-->

KAJIAN SEKOLAH BERKESAN DI MALAYSIA

KAJIAN SEKOLAH BERKESAN DI MALAYSIA

Secara umum terdapat dua jenis tumpuan kajian, iaitu penkaji hanya mengkaji ciri-ciri sekolah berkesan keseluruhannya dan yang memberi fokus kepada kepimpinan sekolah berkesan. Kebanyakan kajian dijalankan terhadap sekolah cemerlang yang mengukur faktor kecemerlangan berasaskan pencapaian akademik pelajar.

Kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang dipanggil Kajian Keberkesanan Sekolah dalam tahun 1989. Fokus kajian ini ialah memerihalkan iklim di sekolah yang berkesan dan yang tidak berkesan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah berkesan mempunyai beberapa ciri yang lebih baik daripada sekolah tidak berkesan. Antara ciriciri sekolah yang berkesan yang dapat dikaji ialah kepimpinan yang tegas dan cekap,penekanan kepada pencapaian akademik dan kelakuan pelajar yang baik, harapan yang tinggi, penyeliaan yang rapi. perhubungan pengetua-guru yang baik, pencapaian dan usaha guru dihargai, guru merasa bangga mengajar, pelajar merasa bangga menjadi sebahagian sekolah dan kemudahan-kemudahan fizikal yang baik.

Kajian yang dibuat oleh Abdul Karim,1988 juga telah dapat mengenalpasti 12 ciri yang membezakan sekolah berkesan dan yang tidak berkesan iaitu (1) kemahiran kepimpinan pengetua; (2) persepsi pengetua terhadap peranan mereka; (3) pengalaman pengetua; (4) bilangan strategi yang digunakan untuk menjayakan sekolah; (5) pengelibatan ibu bapa; (6) jangkaan guru; (7) sikap guru terhadap pelajar;(8) perasaan guru terhadap sekolah; (9) displin kendiri pelajar; (10) pengunaan sumber

dengan cekap dan berkesan; (11) persepsi guru terhadap laporan dan arahan kerajaan dan (12) rasa kepuasan guru terhadap pelajar.

FAKTOR-FAKTOR SEKOLAH BERKESAN

Dapatan menunjukkan bahawa di dalam sekolah yang tidak berkesan, pretasi kebanyakan pelajarnya kurang memuaskan. Hanya segelintir pelajar yang mempunyai insiatif untuk memajukan diri mereka ke arah kecemerlangan dapat memperolehi pencapaian yang lebih baik daripada rakan-rakan mereka. Di sebaliknya, pelajar-pelajar di dalam sekolah yang berkesan rataratanya mempunyai pretasi yang cemerlang. Mereka yang mempunyai latar belakang yang unggul berupaya mencapai pretasi yang jauh lebih baik, jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang sebaya dengan mereka di sekolah yang tidak berkesan ( Peter Mortimore, 1995)

Mengikut Peter Mortimore (1995), dalam bukunya `Key characteristics of effective schools’ mengemukakan sebelas fakfor untuk sekolah berkesan iaitu

1. Kepemimpinan profesional *Tegas dan bermatlamat *Pendekatan bersama *Keunggulan pemimpin
2. Perkongsian visi dan matlamat *Penyatuan matlamat *Amalan berterusan *Kekitaan dan usahasama
3. Kewujudan budaya pembelajaran *Suasana yang teratur *Persekitaran kerja yang menarik
4.Penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran *Memaksimumkan waktu belajar *Penekanan terhadap akademik *Penumpuan terhadap pencapaian

5.Pengajaran bermatlamat *Pengurusan (bilik darjah) yang berkesan *kejelasan maksud *Pengajaran berstruktur *Penyesuaian pengkaedahan

6.Pengharapan yang tinggi *Harapan tinggi *Perhubungan yang diharapkan *Mencetuskan cabaran intelek

7.Pengukuhan yang positif *Peraturan yang jelas dan adil *Terdapat maklumbalas

8.Pemantauan terhadap perkembangan *Pemantauan pencapaian murid *Penilaian pencapaian sekolah

9.Hak dan tanggungjawab murid *Meningkatkan nilai kendiri *Pemeringkatan tanggungjawab*Pengawalan kerja

10.Permuafakatan rumah-sekolah *Penglibatan ibu-bapa dalam pembelajaran anak

11.Organisasi pembelajaran *Pembangunan staf berasaskan sekolah

Dalam Fokus Pengurusan yang dikemukakan oleh Yang Berbahagia, Datuk Dr. Shukor bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menyatakan “ bahawa Sekolah Berkesan Tidak Akan Wujud Tanpa Pengetua/Guru Besar Berkesan”.

2 Responses to "KAJIAN SEKOLAH BERKESAN DI MALAYSIA"

  1. salam..

    catatan yang menarik berkaitan dengan sekolah berkesan..untuk pengetahuan tuan saya sedang mengkaji sekolah berkesan diperingkat sarjana. boleh tuan berikan kepada saya laman web tertentu yang berkaitan dengan sekolah berkesan..terutamanya laman web yang mengandungi tesis sekolah berkesan.

    tuan boleh emailkan kepada saya
    husnizaiem.amin@yahoo.com

    -husni

    BalasPadam
  2. sekolah berkesan ada banyak takrifan mengikut negara/ tokoh pendidik .
    ruang lingkup kajian banyak berkisar pada peranan pengetua terhadap keberkesanan sekolah dari segi disiplin / pencapaian akademik / kepuasan bekerja dll.
    banyak kajian dibuat oleh Dr Shahril Marzuki ( fakulti pendidikan Universiti Malaya. masa saya buat master dulu saya ada ikut kertas dia.

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel