Khamis, 8 April 2010

PROGRAM HEM

PROGRAM TANGANI SALAHLAKU BERAT MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

1. Rasional
Pelajar perlu diasuh dan dibimbing untuk melaksanakan muhasabah diri dan memikirkan kembali perbuatan salahlaku mereka daripada perspektif kerohanian. Hal ini adalah berasaskan andaian bahawa salahlaku lazimnya dilakukan oleh pelajar yang jiwanya terasing daripada pendidikan dan amalan agama dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian, prosedur tindakan hukuman perlu diperhalusi dan diselaraskan dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam Islam.

2. Matlamat

Mewujudkan pelajar yang sentiasa menilai kelakuan diri serta mampu untuk membezakan antara perlakuan yang baik dengan perlakuan yang buruk dan antara dosa dengan pahala. Mudah-mudahan mereka bukan sahaja mendapat keberkatan dan keredaan semasa di bangku sekolah malah sehingga dewasa.


3. Objektif

a) Merasa insaf atas kesalahan yang pernah dilakukan
b) Berpeluang untuk membuat refleksi diri
c) Berpeluang untuk membuat pengisian rohaniah
d) Menerima hukuman dengan rela tanpa rasa dendam

4. Prosedur Tindakan

a) Pelajar ditangkap melakukan kesalahan
b) Pelajar mengangkat wuduk
c) Guru menyediakan air masak segelas, sejadah dan songkok
d) Guru duduk bersama pelajar
e) Guru membaca Surah Al-Fatihah kepada
- Rasullullah s.a.w
- Aulia, Syuhada dan Salihin
- Ibu Bapa, Muslimin dan Muslimah
- Roh (nama pelajar /Pelajar terbabit)
- Solat Taubat

f) Pelajar membaca Surah AL Fatihah sebanyak 14 kali sambil menghembur pada air selepas setiap kali bacaan.
g) Doa dibaca oleh pelajar,

“Ya Allah, dengan berkat dan kemuliaan surah Al Fatihah, demi keagungan mukjizat Al-Quran, jadikanlah air penawar daripada bacaan surah Al Fatihah ini supaya dapat membuka pintu hatiku ke jalan yang benar dan dalam keredaan-Mu, Ya Allah, berilah aku petunjuk , lindungilah aku daripada sifat mazmumah (keji), Tiada daya dan upaya aku kecuali apa yang telah Engkau anugerahkan kepada ku”

h) Pelajar meminum air penawar sehingga habis di hadapan guru
i) Guru menerangkan semula kesalahan serta hukuman yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan
j) Pelaksanaan akad dengan pelajar sebelum hukuman dijalankan.;
k) “Anakku, saya rotan kamu atas kesalahan ”; “Saya terima hukuman ini dengan rela hari”
l) Laksanakan hukuman misalnya rotan…………… kali
m) Berjabat tangan dan ucap kata-kata perangsang kepada pelajar

5. Kumpulan sasaran : Semua pelajar beragama Islam

6. Sumber tenaga : Guru-guru Pendidikan Islam, Guru-guru suka rela
dan GPK HEM

7. Jangka masa : Sepanjang tahun persekolahan

8. Penilaian:

a) Statistik salahlaku dari Buku Rekod salahlaku
b) Temubual / Soal selidik di kalangan pelajar dan guru
c) Pemerhatian empirikal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan