-->
PERKEMBANGAN PROFESIONAL
Perundangan Dan Sekolah
Kajian Literatur


Perkembangan profesional ialah proses membangunkan kualiti staf dengan menimba ilmu dan pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam menjalankan tugas. Menurut Hussein Ahmad (1991), perkembangan profesional staf adalah penting kepada guru kerana staf perlu sentiasa dipertingkatkan pengetahuan dan ilmu mereka sendiri dahulu sebelum dan semasa mendidik orang lain. Menurut beliau lagi, peningkatan ilmu itu perlulah dilaksanakan melalui sesi perbincangan, seminar, bengkel dan sebagainya.

Kajian menunjukkan bahawa program latihan dalam perkhidmatan (perkembangan staf) untuk guru yang berjaya adalah jenis program dalam sekolah (in-school in-service program), dan bukannya program yang meliputi sesebuah daerah (Wood dan Thompson, 1980). Selain itu, West (1989) berpendapat bahawa sesuatu program perkembangan profesional yang efektif haruslah didasarkan kepada satu penilaian keperluan staf dan juga penilaian berterusan keberkesanan program itu. Stachowski (1978) pula telah membuktikan bahawa pendekatan Long Beach adalah berkesan dalam program perkembangan profesional apabila model ini mendapat sokongan yang luas dan ditiru oleh kebanyakan sekolah.
Peserta diberi gambaran keseluruhan


Kemahiran diperkenalkan dan ditunjukkan


Peserta melatih kemahiran


Membuat analisis

Peranan guru dalam proses pendidikan masa kini sebenarnya lebih mencabar dan lebih rumit kerana mereka memikul tanggungjawab dan amanah yang besar. Suasana sekolah dengan pelbagai ragam dan tingkahlaku pelajar sudah pasti mengundang pelbagai interpretasi yang berbeza. Suatu kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dan diambil tindakan oleh guru dengan mengenakan dendaan tertentu mungkin disalah ertikan oleh ibu bapa dengan pelbagai tafsiran umpamanya ada ibu bapa yang menganggap sebagai satu deraan dan penghinaan kepada anak mereka.

Perbezaan dalam persepsi dan interpretasi seperti inilah yang menjadikan sekolah mudah didakwa oleh ibu bapa atau penjaga memandangkan pengetahuan dan taraf pendidikan mereka yang semakin tinggi sementara di pihak pentadbiran sekolah dan guru kurang arif mengenai undang-undang awam, akta pendidikan dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang sepatutnya menjadi panduan yang bertujuan memperingatkan mereka mengenai peraturan yang jelas dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Kadangkala pentadbiran sekolah dan guru kurang faham dengan bidang kuasa yang ada sehinggakan tindakan mereka sama ada dalam bentuk lisan dan fizikal boleh mengundang masalah kepada diri sendiri kerana melanggar hak individu dan undang-undang sivil.

Justeru itu perkembangan profesional yang berkaitan dengan undang-undang dan perkaitannya dengan sekolah dirasakan menjadi suatu keperluan masa kini kerana ianya dapat memberi pengetahuan dan kefahaman kepada guru-guru mengenai undang-undang sivil dan pekeliling-pekeliling ikhtisas yang berkaitan supaya mereka dapat berfungsi dan bekerja dengan lebih selesa dan berkeyakinan dalam mendidik dan membangunkan manusia dan dapat memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dan negara.
Perancangan Strategik



Sebelum melaksanakan perkembangan profesional berkaitan perundangan dan sekolah satu analisis terhadap persekitaran semasa dari aspek dalaman dan luaran sekolah mesti dilakukan. Di samping itu penganalisaan mengenai maklumat yang lepas, semasa dan yang akan datang banyak membantu dalam proses perancangan strategik. Kaedah SWOT dipilih untuk melakukan analisis persekitaran dengan menampilkan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada. Melalui pemerhatian, penyemakan rekod dan temubual dengan guru-guru, dapatan-dapatan yang diperolehi ialah:

Kekuatan

• Sekolah mempunyai kemudahan dewan, bilik gerakan dan bilik guru yang lengkap dan selesa sebagai tempat untuk mengadakan perkembangan profesional.
• Sebahagian besar guru-guru adalah terdiri daripada guru-guru yang lama berkhidmat dan dengan itu idea dan pengalaman mereka boleh dikongsi bersama.

Kelemahan

• Pentadbiran sekolah tidak pernah mengadakan kursus dalaman mengenai aspek perundangan yang berkaitan dengan sekolah.
• Pentadbiran sekolah tidak menyebarluas dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti buku panduan pelaksanaan peraturan sekolah dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan dengan tindakan disiplin.
• Sebilangan besar guru tidak mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan disiplin pelajar.

Peluang

• Seorang guru mempunyai kelulusan di peringkat ijazah dalam bidang undang-undang.
• Guru-guru mempunyai masa terluang semasa pelajar berehat selepas acara merentas desa.

Ancaman

• Pengetahuan dan taraf pendidikan ibu bapa semakin tinggi.
• Pentadbiran sekolah mudah didakwa oleh ibu bapa.

Berdasarkan aktiviti sumbangsaran dan perbincangan yang dijalankan bersama-sama P.K HEM, kaunselor dan guru-guru disiplin,, di antara strategi yang dipersetujui untuk dilaksanakan bagi mengadakan program perkembangan staf yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru-guru mengenai perundangan dan sekolah ialah:
• Mengadakan bengkel dengan diselia dan dipantau oleh guru yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam perundangan.
• Mengadakan ceramah dengan menjemput penceramah luar yang berkebolehan dalam perundangan.
Pemilihan strategi adalah bertujuan untuk menilai strategi yang utama, iaitu yang menentukan kejayaan yang lebih besar sekira ianya dilaksanakan. Pemilihan strategi berdasarkan Kaedah Ranking Ma Berdasarkan Kaedah Ranking Matrik, didapati strategi dengan mengadakan bengkel untuk menjayakan perkembangan staf dipilih kerana ianya tidak melibatkan kos dan tidak memerlukan masa di luar waktu persekolahan dan dapat memenuhi masa terluang guru-guru, di samping kepakaran dan kebolehan guru boleh dimanfaatkan dan dikongsi bersama-sama.
Pelaksanaan Strategik

1. NAMA PROJEK
Perkembangan Profesional – Perundangan Dan Sekolah
2. MATLAMAT
2.1 Meningkatkan pengetahuan guru mengenai undang-undang sivil, akta pendidikan dan surat-surat pekeliling ikhtisas.
2.2 Memberi kefahaman mengenai beberapa istilah penting dalam undang-undang yang berkaitan dengan sekolah.
2.3 Memberi penjelasan mengenai Undang-Undang Tort.
2.4 Menjelaskan beberapa prinsip dalam melaksanakan hukuman.
2.5 Menerangkan cara-cara untuk melindungi sekolah daripada didakwa.
3. SASARAN
Semua guru Sekolah Menengah Teknik Ipoh.
4. JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat: Tuan Pengetua
Pengerusi: Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi: Kaunselor
Setiausaha: En. Solahuddin Abdul Rahman
AJK Guru-guru disiplin
5. METADOLOGI PROGRAM
Bengkel Dan Perbincangan.

6. TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh: 13.06.2003 (10.30 pg. – 12.00 tgh.)
Tempat: Bilik Guru
7. KOS
Tiada
8. PROSES PELAKSANAAN

trik yang mana penjanaan strategi berdasarkan kos, masa, penerimaan, kepakaran, kemudahan dan kebolehlaksanaan.


Tanggungjawab Proses Kerja Tempoh Masa

Penasihat Memberi panduan dan pandangan 1 hari
untuk menjayakan program

Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat mengenai 1 hari
proses pelaksanaan program dan masalah
berbangkit.

Setiausaha Menyediakan bahan ceramah 1 hari
Sebagai penceramah 1 hari
Penilaian 1 hari

AJK Mengedarkan bahan bercetak 1 hari
Ketua kumpulan semasa perbengkelan 1 hari


1. PENILAIAN

Temubual

2. PENUTUP

Program ini diharap berjaya mencapai objektifnya apabila guru-guru dapat

menangani permasalahan sekolah yang berkaitan dengan pelajar mengikut

undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
Penilaian



Penilaian bertujuan untuk mengukur sejauh mana program yang dilaksanakan berkesan dan mencapai objektifnya. Penilaian dalam konteks program ini bertujuan melihat kefahaman guru-guru terhadap isi kandungan bahan kursus kerana merekalah yang menjadi sasaran. Penilaian yang bertujuan melihat impaknya terhadap sistem sekolah keseluruhan memerlukan satu tempoh masa yang agak panjang dan hanya boleh dinilai di hujung tahun dengan melihat bilangan insiden-insiden yang melibatkan guru makin berkurangan berbanding tahun yang terdahulu. Untuk menilai keberkesanan program ini terhadap guru-guru, 10 orang guru dipilih secara rawak untuk ditemubual.

Hasil temubual yang diperolehi menunjukkan:
• Guru-guru lebih jelas mengenai keperluan merujuk kepada buku panduan
pelaksanaan peraturan sekolah dan pekeliling-pekeliling ikhtisas KPM
dalam menyelesaikan kes-kes disiplin.

• Guru-guru kini berasa yakin dan selamat setelah didedahkan dengan
beberapa aspek perundangan yang berkaitan dengan pengurusan hal ehwal
pelajar kerana mereka tahu sempadan dan batas yang ditentukan.

• Guru-guru mengetahui prinsip-prinsip yang mesti dipatuhi dalam
melaksanakan tindakan disiplin dan hukuman.

• Guru-guru menunjukkan minat dengan kajian kes dan aktiviti berkumpulan.

Di antara cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh beberapa orang guru selepas pelaksanaan program ini ialah:
• Program ini hendaklah dibuat di awal tahun supaya guru-guru lebih bersedia
dengan makluman dan peringatan awal.
• Masa pelaksanaan program dipanjangkan supaya guru berkesempatan untuk
lebih lama bersoaljawab.
• Kajian kes dipelbagaikan.

Sebagai rumusan, pelaksanaan program ini berjalan dengan baik, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan lagi supaya ianya lebih kemas dan teratur jika dilaksanakan pada masa hadapan.
Apabila pelajar-pelajar berada di dalam kawasan pagar sekolah, tanggungjawab menjaga mereka terserah kepada pihak sekolah. Dalam ertikata lain pihak sekolah mempunyai tanggungjawab secara langsung bagi memastikan pelajar-pelajar dididik, diselia dan dilindungi. Tanggungjawab melindungi pelajar-pelajar merupakan tanggungjawab melindungi mereka daripada risiko yang boleh dijangka mendatangkan bahaya dan mudarat. Dalam erti kata lain guru mesti faham dan mengetahui risiko “melakukan sesuatu” atau “tidak melakukan sesuatu” yang boleh disedari atau dilihat sebagai mendatangkan kecederaan emosi dan fizikal kepada pelajar-pelajarnya supaya mereka tidak dianggap cuai dalam menjalankan tugas. Oleh kerana itu adalah menjadi tanggungjawab guru bertindak secara proaktif dan penuh hemah bagi mengelakkkan perkara tidak diingini daripada berlaku.
Apabila pelajar-pelajar berada di dalam kelas, tanggungjawab “the duty of care” terletak di atas guru yang berkenaan. Guru bertanggungjawab memastikan pelajar sentiasa diselia dan diperhatikan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Insiden guru tidak masuk kelas, guru meninggalkan kelas atas urusan tertentu merupakan perkara yang berat yang perlu diberikan perhatian serius. Sebarang perkara yang tidak diingini berlaku semasa ketiadaan guru akan mendedahkan guru dan pentadbiran sekolah kepada dakwaan yang amat sukar untuk dipertahankan.
Tanggungjawab terhadap pelajar bukan sahaja semasa pelajar-pelajar berada di dalam kelas, tetapi boleh juga semasa pelajar-pelajar berada di mana-mana sahaja di kawasan sekolah sama ada di padang, dewan, kantin, makmal dan lain-lainya. Sebagai contohnya, apabila mengasingkan pelajar daripada menyertai aktiviti PJK di atas alasan tidak berpakaian yang sesuai dengan membuat kerja-kerja amal yang lainnya ternyata mengabaikan tanggungjawab malah membelakangkan surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan mengenai tatacara dan pelaksanaan PJK.

Peralatan di dalam bilik darjah yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar hendaklah diberikan perhatian. Suis elektrik yang pecah dan terdedah, kipas yang bergoyang-goyang ketika digunakan, kerusi meja yang tajam dan tidak terurus perlulah diberi perhatian oleh guru dan pentadbiran sekolah. Sebarang perkara yang boleh mendatangkan mudarat mestilah dihapuskan daripada kawasan sekolah.
• berkenaan, alat yang digunakan jika ada dan beratnya kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.

• Negligence Tort (tort cuai) membawa erti melakukan sesuatu yang biasanya tidak dilakukan oleh manusia yang waras dalam sesuatu keadaan. Ia juga membawa erti tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh manusia waras dalam sesuatu keadaan. Dakwaan cuai boleh berjaya jika pihak plaintif boleh membuktikan pihak defendan telah berlaku cuai. Ini boleh dilakukan jika plaintif boleh membuktikan empat ciri di bawah wujud iaitu:
1. defendan mempunyai tanggungjawab yang diiktiraf di sisi undang-undang melindungi plaintif (duty to protect).
2. defendan gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam melaksanakan tanggungjawabnya (failing to exercise a reasonable standard of care).
3. terdapat kaitan antara sebab dan akibat yang terjadi (proximate cause).
4. wujud musibah dan kerugian pada pihak plaintif (actual injury).


TINDAKAN DISIPLIN DAN HUKUMAN

• Dalam melaksanakan tindakan disiplin dan hukuman, prinsip keadilan asasi (natural justice) hendaklah diberi perhatian sebelum hukuman dibuat iaitu:
1. prosedur yang tepat
2. hukuman yang tepat

• Bagi memastikan prosedur dan hukuman yang tepat digunakan, pelajar hendaklah diberitahu setiap kesalahan dan tindakan disiplin atau hukuman yang akan diambil terhadapnya. Pelajar perlu diberi hak mengemukakan keterangan bela diri. Prinsip “a man is innocence until proven guilty” perlu ada pada setiap guru atau pentadbir sekolah atau sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan sebagai penguatkuasa hukuman.

• Prinsip “audi alteram palteram” iaitu mendengar orang yang terlibat (to give the hearing to the party affected). Proses pendengaran yang adil ini adalah supaya hukuman yang dikenakan adalah wajar dan mengambil kira semua faktor yang relevan di samping mengelakkan daripada satu pihak yang lain mengambil kesempatan di atas sebab-sebab tertentu atau kepentingan peribadi untuk mengenakan pihak yang dilibatkan itu sama ada pihak yang dilibatkan itu cuba difitnahkan atau ada cubaan jahat terhadapnya. Faktor ini sebenarnya merupakan satu perkara yang paling penting dalam proses pengadilan. Kegagalan mematuhi prinsip di atas boleh membuka ruang kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berasa teraniaya mengemukakan saman sivil atau saman malu.





.

Pentadbiran sekolah dan guru mempunyai tanggungjawab melindungi dan menghormati hak setiap individu yang ada di sekolah. Tindakan melampaui bidang kuasa yang dibenarkan boleh dielakkan jika mereka mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai undang-undang.

Pentadbiran sekolah mempunyai tanggungjawab secara langsung terhadap kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar dan warga sekolah sekolah. Oleh kerana itu, mereka perlu bijak dalam mengambil tindakan dalam mengurus isu-isu yang timbul iaitu tidak mengikut sentimen sendiri, termasuklah mengambil langkah meminimakan risiko, mengenalpasti situasi secara berhemah dan cuba membuat penyelesaian yang terbaik.



(Model Long Beach)

0 Response to " "

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel