-->

polisi sekolah selamat

POLISI ASRAMA SELAMAT

Polisi Keselamatan Penghuni Asrama Semasa Di Asrama, Balik Kampung Dan Kembali Ke Asrama


Matlamat
Mewujudkan persekitaran asrama yang selamat dan memastikan keselamatan penghuni semasa dalam perjalanan balik ke kampung atau keluar ke bandar serta keselamatan ketika kembali ke asrama.

Rasional
Asrama merupakan rumah kedua bagi para pelajar yang menghuninya haruslah menjadi tempat yang selamat serta kondusif untuk pembentukan dan perkembangan sahsiah diri, akhlak, jasmani, emosi, rohani serta intelek. Namun demikian, penghuni asrama juga tidak dapat lari dari terdedah kepada kemungkinan berlakunya kemalangan, gangguan dan perbuatan salah laku atau jenayah sewaktu mereka di dalam perjalanan pulang ke rumah atau keluar ke bandar, mahupun ketika di dalam perjalanan pulang ke asrama semula.

Folio
Asrama Pusat SMKTHO memberi jaminan untuk mengurangkan risiko hingga ke tahap sifar bagi sebarang kemalangan, gangguan dan perbuatan salah laku serta jenayah terhadap warga asrama sama ada semasa berada di asrama dan ketika proses keluar atau masuk pelajar ke asrama dengan tujuan pulang ke kampung atau ke bandar.

Objektif
1. Memastikan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk para penghuni.
2. Memastikan keselamatan para penghuni sewaktu pulang ke kampung atau keluar ke bandar serta sewaktu kembali semula ke asrama
3. Mengurangkan risiko yang mungkin dihadapi oleh para penghuni sewaktu berada di luar kawasan asrama.
4. Meningkatkan kesedaran di kalangan para penghuni melalui penekanan tentang betapa pentingnya laporan dan aduan segera dilakukan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
5. Mewujudkan para penghuni asrama yang terdiri daripada para pelajar yang celik dan sentiasa peka dengan keselamatan kawasan tempat tinggal mereka.




Definisi
1. Keselamatan Pelajar Ketika Di Asrama
Bermaksud memastikan keselamatan penghuni asrama semasa berada di dalam persekitaran asrama dengan mengambil langkah – langkah keselamatan yang perlu serta proaktif khasnya terhadap persekitaran fizikal asrama dan tingkah laku para penghuni.

2. Keselamatan Penghuni Asrama Sewaktu Pulang Ke Kampung Dan Keluar Ke Bandar Sehingga Kembali Ke Asrama.
Bermaksud memastikan pelajar selamat di dalam perjalanan pulang ke kampung atau keluar ke bandar sehingga kembali semula ke asrama tanpa melibatkan sebarang kemalangan serta perkra – perkara yang tidak diingini dengan cara mematuhi prosedur dan langkah – langkah keselamatan yang telah ditetapkan.

Tatacara Am
1. Mewujudkan hubungan dua hala di antara pihak pengurusan asrama dan para ibu bapa, polis, masyarakat setempat.
2. Menegaskan tentang aspek keselamatan diri dan harta benda di asrama, di jalan raya, gangguan dan perbuatan jenayah.
3. Memastikan para pelajar mematuhi prosedur dan langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir asrama dan keselamatan pelajar sendiri.

Tatacara Pelajar
1. Tatacara pulang ke kampung.
Para pelajar dibenarkan balik ke kampung sekali sebulan melalui prosedur :
a) Mesti mengambil kad balik kampung dari pejabat asrama sebelum balik.
b) Penghuni mesti merekodkan nama, nama dorm, masa keluar dan tandatangan sebelum balik di dalam buku keluar masuk yang terdapat di pondok pengawal.
c) Penghuni wajib berpakaian batik rasmi asrama ketika keluar dan masuk asrama.
d) Penghuni diwajibkan supaya bergerak secara berkumpulan seandainya dia tidak dijemput oleh penjaga.
e) Penghuni yang terdiri daripada pelajar sesi petang dilarang pulang ke kampung pada hari yang sama seandainya tiada penjaga mereka yang datang menjemput. Mereka akan hanya dibenarkan balik pada pagi keesokan harinya.
f) Ibu bapa atau penjaga mestilah menandatangani kad balik kampung yang dibawa oleh penghuni sebagai bukti mereka pulang ke rumah.
g) Pelajar diwajibkan supaya merekod waktu mereka pulang semula ke asrama bersama tandatangan sebelum pukul 6 petang.
h) Kad balik kampung mestilah diserahkan kembali kepada warden untuk disimpan di pejabat asrama.

2. Tatacara Penghuni Keluar Ke Bandar
Para penghuni dibenarkan keluar ke bandar 3 minggu dalam sebulan secara bergilir – gilir di antara lelaki dan perempuan berdasarkan prosedur :
a) Penghuni wajib merekodkan nama, nama dorm, waktu keluar dan balik ke asrama serta menandatangan buku rekod keluar masuk di pondok pengawal.
b) Pelajar diwajibkan berpakaian batik rasmi asrama.
c) Masa keluar bagi para penghuni :
Sabtu / Ahad : 2.00p.m – 6.00p.m
d) Selain daripada itu, para penghuni juga dibenarkan keluar ke bank pada hari dan waktu berikut :
Selasa : Pelajar Lelaki ( 2.00p.m – 6.00p.m)
Rabu : Pelajar Perempuan (2.00p.m – 6.00p.m)
e) Para penghuni diwajibkan supaya mendapatkan izin warden terdahulu sebelum keluar ke bandar.
3. Para penghuni mesti melaporkan segera kepada ibu bapa atau penjaga atau pihak yang berkenaan sekiranya ada sebarang gangguan jenayah semasa balik ke rumah dan kembali ke sekolah.
4. Para pelajar yang pulang ke rumah saudara mara dikehendaki memaklumkan kepada pihak warden terlebih dahulu.
5. Selain daripada waktu yang telah ditetapkan, para penghuni hanya dibenarkan keluar ke bandar atau balik ke kampung atas sebab – sebab kecemasan seperti sakit teruk atau kematian.
6. Para penghuni asrama yang keluar dari kawasan asrama atas sebab aktiviti ko kurikulum bersama guru pengiring, dikehendaki menyerahkan atau menunjukkan surat makluman dan mendapat kebenaran daripada warden dahulu.
7. Penghuni asrama mesti mematuhi arahan dan undang – undang keselamatan jalan raya semasa balik ke kampung dan kembali ke asrama. Mereka yang tidak balik dalam masa yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan amaran atau hukuman.
8. Para penghuni asrama diingatkan supaya menjaga nama baik asrama dan sekolah semasa berada di luar. Elakkan melakukan perkara – perkara yang boleh mencemarkan nama baik sekolah dan asrama.

Tatacara Pengurusan Dan Pentadbiran Asrama (Waden dan Penyelia)

1. Mengumpul semula dan menyemak kad keluar masuk pelajar selepas pulang ke asrama dari rumah atau dari bandar.
2. Menghubungi ibu bapa atau penjaga penghuni sekiranya ada yang belum balik ke asrama setelah tamat tempoh bercuti.
3. Mengambil tindakan segera yang sesuai sekiranya menerima laporan tentang kemalangan, gangguan dan perbuatan jenayah terhadap pelajar.



4. Mengenal pasti pelajar yang sakit dan tidak berupaya balik sendiri seterusnya menghubungi ibu bapa atau penjaga penghuni tersebut supaya mengambilnya di asrama.
5. Menghantar penghuni ke stesen bas, stesen keretapi atau rumah jika pelajar mengalami masalah seperti tertinggal bas atau sakit.
6. Mengeluarkan pekeliling kepada ibu bapa tentang peraturan balik terkini.
7. Membina hubungan dua hala di antara pihak asrama dan ibu bapa jika penghuni melanggar peraturan balik ke rumah dan kembali ke sekolah..

Tatacara Ibu Bapa / Penjaga
1. Ibu bapa / penjaga mesti memaklumkan kizinannya kepada pihak sekolah sekiranya penghuni tidak balik ke kampung halaman sendiri.
2. Ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kizinannya kepada pihak sekolah jika pelajar balik ke kampung dengan diambil oleh wakilnya.
3. Ibu bapa / penjaga mestilah mematuhi peraturan balik ke rumah dan kembali semula ke sekolah yang termaktub di dalam peraturan sekolah / asrama.
4. Ibu bapa / penjaga haruslah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera jika anak jagaannya tidak sampai ke rumah pada waktu yang sepatutnya dan tidak dapat dikesan.
5. Ibu bapa / penjaga haruslah memaklumkan pihak sekolah sekiranya anak di bawah jagaannya tidak dapat kembali ke asrama atas sebab – sebab tertentu yang diterima.
6. Pada hari – hari persekolahan, ibu bapa / penjaga yang hendak membawa pulang anak jagaan mereka atas sebab kecemasan, mestilah mendapatkan keizinan daripada pihak sekolah terlebih dahulu dan seterusnya memaklumkannya kepada pihak waden sebelum membawa mereka keluar dari asrama.

Tatacara Pengawal Keselamatan
1. Memastikan para penghuni yang keluar dari kawasan asrama mencatatkan butiran diri di dalam buku keluar masuk yang terdapat di pondok pengawal.
2. Memastikan para penghuni keluar dan masuk mengikut peraturan pakaian yang ditetapkan.
3. Memastikan para penghuni telah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan waden untuk balik bercuti.
4. Membenarkan para pelawat masuk hanya pada hari dan waktu yang ditetapkan :
Sabtu : 2.00p.m – 6.00p.m
Ahad : 10.00a.m – 6.00p.m
5. Memastikan pelawat yang masuk meninggalkan kad waris dan mencatatkan nama dan maklumat diri di dalam buku pelawat yang disediakan.


6. Para pengawal keselamatan mestilah melaporkan seberapa segera kepada pihak wardan sekiranya terdapat mana – mana penghuni yang keluar atau masuk kawasan asrama tanpa izin atau tidak mengikut pintu keluar masuk utama asrama.
7. Memastikan ‘watchman clock’ sentiasa berfungsi dan ditepati masanya setiap 2 jam.
8. Pengawal keselamatan berhak memeriksa beg - beg penghuni yang disyaki membawa barang – barang yang menyalahi undang – undang asrama.

Tatacara Masyarakat
1. Menegur, memberi nasihat dan melarang pelajar sekolah ini yang melakukan perkara negatif.
2. Melapor kepada pihak sekolah / asrama dan polis jika melihat salah laku yang dilakukan oleh para penghuni asrama.
3. Bersama – sama mengawal dan memerhati serta mendidik para penghuni asrama.

0 Response to "polisi sekolah selamat"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel