Khamis, 8 April 2010

PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN

PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN

Proses Kerja Prosedur Tindakan Disiplin Kes Berat


1. Pengetua
1.1 Mempengerusikan mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah
1.2 Menimbang kewajaran hukuman
1.3 Menandatangani surat menjatuhkan hukuman
1.4 Memaklumkan kepada ibu bapa / pelajar
1.5 Melaksanakan hukuman
1.6 Menimbang kes rayuan
1.7 Memanggil mesyuarat khas kes rayuan


2. Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan
2.1 Menyediakan garis panduan tindakan
2.2 Membuat siasatan kes
2.3 Membacakan tuduhan kes
2.4 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengetua
2.5 Melaksanakan hukuman dengan surat kuasa pengetua
2.6 Menyediakan laporan dari semasa ke semasa untuk dihantar kepada pihak yang berkaitan
i. Ibu bapa / penjaga
ii. PIBG
iii. PPD
iv. JPNJ
v. Unit Disiplin Kementerian Pendidikan
vi. Pengetua


3. Setiausaha
3.1 Mengumpul dokumen yang berkaitan dengan kes
3.2 Memanggil mesyuarat lembaga disiplin
3.3 Mencatat minit mesyuarat
3.4 Melaksanakan sistem rekod
3.5 Menghubungi ibu bapa / penjaga pelajar atas arahan pengetua
3.6 Membantu PK HEM menyediakan laporan

4. Mentor
4.1 Memberi nasihat kepada mentee
4.2 Merekodkan sesi mentor-mentee
4.3 Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM dan pengetua
4.4 Memberi wajaran terhadap kes semasa mesyuarat disiplin (jika perlu)

5. Guru Tingkatan
5.1 Memberi laporan dan mengawasi perkembangan prestasi akademik

6. Guru Agama 6.1 Memberi laporan bimbingan kerohanian


7. Ketua waden / setiausaha waden
7.1 Merekodkan semua salahlaku pelajar di asrama
7.2 Membuat laporan kes-kes disiplin di asrama
7.3 Menyerahkan laporan kepada Penolpng Kanan HEM dan Pengetua


8. Pelajar Terlibat
8.1 Memberi keterangan
8.2 Membela diri



9. Kaunselor
9.1 Memberi laporan semasa diberi bimbingan
9.2 Memberi pandangan dan wajaran terhadap kes semasa mesyuarat disiplin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan