Isnin, 7 Jun 2010

pantun budaya

Salam dihulur mengukir senyuman
Ukuwah terjalin eratkan umat
Singkirkan dengki kukuhkan keimanan
Negara makmur penuh terhormat


Sopan dan santun pekerti mulia
Sombong dan takbur jangan diamal
Masyarakat madani penuh ceria
Negara harmoni terus terkenal

Canggung dan zapin warisan budaya
Rentak dan lenggok gemalai ditari
Dadah dan judi ancaman merbahaya
Generasi hadhari tinggi pekerti

Akhlak mulia menghias diri
Junjung martabat keluarga ternama
Rasuah dan haloba moga hindari
Al Quran dan hadis rujukan utama

Pemimpin hadhari mencanang visi
Wawasan negara teras keamanan
Budaya bangsa kemas di sisi
Tak mungkin lenyap di telan zaman

Sirih junjung buat pinangan
Di hias indah cantik di tatang
Tradisi kita di lupa jangan
Adat di kendong budaya di julang




Pergi ke kedai membeli roti
Roti dimakan bersama kaya
Kalau baik budi pekerti
Disayangi orang di mana jua




Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin



Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat




Kemas bergaya andam bestari
Ucap bersantun jangan menyindir
Sahsiah tinggi memayung diri
Mengapa belia terus terpinggir ?
Salam dihulur mengukir senyuman
Junjung martabat impian laksana
Didikan seimbang menjadi laungan
Masyarakat berakhlak mampukah dijana ?



Jelingan manis seri bercelak
Keris tersisip kemas di sisi
Masyarakat jaya menjunjung akhlak
Terjulangkah matlamat mencapai visi ?



Sopan dan santun elok pekerti
Lembut bicara tutur dan kata
Budi disemai seikhlas hati
Mengapa bicara bersemat dusta ?



Hiasan keronsang indah berseni
Kemas disimpan tak kan lapuk
Umah madani matlamat nan murni
Akhlak dan budi dapatkah dipupuk ?



Canggung dan zapin gemalai ditari
Pikat tetamu tidak berganjak
Adat dipupuk penghias jauhari
Sopan dan budi mengapa terpijak ?






pembayang

Panorama indah tepian pantai
Mentari terbenam berbalam cahaya

Terbang camar tepian tasik
Bersarang merbah celahan dahan



Kebaya songket warisan berharga
Busana melayu bersulam rapi



Budi disemai julang pekerti
Asuhan bersantun terpasak utuh



Kalungan budi cerminan pertiwi
Sopan dan santun penambat kasih


Manis senyuman melerai gundah
Jernih nurani penawar duka


Kebaya dan songket busana warisan
Segak dipakai jejaka nan gagah

4 ulasan:

  1. cikgu letak f0ll0wer...nnt saya b0le jd f0ll0wer cikgu..

    BalasPadam
  2. TAK ADA ORANG NAK IKUT. SIKIT SANGAT. TENGOK BLOG LAGI SATU cikgurazak.blogspot.com

    BalasPadam
  3. thank..kte orang pun tngh bljr buat pantun nie..

    BalasPadam