-->

Peraturan pendidikan : kewangan 2002

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(AKAUN DAN AUDIT) 2002*


Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
1. Nama dan permulaan kuat kuasa.
(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002.
(2) Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2002.
2. Pemakalan.
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan Islam dan institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan yang menerima bantuan kewangan di bawah seksyen 52 dan 64 Akta masing-masing.

3. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Bahagian Audit” ertinya Bahagian Audit Sekolah Kementerian Pendidikan dan Pejabat Audit Sekolah di setiap Negeri;

“bantuan kewangan” ertinya sumbangan dalam bentuk wang atau bukan dalam bentuk Wang;

“juruaudit” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri untuk menjalankan sesuatu audit;

“Ketua Pusat Tanggungjawab” ertinya Pengarah Pendidikan Negeri atau Ketua sesuatu Bahagian di Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pengurusan kewangan sesuatu institusi pendidikan, Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan;

“pengurus sekolah” ertinya guru besar atau pengetua yang bertanggung¬jawab bagi pentadbiran dan pengurusan sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan;

“penyata kewangan tahunan” ertinya suatu penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember bagi kumpulan wang yang disenggarakan oleh sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan yang mengandungi—
(a) kunci kira-kira;
(b) penyata pendapatan dan perbelanjaan;
(c) penyata penerimaan dan pembayaran;
(d) nota akaun; dan
(e) penyata lain yang berkaitan;

“rekod kewangan” ertinya dokumen yang dikehendaki disimpan oleh sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

4. Audit.

Pengauditan penyata kewangan tahunan sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan yang menerima bantuan kewangan di bawah Akta hendaklah dibuat oleh seseorang juruaudit di sesuatu Bahagian Audit.

5. Kuasa juruaudit.

Seseorang juruaudit hendaklah, dalam menjalankan pengauditan penyata kewangan sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan, mempunyai kuasa-kuasa yang berikut:

(a) memeriksa semua rekod kewangan, dokumen, wang, setem, hakmilik, stor atau harta lain institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan itu;
(b) meminta apa-apa penjelasan atau maklumat, bilamana perlu, daripada pengurus sekolah untuk memudahkannya menjalankan tugasnya;
(c) meminta suatu carian bagi atau cabutan daripada apa-apa buku, dokumen atau rekod yang dalam pemilikan atau di bawah kawalan institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan itu; dan
(d) menjalankan apa-apa penyiasatan atau pemeriksaan lain bilamana perlu.

6. Tanggungjawab pengurus sekolah.

Pengurus sekolah hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a) penyediaan suatu penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum; dan

(b) pengemukaan penyata kewangan itu kepada Ketua Pusat Tanggungjawab yang kemudiannya hendaklah mengemukakan penyata kewangan tahunan itu kepada Bahagian Audit tidak lewat dan 31 Mac tahun yang berikutnya.

7. Tanggungjawab Ketua Pusat Tanggungjawab.

Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa—

(a) penyata kewangan tahunan sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dikemukakan kepada Bahagian Audit mengikut peraturan 6; dan
(b) institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan itu mengambil apa-apa tindakan, jika keadaan memerlukan, atas apa-apa laporan atau pertanyaan audit yang berhubungan dengan institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan itu.

8. Laporan audit.

(1) Seseorang juruaudit hendaklah menyediakan suatu laporan audit berkenaan dengan penyata kewangan tahunan sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan hendak¬lah mengemukakan yang berikut:

(a) laporan audit kepada Ketua Pusat Tanggungjawab;
(b) suatu salman laporan audit kepada pengurus sekolah yang berkenaan bagi maksud peraturan 9; dan
(c) laporan audit tahunan yang disatukan kepada Menteri.

(2) Bagi maksud peraturan ini “laporan audit yang disatukan” ertinya laporan yang disatukan tentang audit tahunan yang telah dii~think~n ke ata~semua institusi pendidikan.

9. Kewajipan pengurus sekolah untuk memberikan jawapan atas apa-apa laporan atau pertanyaan audit.

Pengurus sekolah hendaklah memberikan jawapan atas apa-apa laporan atau pertanyaan audit yang dibuat oleh juruaudit dalam tempoh tiga bulan dan tarikh laporan atau pertanyaan audit itu.

10. Penyiasatan.

Menteri boleh, jika hal keadaan mewajarkannya, meminta seseorang juruaudit untuk menjalankan suatu penyiasatan dalam hal ehwal sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.

11. Kerahsiaan.

(1) Seseorang juruaudit tidak boleh mendedahkan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat yang diperolehnya pada menja1ankan kuasanya di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang juruaudit adalah dibenarkan untuk mémbuat atau menyampaikan, dalam mana-mana laporan audit, apa-apa kesimpulan, siasatan atau syor berdasarkan makiumat yang diperolehnya pada menjalankan kuasanya di bawah Peraturan-Peraturan
mi.

12. Tatacara yang hendaklah dipatuhi.

Tatacara yang terkandung dalam—

(a) Akta Tatacara Kewangan 1957;
(b) Arahan Perbendaharaan yang pada masa ini sedang berkuat kuasa;
(c) peraturan-peraturan yang berhubungan dengan akaun dan audit institusi pendidikan sebagaimana yang dinyatakan dan semasa ke semasa oleh Perbendaharaan;
(d) Tatacara Pengurusan Kewangan dan Peraturan sebagaimana yang dinyatakan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pendi¬dikan; dan
(e) apa-apa tatacara lain yang berhubungan dengan akaun dan audit institusi pendidikan sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri,

hendaklah dipatuhi oleh sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dalam pengurusan akaun dan auditnva.

13. Penalti.

Seseorang yang melanggar Peraturan-Peraturan mi melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima nbu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

14. Pembatalan.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 19622 dibatalkan.
JADUAL
~Peraturan 31

REKOD KEWANGAN

1. BukuTunai
2. Re sit Pelajar
3. ResitPejabat
4. Penyata Bank
5. Penyata Penyesuaian Bank
6. Daftar Kutipan Harian
7. DaftarBil
8. Buku Tunai Runcit
9. Jadual Kedatangan Murid
10. Daftar Penghuni Asrama
11. BukuCekSekolah
12. Daftar Stok Buku Resit
13. Daftar Aset dan Inventori
14. Baucar
15. BaucarKecil
16. Pesanan Tempatan
Dibuat 7 Mei 2002.

0 Response to "Peraturan pendidikan : kewangan 2002"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel