Isnin, 7 Jun 2010

pantun pengacara majlis

Sirih pinang di dalam puan
Kemas gubahan tampak berseri
Selamat datang kami ucapkan
Kepada hadirin ke majlis kami

Molek sungguh baju melayu
Busana lama emas tekatan
Bunga telur penyeri tetamu
Tanda kasih semua jemputan

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Dari Johor ke Felda Lenga
Ucapan diberi penuh bererti
Kunjungan tuan tak kan kami lupa
Bagai rambut bersimpul mati







Dalam majlis bermuka manis
Dalam adat duduk bersifat
Dalam rumah beramah tamah
Dalam negeri beri memberi
.

Anak Haruan berlima
Anak selangat bertiga
Budi tuan di terima
Teringat tidak terlupa

Yang salah dapat diperbetulkan
Yang sesat dapat dipertemukan
Yang tersepit dapat dikeluarkan
Yang terkurung dapat dilepaskan

Yang kusut dapat diselesaikan
Yang keruh dapat dijernihkan
Yang bengkok dapat diluruskan
Yang sumbing dapat dibaikkan

Yang jauh dapat didekatkan
Yang renggang dapat dirapatkan
Yang hilang dapat dicarikan
Yang sakit dapat diubatkan
Yang lupa dapat diingatkan

Sepadan janji dengan isi
Sepadan kerja dengan upah
Sepadan harga dengan faedah
Sepadan lidah dengan titah

Kalau siang Sang Suria terang
Guru jadi teman bergirang
Kalau malam tidak berbulan
Guru jadi pemandu jalan


Berdada lapang berfikir panjang
Bermuka jernih berlidah fasih
Berdiri kukuh berakal teguh
Berpijak ampuh berjanji patuh

Kekasaran dan Kehalusan
Kekotoran dan Kesucian
Kegelojohan dan Peradaban
Kepura-puraan dan Komitmen

Kalau nak tahu tingginya pokok, tanya pada helang
Kalau nak tahu dalamnya belukar, tanya pada puyuh dan denak
Kalau nak tahu luasnya padang, tanya pada belalang
Kalau nak tahu panjangnya pantai , tanya pada bebarau


Bagai pepohon di tengah padang, Rimbunnya tempat berteduh
Kuat dahannya tempat bergantung, Besar akarnya tempat bersila

Bijaknya peyambung lidah
Tahunya tempat berguru
Teladannya tempat meniru
Berpijak tidak berkisar
Bercakap tidak beralih
Berani tahan diuji

Teritip di tepi kota
Mari kayuh sampan pengail
Imam dan khatib lagikan berdosa
Inikan pula Kami yang jahil
Sesungguhnya:
Kekayaan yang paling kaya ialah akal
Kemiskinan yang paling miskin ialah bodoh sombong
Keburukan yang paling buruk ialah terpesona dengan diri sendiri
Semulia-mulia kemegahan ialah akhlak yang baik


Bila duduk, duduk berguru
Bila tegak, tegak bertanya
Bila bercakap, cakap beradat
Bila diam, diam berisi
Bila berjalan, mencarai kawan
Bila musyawarah, mencari muafakat
Bila menghukum, mencari adil
Bergaul pada yang betul
Berkawan pada yang sejalan
Bersahabat pada yang bersifat
Berguru pada yang tahu
Meniru pada yang sejudu
Meneladan pada yang sepadan

Akhirkata: Hidup ini pengalaman,
Pengalaman itu pengetahuan,
Pengetahuan itu ilmu,
Ilmu itu kehidupan,
Kehidupan itu amalan,
Amalan itu ibadah,
Ibadah itu ketakwaan.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wr. wb.

3 ulasan:

  1. kata-kata yang tersusun dan sangat menarik..mohon izin share..TQ

    BalasPadam
  2. kta2 yg mnepati cri2 pntun..
    hrf mf coz sy ameq utuk ujian lisan berasaskan sekolah..

    BalasPadam
  3. Kata-kata yang menarik. Mohon share. Terima kasih.

    BalasPadam