Khamis, 8 April 2010

PENGURUSAN HEM

STRATEGI PENGURUSAN DISIPLIN BERSEPADU

PENGENALAN
Proses pendidikan dan pembelajaran di negara kita merupakan satu isu yang sentiasa bergerak dan berubah mengikut kehendak perubahan negara. Fenomena salah laku pelajar juga turut berubah dan kian rencam. Sejajar dengan itu, panduan serta maklumat yang tepat dan terkini adalah penting diselaraskan dalam menangani masalah disiplin pelajar.

Memandangkan peningkatan jumlah salah laku pelajar yang terlibat dalam perlanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, ponteng kelas , melawan guru . gangsterisme, merokok dan seumpamanya semakin berleluasa adalah difikirkan satu tatacara tindakan patut diadakan sebagai panduan kepada guru-guru untuk bertindak terhadap pelajra-pelajar.

Segala masalah sekolah adalah masalah dan tangungjawab bersama yang bermaksud tanggungjawab semua guru, murid dan kakitangan sekolah dan tidak harus dianggap sebagai masalah atau tanggungjawab pihak-pihak tertentu sahaja. Dalam hal disipln, sikap serupa ini amatlah membahayakan dan merugikan kerana peraturan sekolah tidak akan dapat dilaksanakan dengan sepenuhna jika seseorang atau beberapa orang guru sahaja memikul tanggungjawab tersebut.

Buku Strategi Pengurusan Disiplin Bersepadu ini bertujuan untuk memberi panduan kepada guru-guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang berhubungkait dengan disiplin pelajar.

RASIONAL
Sejak kebelakangan ini,sekolah dilihat sebagai sebuah rumah kaca.Pelajar dirotan hingga tercedera ,pelajar dicubit hingga berdarah,berdiri diatas kerusi hingga jatuh dan sebagainya, segera mendapat liputan media massa.Segala tindak tanduk pihak sekolah dalam menangani disiplin pelajar-pelajar telah menjadi pengetahuan masyarakat umum.
Di samping itu, terdapat pula insiden-insiden yang berlaku secara senyap – senyap dalam bilik darjah dan juga di persekitaran sekolah serta terlindung daripada pengelihatan kita, pelajar-pelajar disingkir dengan cara dipandang sepi atau dilontar kata-kata kesat.

Ketidakselarasan dalam mengambil tindakan terhadap salah laku pelajar–pelajar ini telah meninggalkan impak terhadap sekolah dan institusi pendidikan. Sementara pihak masyarakat semakin sedar dan lebih sensitif terhadap ketidaksepadanan dan ketidakadilan pihak sekolah mengambil tindakan disiplin. Rasa tidak puas hati masyarakat umum ini sudah pasti menjejaskan kewibawaan kita sebagai pendidik.

Justeru, prosedur yang lebih mantap dalam mengurus disiplin pelajar-pelajar secara bersepadu amat diperlukan bagi memastikan profesionalisme kita tidak dipersoalkan.





MATLAMAT

Buku panduan ini bermatlamat untuk mewujudkan suasana yang harmoni antara sekolah dan masyarakat.Manakala pelajar-pelajar akan merasa diri mereka selamat serta dihargai bagi merangsang pembelajaran.

OBJEKTIF

Buku panduan ini diharap dapat:
1. Dijadikan satu dokumentasi mengurus disiplinpelajar dengar lebih bersistematik dan mudah rujuk.
2. Mewujudkan keselarasan dalam membuat keputusan di kalangan guru di sekolah-sekolah di daerah Kluang.
3. Meningkatkan kecekapan pengurusan disiplin di sekolah.
4. Meminimumkan masalah salahlaku pelajar-pelajar di sekolah.

PROSEDUR TINDAKAN

Pengenalan
Tindakan yang diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan tanpa mengikut prosedur yang betul akan menimbulkan masalah serta boleh dicabar. Oleh itu, garis panduan ini dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan prosedur tindakan secara betul dan sistematik agar tindakan tersebut akan memuaskan hati semua pihak.

PROGRAM-PROGRAM YANG DICADANGKAN:

1. Program Pengurusan Kes Disiplin
2. Program Pembangunan Insan Melalui Doa
3. Program Ops Kawalan Pergerakan Pelajar
4. Program Ops Tandas
5. Program Tangani Salahlaku (Perspektif Islam)
6. Program kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar
7. Program Ponteng Sifar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan