Jumaat, 23 April 2010

kriteria pertandingan kelas cemerlang

Kriteria pertandingan kelas cemerlang

1. disiplin pelajar - Merangkumi pergerakan pelajar ketika perhimpunan, kehadiran, penampilan diri, kerjasama dan kawalan diri
2. kehadiran pelajar
3. bahan pameran dalam kelas / sudut bacaan / tampalan Merangkumi Carta Organisasi, Jadual Bertugas, Bahan-bahan sokongan, hiasan, kata perangsang
4.
5. kebersihan – tingkap / lantai / meja guru / papan hitam / tong sampah
6. perabot / meja / kerusi pelajar – tiada contengan / berbalut /
7. hiasan dalam kelas yang dibenarkan / sesuai Merangkumi hiasan, kemanfaatan, tutur bicara pelajar dan keselesaan belajar.


LAFAZ IKRAR MENCAPAI KELAS CEMERLANG
(Bagi kelas yang mencapai markah minimum setiap minggu)



BAHAWASANYA KAMI
PELAJAR TINGKATAN …………………….
DENGAN INI MENGAKUI KESILAPAN DAN KELEMAHAN KAMI
DALAM MENGENDALIKAN DIRI DAN KELAS KAMI
KE ARAH KECEMERLANGAN

MAKA KAMI
DENGAN PENUH ILTIZAM DAN PENUH YAKIN
AKAN SENTIASA BERUSAHA
UNTUK MENINGKATKAN KECEMERLANGAN KAMI
DARI ASPEK DISIPLIN DAN SAHSIAH KENDIRI
MELIBATKAN DIRI SEPENUHNYA
DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MEMASTIKAN KELAS KAMI SENTIASA BERSIH DAN CERIA
BERUSAHA MEMBENTUK DIRI DAN KELAS BERMAKLUMAT
PEKA DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA
MENGHORMATI DAN MENGHARGAI JASA GURU-GURU KAMI
BEKERJA BERSAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAMI,
DAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KEJAYAAN KAMI.

DENGAN RASA RENDAH DIRI
KAMI BERMOHON DAN BERSERAH
AGAR SEGALA USAHA KAMI
MENDAPAT KEREDHAAN TUHAN JUA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan