat. Kita tidak mahu ketinggalan dalam arus yang mencabar ini.
Hasrat ini memberi pengertian bahawa satu pendekatan pendidikan cara baru perlu dilakukan. Dalam lain perkataan, pendekatan yang terlalu terikat dengan guru, buku teks, sukatan pelajaran, jadual yang ketet dan bilik darjah tidak lagi berupaya merealisasikan impian tersebut. Sebaliknya, daya pengajaran yang pelbagai dan inovatif serta penglibatan media pendidikan perlu dilibatkan agar hasrat murni tadi tercapai.
Justeru, angin perubahan yang melanda dunia pendidikan masa kini, maka peranan pusat sumber sekolah (PSS) juga perlu berubah daripada hanya sebuah pusat penyimpanan maklumat kepada bahagian integral dalam program perkembangan kurikulum. Ini bererti PSS bertanggungjawab menjayakan matlamat pendidikan berasaskan sumber. Pembelajaran ini bermaksud wujudnya interaksi secara langsung antara guru, pelajar, dan sumber. Oleh itu penggunaan PSS perlu dioptimumkan oleh guru-guru demi kepentingan institusi sekolah.
Konsep PSS di Malaysia merupakan satu keadaan yang hanya dikenali pada akhir tahun 1980-an, walaupun pihak Kementerian Pendidikan telah mengilhamkan konsep ini pada akhir tahun 1970-an. Ia merupakan satu konsep yang mengintegrasikan perpustakaan dan pusat media yang merangkumi kelengkapan untuk pengeluaran bagi menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh para guru dan pelajar. Walau bagaimapun PSS kurang mendapat sambutan dari segi penggunaannya disebabkan faktor-faktor tetentu.

3.1 LATARBELAKANG MASALAH
Hampir semua sekolah mempunyai pusat sumber dan pihak sekolah melalui Kementerian Pendidikan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha menubuh dan memperlengkapkan pusat sumber sekolah dengan pelbagai koleksi media pendidikan. Namun begitu, bilangan guru yang menggunakan pusat sumber masih sedikit. Malah ada bahan-bahan sumber atau media pendidikan yang disediakan tidak pernah digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah ada bahan-bahan sumber pengajaran pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan terbiar atau tidak digunakan sepenuhnya ( Nordin, 1986 ). Selain itu, terdapat para guru yang tidak menggunakan media pendidikan dalam aktiviti pengajaran mereka walaupun kebanyakan sekolah menyediakannya ( Ng Wai Kong, 1979 ).
Kajian ini cuba melihat kebarangkalian penggunaan PSS ada hubung kaitnya dengan faktor-faktor jantina, pengalaman mengajar dan kursus media yang pernah dihadiri guru-guru sekolah rendah luar bandar.






3.2 PERNYATAAN MASALAH
Daripada tinjauan bahan-bahan kajian yang berkaitan, didapati kajian yang berkaitan dengan kadar penggunaan PSS di sekolah rendah amat berkurangan dan boleh boleh dikatakan kajian khusus mengenai kekerapan penggunaannya tidak dijalankan walhal kepentingan PSS tidak dapat disangkal bagi membantu keberkesanan pengajaran berkesan dan menarik. Kajian yang lalu banyak melibatkan PSS di sekolah menengah.
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat perkaitan guru-guru sekolah rendah di daerah Gombak tentang kekerapan penggunaan PSS serta permasalahan yang mungkin dihadapi dari segi jantina, pengalaman mengajar, kehadiran kursus media dan kelulusan akademik.
Selain itu kajian ini akan menghasilkan maklumat penting:

1. Mengetahui sejauh mana guru-guru sekolah rendah menggunakan PSS khususnya di daerah Gombak amnya di seluruh Selangor.
2. Keputusan kajian juga boleh digunakan sebagai maklumbalas kepada sekolah rendah untuk mencari kelemahan dari segi kadar penggunaan PSS.
3. Jabatan Pendidikan Negeri di bawah unit Teknologi Pendidikan boleh menggunakan dapatan kajian untuk dijadikan ‘benchmark’ dalam usaha penambahbaikan.
4. Memberi kesedaran guru-guru sekolah rendah untuk menggunakan PSS sebagai tempat rujukan dan peningkatan pengajaran dan pembelajaran mereka.
3.3 PERSOALAN KAJIAN

Sehubungan dengan pernyataan masalah, kajian ini juga bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut:
i. Adakah faktor jantina mempengaruhi penggunaan PSS di kalangan guru?
ii. Apakah faktor kelulusan akademik dapat mempengaruhi penggunaan PSS dari segi kekerapan penggunaannya?
iii. Bagaimanakah pengalaman mengajar guru dapat mempengaruhi kekerapan penggunaan PSS?
iv. Adakah faktor menghadiri kursus media dapat mempengaruhi penggunaan PSS dari segi kekerapan penggunaannya?


3.4 HIPOTESIS

Berdasarkan kepada penelitian bahan-bahan bacaan yang berkaitan, maka hipotesis-hipotesis nul berikut diuji aras signifikan p< 0.05.

1. Tiada perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina dengan pengaruh penggunaan PSS dari segi kekerapan penggunaan.
2. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor kelulusan akademik dengan pengaruh penggunaan PSS dari segi kekerapan penggunaan.
3. Terdapat perhubungan yang signifikan di antara faktor pengalaman mengajar dengan pengaruh penggunaan PSS dari segi kekerapan penggunaan.
4. Terdapat perhubungan yang signifikan di antara faktor menghadiri kursus media dengan pengaruh penggunaan PSS dari segi kekerapan penggunaan.
3.5 PEMBOLEHUBAH-PEMBOLEHUBAH
Pemboleh Ubah Tak Bersandar (IV)
 Jantina
 Pengalaman Mengajar
 Kelulusan akademik
 Kursus Media Yang Pernah Dihadiri

Pemboleh Ubah Bersandar (DV)
 Kekerapan Penggunaan PSS

Rajah 1
Kerangka Konseptual Hubungan Pengaruh Penggunaan PSS



3.6 KERANGKA KONSEP / TEORI
3.6.1 Definisi
i. Pusat Sumber Sekolah (PSS)
PSS dalam kajian ini didefinisikan sebagai sebuah tempat yang mengandungi koleksi pelbagai media cetak dan elektronik di sekolah yang disusun atur serta menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan bagi tujuan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii. Guru-guru
Semua guru lelaki dan perempuan yang mendapat latihan ikhtisas perguruan di sekolah rendah luar bandar daerah Gombak, Selangor.

iii. Guru PSS
Guru PSS ialah guru biasa yang mengajar mata pelajaran tertentu dan turut terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Beliau dilantik untuk mengendalikan dan mengurus PSS.

iv. Penggunaan PSS
Ialah penggunaan oleh guru terhadap sesuatu jenis alat-alat, bahan-bahan, bahan-bahan, perkhidmatan atau ruang di PSS.

3.6.1 Teknik Analisis Data
i. Statistik deskriptif bagi menunjukkan butiran mengenai min, mod, median dan varians.
ii. Pekali kolerasi koefisien untuk menguji perhubungan yang signifikan antara faktor yang mempengaruhi kadar penggunaan PSS.
iii. Ujian-T untuk menguji perbezaan yang signifikan antara faktor yang mempengaruhi kadar penggunaan PSS.


3.7 RASIONAL / KEPENTINGAN KAJIAN

1. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada penggunaan PSS di kalangan guru-guru yang mengajar sekolah rendah luar bandar daerah Gombak, Selangor.
2. Penggunaan media pendidikan di PSS hanya ditinjau dari aspek-aspek kuantiti dan bukannya dari aspek kualiti penggunaan.
3. Bilangan item di dalam inventori dalam PSS terhad kepada yang difikirkan asas untuk dimiliki oleh kebanyakan sekolah rendah luar bandar.
4. Hanya sekolah-sekolah luar bandar di daerah Gombak sahaja yang terlibat dalam kajian ini.
5. Kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada pengaruh penggunaan PSS di daerah dan negeri lain.




3.8 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan kaedah Survey Research, Descriptive Research dan
Comparative Research.

4.0 ULASAN KARYA

Melihat kepada perkembangan yang melanda sistem pendidikan kita, maka bentuk pendidikan untuk generasi akan datang perlu lebih global dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi. Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidik perlu sensitif terhadap perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Guru-guru haruslah prihatin terhadap perkembangan pendidikan semasa khasnya dari aspek modivikasi kurikulum, kaedah pengajaran, penyesuaian pendidikan pembelajaran dan reformasi program penilaian.
Pengalaman mengajar merupakan suatu kriteria yang dikaji oleh Guedry ( 1972 ) dalam Hishamuddin bin Hashim (1998) dalam kajiannya terhadap faktor-faktor yang berkaitan dengan penggunaan media pendidikan oleh guru-guru di beberapa jajahan Lousiana. Sampel yang digunakan terdiri daripada 962 orang guru di sekolah-sekolah menengah swasta, sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah atas. Penemuan Guedry mendapati guru-guru yang mempunyai pengalaman yang lebih, akan lebih kerap menggunakan media dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini disokong oleh hasil kajian oleh Ogman (1977 ) dalam Hishamuddin bin Hashim (1998) yang melakukan kajian mengenai halangan kepada penggunaan perkhidmatan pusat media di lapan buah sekolah menengah di San Diego.
Kajian Strout (1977) dalam Hishamuddin bin Hashim (1998) merumuskan
bahawa guru lelaki lebihkerap ke PSS tetapi guru perempuan menggunakan lebih banyak perkhidmatan pusat sumber.
Hasil kajian Ramano (1977) dalam Hishamuddin bin Hashim (1998) mendapati guru-guru yang telah mendapat latihan formal dalam teknologi pendidikan lebih kerap menggunakan media pendidikan berbanding rakan mereka. Beliau juga mendapati bahawa guru-guru yang mempunyai akademik yang tinggi lebih kerap menggunakan media penggajaan berbanding yanng mempunyai kelayakan rendah.
Guedry (1972) juga menyatakan guru-guru yang mempunyai lebih penngalaman akan lebih kerap menggunakan media dalam p&p.

5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1 Rekabentuk Kajian

Penyelidik akan menggunakan kaedah Penyelidikan Tinjauan (Survey Research) dan Penyelildikan Tinjauan (Discriptive Research) iaitu Tinjauan Sekolah dan Komuniti dengan mengedarkan borang kepada subjek untuk mendapat maklumat dan untuk mengukur pemboleh ubah berkaitan fenomena kepenggunaan Pusat Sumber Sekolah. Dapatan daripada soal selidik akan diproses untuk mendapatkan min, mod, varians dan sisihan piawai dengan menggunakan program SPSS.

5.2 Persampelan
5.2.1 Populasi
Guru-guru Sekolah Rendah Luar Bandar di daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.
5.2.2 Sampel
300 orang guru dari 15 buah sekolah rendah.
5.2.3 Subjek
300 orang guru dari sekolah-sekolah rendah luar bandar daerah Gombak yang terdiri daripada 150 orang lelaki dan 150 orang perempuan. Setiap sekolah 10 orang guru lelaki dan 10 orang guru perempuan.
Sampel ini adalah terdiri daripada mereka yang dibuat secara persampelan rawak mudah.



5.2.4 Instrumentasi
Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Borang ini akan dibuat dalam bentuk A4. Jumlah soalan adalah mengikut bidang kajian seperti lampiran.
Soalan yang akan dikemukakan dalam kajian ini akan menggunakan skala Likert sebagai pemilihan jawapan responden. Lima jenis skala akan digunakan.
Oleh kerana kawasan kajian hanya meliputi 15 buah sekolah dalam daerah, borang soal selidik ini akan dihantar dengan tangan ke semua sekolah tersebut. Tempoh masa yang diperuntukkan kepada guru-guru untuk menjawab soal selidik ini hanyalah seminggu. Kutipan borang akan dibuat pada hari akhir tempoh yang telah ditetapkan. Kutipan akan dilakukan sendiri oleh penyelidik di sekolah yang terlibat.


6.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan menggunakan T-test dan ANOVA.


7.0 PERBINCANGAN

Perbincangan akan dijalankan dengan merujuk kepada hasil yang diperoleh melalui kaedah soal selidik.



8.0 KESIMPULAN

Akan dibuat setelah kajian selesai dijalankan.

6.0 BIBLIOGRAFI

Buckland, M.K. (1983). Library Sevices in Theory and Context. Pergamon Press
Incoporation.

Hishamuddin bin Hashim, (1998). Kadar Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Universiti Utara Malaysia.

Ng Wai Kong. (1990). Evaluation Report On The ”Education Media Services (An
Evaluation Project Conducted By Center For Educational Tecnology & With The Cooperation Of The Ministry Of Education Malaysia.

Totterdell, B. Dan Bird, J. (1976). The Effective Library. Report of the Hellingdon Project On Public Library Effectiveness : Library Association.

Van House, N.A. dan Childers, T. (1990). Dimensions of Public Library Effectiveness II. Library Performance, LSIR 12.

Yahaya Baba. (1981). Teaching ESL To Meet The Needs Of Malaysians : M.A. Thesis, University of Ohio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan