-->

PENGURUSAN HEM

PROGRAM OPS TANDAS
1. Rasional

Tandas dijadikan tempat untuk melarikan diri daripada mengikuti roses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tandas dijadikan sasaran vandalisme seperti menconteng . Terdapat juga pelajar yang merokok di tandas.

2. Matlamat
i. Mengurangkan penyalahgunaan tandas pelajar di sekolah

3. Objektif
a) Mengatasi masalah pelajar ponteng kelas
b) Mengurangkan kadar pelajar keluar-masuk kelas sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran
c) Mengurangkan masalah tandas kotor

4. Aktiviti
a) Kebenaran ke tandas perlu dihadkan terutamanya pada masa pertama sebelum rehat, selepas rehat dan waktu akhir sebelum balik
b) Pelajar menggunakan tandas mengikut blok
c) Pelajar hanya dibenarkan keluar ke tandas dengan menggunakan pas pelajar
d) Pelajar-pelajar yang keluar ke tandas pada waktu P & P , direkodkan nama dalam buku Rekod Keluar- masuk pelajar
e) Buku Rekod Keluar-masuk pelajar disemak oleh guru tingkatan dan guru disiplin.

5. Strategi
a) Mesyuarat AJK Disiplin bersama pentadbir
b) Mesyuarat pentadbir bersama guru-guru
c) Mesyuarat guru disiplin dengan pengawas
d) Memaklumkan program ops tandas kepada pelajar
e) Pas keluar pelajar diedarkan kepada setiap guru
f) Buku Rekod keluar-masuk pelajar disediakan

6. Jangka masa: Sepanjang waktu persekolahan

7. Sasaran : Semua pelajar

8. Kos :

9. Sumber tenaga: Guru-guru , Pengawas dan PRA sekolah

10. Penyeliaan : GPK HEM dan Guru Disiplin

11. Sumber kewangan: Sekolah

12. Penilaian : Statistik penggunaan tandas, Pemerhatian

0 Response to "PENGURUSAN HEM"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel