-->

polisi balik sekolah selamat

1. Tajuk; Polisi Keselamatan Pelajar Semasa Pergi dan Balik Sekolah

2. Polisi
Menyediakan langkah-langkah keselamatan pelajar-pelajar semasa pergi dan balik ke sekolah dan ke rumah masing-masing

3. Definisi
3.1 Tiada apa-apa kemalangan dan bencana atau mengelakkan bencana yang mungkin menimpa pelajar-pelajar secara cuai
3.2 Menghindari sebarang kemungkinan sebab-sebab berlakunya kemalangan secara sengaja atau tidak sengaja
3.3 Pelajar-pelajar mengikut peraturan yang telah ditetapkan

4. Matlamat
Memastikan bahawa keselamatan pelajar adalah tanggungjawab bersama iaitu pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat dan diri pelajar sendiri.

5. Objektif
Mencapai Kemalangan Sifar
Mengwujudkan satu bentuk peraturan yang boleh diterima pakai oleh semua pihak
Mengadakan satu sistem Kawalan Keselamatan

6. Rasional
6.1 Didapati setiap hari pelajar-pelajar banyak terlibat dan terbabit dalam kemalangan
6.2 Mengurangkan kadar kemalangan di kalangan pelajar
6.3 Menyedarkan kepada semua pihak bahawa keselamatan pelajar adalah tanggungjawab bersama

7. Tatacara Am
7.1 Gunakan papan kenyataan
7.2 Kuatkuasakan peraturan
7.3 Jalankan aktiviti latihan kecemasan, pameran, ceramah dan sebagainya.
7.4 Berhubung dengan pihak polis, hospital dan ibubapa jika berlaku kecederaan
7.5 Membuat kawalan pergi dan balik
7.6 Tempatkan pelajar di tempat-tempat tertentu semasa sampai ke sekolah dan pulang ke rumah.
7.7 Memastikan sistem penyelenggaraan prasarana di makmal dilakukan
7.8 Menetapkan pergerakan pelajar semasa tiba di sekolah dan semasa balik ke rumah

8. Tatacara Khas
Melibatkan lokasi:

1. Dari rumah
2. Dalam perjalanan
3. Sampai di kawasan sekolah
4. Dalam kawasan sekolah
5. Dari kelas masing-masing
6. Perjalanan hingga ke pintu pagar sekolah
7. Sewaktu menaiki kenderaan sekolah

Melibatkan:

1. Para pelajar
2. Masyarakat
3. Pengusaha bas sekolah
4. Pihak Polis dan Hospital
5. Guru
6. Pengawal Keselamatan sekolah
7. Ketua Masyarakat / Ketua Kampung
8. Ibu bapa

Jenis Perjalanan:

1. Pejalan kaki
2. Penunggang motosikal
3. Penunggang kereta
4. Memandu kereta
5. Bas sekolah
6. Bas awam
7. Dijemput oleh ibu bapa


9. Pembahagian Kumpulan

9.1 Keselamatan Pelajar Pergi & Balik ( nama guru )
9.2 Kawalan Pergerakan Murid ( nama guru )
9.3 Sistem Kawalan Lalu Lintas


10. Tatacara Murid
Palajar –pelajar SMK XXX perlu mematuhi prosedur yang dinyatakan di bawah ketika tiba dan balik sekolah.

10.1 Peraturan Am
Pelajar bergerak dari kelas semasa waktu balik diwajibkan mengikut laluan yang telah ditetapkan.

10.2 Pelajar Yang Berjalan Kaki
Mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan untuk pejalan kaki pergi dan balik sekolah.

 Elakkan berebut-rebut ketika keluar dari kawasan sekolah.
 Elakkan jalan beriringan tiga atau empat orang sehingga menghalang kenderaan lain.
 Sentiasa berwaspada, berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya terutamanya ketika melintas jalan.
 Pelajar diharapkan tidak bergurau atau bermain-main dengan rakan ketika berada di jalan raya.
 Pelajar dinasihatkan jangan sesekali menerima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk menghantar pulang.

10.3 Berbasikal/ Bermotor/ Berkereta Sendiri
 Memakai topi keledar / tali pinggang keledar (motosikal/kereta).
 Mempunyai lesen memandu (motosikal/kereta).
 Mempunyai cukai jalan yang sah (motosikal/kereta).
 Melekatkan pelekat (sticker) nama sekolah di kenderaan masing-masing.
 Sentiasa menunggang tanpa menghidupkan enjin motosikal semasa bergerak ke pintu masuk utama dari tempat letak motosikal.
 Pelajar diingatkan supaya tidak berlumba-lumba ketika menunggang atau memandu kenderaan.
 Semua kenderaan yang digunakan hendaklah dalam keadaan yang baik terutamanya brek lampu dan isyarat kenderaan.
 Sentiasa memandu/ menunggang kenderaan dengan kadar kelajuan yang ditetapkan.

10.4 Bas / Van
 Pelajar dikehendaki menunggu bas/ van yang dinaiki ditempat yang telah ditetapkan.
 Pelajar diharapkan tidak merayau-rayau ketika menunggu kenderaan masing-masing untuk mengelakkan daripada ditinggalkan bas/ van.
 Elakkan daripada berebut-rebut atau bertolak ansur ketika menaiki kenderaan
 Tunggu sehingga bas berhenti ketika hendak naik atau turun bas/ van.
 Catatkan nombor bas/ van yang dinaiki untuk mengelakkan tersilap bas/ van.

10.5 Kenderaan Penjaga
 Pelajar dikehendaki menunggu kenderaan penjaga masing-masing di tempat yang telah ditetapkan.
 Memberitahu penjaga tempat pelajar menunggu.
 Elakkan daripada menerima pelawaan menghantar pulang daripada orang yang tidak dikenali.


Keperluan : DATA JENIS PENGANGKUTAN PELAJAR PERGI DAN BALIK SEKOLAH

11. Tatacara Guru
11.1 Memastikan pelajar mendapatkan keizinan guru tingkatan/ guru bertugas sekiranya pelajar hendak balik awal.
11.2 Memastikan ibu bapa/ penjaga pelajar yang hendak balik awal dapat datang membawanya. Jika tidak, guru bertugas harus menghantar pelajar tersebut balik ke rumah.
11.3 Mengenalpasti pelajar yang sakit dan yang tidak berupaya balik menghantar pelajar tersebut ke klinik/ hospital.
11.4 Sekiranya pelajar yang sakit masuk wad, guru mesti memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga pelajar tersebut.
11.5 Memastikan bahawa ibu bapa/ penjaga yang datang membawa anaknya di sekolah mencatat nama, no. kad pengenalan, tarikh, waktu balik dan menandatangani buku rekod kebenaran balik awal pelajar.
11.6 Guru yang mengajar pada waktu akhir hendaklah memastikan bahawa pelajar-pelajar beratur dan bergerak dengan teratur semasa balik untuk menjamin keselamatan para pelajar.
11.7 Guru bertugas memastikan pengawas menjalankan tugas masing-masing.
11.8 Guru hendaklah mengambil tindakan segera yang sesuai sekiranya menerima laporan tentang kemalangan, pergaduhan antara pelajar di dalam kelas/ kawasan sekolah.
11.9 Guru bertugas harus berada di kawasan pintu pagar utama dan di tepi kantin sekolah sewaktu para pelajar datang ke sekolah dan waktu pelajar pulang.
11.10 Memastikan pelajar-pelajar yang menunggang motosikal memastikan enjin motosikal sebelum memasuki pintu pagar sekolah.
11.11 Memastikan penunggang motosikal menghidupkan enjin motosikal hanya selepas keluar dari pintu pagar sekolah.
11.12 Guru bertugas hendaklah menulis laporan dalam buku Laporan Kes dan buku Laporan Pemantauan.

12. Tatacara Ibu Bapa dan Penjaga
12.1 Ibu bapa/ penjaga mesti memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya pelajar tidak sampai pada masa yang sepatutnya.
12.2 Ibu bapa/ penjaga hendaklah memaklumkan keizinannya kepada pihak sekolah secara bertulis jika pelajar balik ke rumah diambil oleh wakilnya pada waktu persekolahan (kes kecemasan).
12.3 Ibu bapa/ penjaga mesti memastikan peraturan pergi ke sekolah dan balik ke rumah seperti yang termaktub dalam peraturan sekolah.
12.4 Ibu bapa/ penjaga hendaklah melaporkan kepada pihak sekolah dan polis sekiranya pelajar tidak sampai ke rumah pada waktu yang sepatutnya dan tidak dapat dikesan.
12.5 Ibu bapa/ penjaga mesti memastikan bahawa kenderaan yang diguna oleh pelajar dalam keadaan baik.
12.6 Ibu bapa/ penjaga mesti memastikan cara anak mereka pergi dan balik dari sekolah setiap hari.
12.7 Ibu bapa/ penjaga hendaklah mendedahkan tentang peraturan am di jalanraya yang sedia ada kepada anak-anak mereka.
12.8 Setiap gerak-geri pelajar semasa pergi dan balik dari sekolah di bawah pengetahuan ibu bapa / penjaga.
12.9 Ibu bapa/ penjaga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat aduan daripada anak mereka mengenai sesuatu kes yang boleh mengancam keselamtan mereka semasa pergi dan balik dari sekolah.
12.10 Ibu bapa/ penjaga mestilah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan kasih-sayang kepada anak-anak mereka.
12.11 Ibu bapa/ penjaga jangan mengambil mudah setiap aduan yang dikemukakan oleh anak mereka semasa di sekolah.

13. Tatacara Masyarakat
13.1 Sekolah menghebahkan maklumat keselamatan pelajar sekolah dari masa ke semasa kepada kelas masyarakat melalui aktiviti keagamaan, politik, PIBG, dan sebagainya.
13.2 Menerima maklumat tersebut dan menghebahkan kepada masyarakat setempat melalui aktiviti-aktiviti masyarakat.
13.3 Ibu bapa/ masyarakat bertindak berdasarkan maklumat/ gagasan sebagai aktiviti kebajikan bersama.
13.4 Anggota masyarakat perlu memlaporkan kepada pihak sekolah, polis atau hospital bagi kes-kes kecemasan, ponteng dan salahlaku disiplin sekolah (berdasarkan mana-mana tindakan yang bersesuian)
13.5 Penjaga tidak dibenarkan berjaja di sepanjang jalan sekeliling sekolah untuk mengelak kesesakan jalan. Pemantauan dan tindakan akan dibuat bersesuian dengan peraturan Majlis Perbandaran Kluang.

14. Tatacara Polis
14.1 Mengawal kesesakan lalu lintas pada waktu balik.
14.2 Mengawas pelajar/ orang luar di luar kawasan sekolah terutama berdekatan dengan kantin untuk mengelakkan pergaduhan.
14.3 Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku kemalangan/ pergaduhan.

15. Tatacara Pemandu Pemandu / Pengusaha Bas Sekolah
15.1 Memastikan bas/ kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
15.2 Memastikan pelajar beratur semasa menaiki bas untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku.
15.3 Memastikan terdapat seorang pembantu bas dalam mengawal pelajar naik/ turun bas atau semasa dalam bas.
15.4 Menepati masa semasa mengambil pelajar sama ada waktu pergi atau waktu balik sekolah.
15.5 Membantu dan memastikan pelajar selamat dalam perjalanan dengan memberitahu atau menjelaskan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan semasa berada dalam bas.
15.6 Memastikan pelajar-pelajar selamat sampai ke rumah atau destinasi.
15.7 Memastikan pelajar-pelajar turun di tempat yang selamat atau di tempat yang berdekatan dengan rumah.
15.8 Memastikan bas berhenti di tempat yang disediakan sama ada semasa pergi atau balik sekolah sepanjang jalan di luar pintu kantin sekolah (lokasi letak bas).

15.9 Memaklumkan kepada pihak sekolah jika terdapat pelajar yang ponteng atau tidak masuk ke kawasan sekolah selepas turun dari bas.
15.10 Menghubungi ibu bapa/ penjaga pelajar jika terdapat sebarang gangguan semasa dalam perjalanan atau berlakunya kemalangan.
15.11 Memastikan bas berhenti dan mula bergerak setelah semua pelajar turun/ naik bas.
15.12 Pihak sekolah akan sentiasa memantau dan menghubungi pihak polis jika terdapat sebarang kesesakan yang melibatkan kawasan meletak bas bagi pengusaha bas/ kenderaan.

16. Tatacara Pengawal Keselamatan
16.1 Pengawal keselamatan mesti berada di pos kawalan pada setiap masa terutama semasa pelajar datang ke sekolah dan balik dari sekolah.
16.2 Pengawal keselamatan perlu peka berkaitan pergerakan orang luar/ pelawat sama ada yang berada berhampiran kawasan sekolah atau pun yang berurusan dengan pejabat.
16.3 Pengawal keselamatan hendaklah mematuhi prosedur dan tatacara Aliran Keluar/ Masuk Sekolah dalam Polisi Keselamatan Sekolah.
16.4 Pintu pagar perlu sentiasa ditutup selepas 7.30 pagi dan selepas pukul 1.30 petang.
16.5 Jika terdapat kes-kes pergaduhan yang melibatkan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan orang luar aewaktu pelajar datang atau pilang dari sekolah, sila laporkan kepada pihak sekolah/ polis dengan segera.
16.6 Pengawal keselamatan diberi kuasa memeriksa lesen memandu, stikers, cukai jalan, topi keledar dan lain-lain.
16.7 Pengawal keselamatan menjaga lalulintas dan meletakkan papan tanda “No Entry” di samping jalan masuk ke sekolah.
16.8 Memastikan pelajar keluar pada waktu sekolah menunjukkan bukti kebenaran keluar yang sah dan dibawa oleh ibu bapa/ penjaga.
16.9 Memastikan ibu bapa/ pelawat mengikut laluan yang ditetapkan oleh sekolah.


17. Sistem Pergerakan Pelajar
1) Pergerakan Pelajar Waktu Tiba Di Sekolah:
1.1 Pergerakan Pelajar:
1.1.1 Masuk melalui :
a) Pintu utama.
b) Pintu kedua/ alternatif

18. Sistem Aliran Keluar/ Masuk sekolah
18.1 Objektif.
18.1.1 Memastikan pelajar hanya menggunkan laluan selamat ketika datang dan pulang dari sekolah.
18.1.2 Memastikan aturan keluar/ masuk ke kawasan sekolah dipatuhi sepenuhnya.
18.1.3 Memastikan orang awam dan pihak swasta yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mematuhi aturan keluar/ masuk yang ditetapkan.

19. Menangani Krisis (Keselamatan Pergi dan Balik) Masalah dijangka
Beberapa perkara telah dikenalpasti sebagai faktor yang berkemungkinan menjejaskan keberkesanan keselamatan pergi dan balik pelajar.
19.1 Kenderaan pulang
19.1.1 Ketinggalan kenderaan
19.1.2 Ibu bapa tidak datang menjemput
19.1.3 Kehilangan tambang
19.2 bencana alam
19.2.1 ribut taufan
19.2.2 banjir
19.3 kenderaan rosak bagi yang memandu sendiri
19.3.1 kenderaan rosak
19.3.2 kenderaan dicuri
19.4 Pejalan kaki tidak sihat untuk berjalan pulang

Prosedur Menangani Krisis
1. Dalam menangani masalah-masalah yang disebutkan apabila pelajar tidak dapat pulang ke rumah, pelajar hendaklah memaklumkan masalah kepada guru bertugas.
2. Guru bertugas akan diminta merujuk kepada jadual kedatangan pelajar untuk mendapatkan maklumat pelajar, alamat rumah dan nombor telefon untuk dihubungi.
3. Guru bertugas akan menghubungi ibubapa atau penjaga menggunakan telefon di pejabat sekolah. Sekiranya ibubapa tidak dapat dihubungi guru mempertimbangkan menghantar pelajar pulang.
4. Guru harus memaklumkan pentadbir tentang langkah menghantar pelajar pulang dan mencatat maklumat pelajar di dalam buku laporan guru bertugas untuk mengelakkan kekeliruan sekiranya ibu bapa lewat hadir.

0 Response to "polisi balik sekolah selamat"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel