-->

Keunikan Tugas Hakiki Diambil Kira Ganti PTK

'Keunikan' tugas hakiki diambil kira ganti PTK
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
2010/12/08
JPA akan beri penekanan pencapaian tugas individu

PUTRAJAYA: Satu sistem penilaian yang mengambil kira 'keunikan' setiap jabatan kerajaan akan diguna pakai bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditamatkan mulai 1 Januari ini.
Ketika PTK ditolak sesetengah kakitangan awam, sistem penilaian baru itu yang sedang dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan turut memberi penekanan kepada pencapaian individu dalam tugas hakikinya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata pada ketika ini, PTK ‘mengukur’ kecekapan pegawai secara sama rata tanpa banyak mengambil kira jurusan hakiki masing-masing.

“Tiap-tiap jabatan ada keunikan masing-masing jadi ia tidak boleh dinilai secara sama rata, misalnya jika kakitangan berada dalam bahagian pentadbiran tidak boleh sama dengan bahagian teknikal," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata, sepatutnya PTK juga menekankan keunikan setiap jabatan itu
tetapi oleh kerana ia sudah menjadi budaya dalam perkhidmatan awam ia nampak seolah-olah diseragamkan.
Katanya, JPA diberi masa sehingga Jun depan untuk mengemukakan sistem penilaian baru itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Bajet 2011 lalu.

Beliau berkata, nama kepada sistem penilaian baru itu juga belum ditentukan.

Bagaimanapun, katanya, proses kenaikan pangkat kakitangan awam antara Januari hingga Jun depan akan diteruskan dengan keutamaan masih diberikan kepada mereka yang lulus PTK yang diduduki sebelum ini.

Menjawab soalan, katanya, sistem penilaian baru itu kelak juga akan mirip kepada kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu tetapi enggan menjelaskan terperinci.

Walaupun sesetengah kriteria akan berfokus kepada bidang hakiki kakitangan berkaitan, beberapa subjek seperti kenegaraan akan diteruskan dalam penilaian baru itu kelak kerana ia penting untuk seseorang kakitangan kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2010 yang disiarkan di laman web JPA sebelum ini menyatakan pelaksanaan PTK akan dihentikan berkuat kuasa 1 Januari ini selaras dengan pengumuman kerajaan dalam pembentangan Bajet 2011 pada Oktober lalu.

Justeru, lulus PTK bukan lagi syarat untuk kenaikan pangkat mulai 1 Januari ini.

PTK diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) bermula 1 November 2002 bertujuan menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi.

PTK dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.

Bagaimanapun, peperiksaan itu menimbulkan pelbagai kontroversi kerana dikatakan ramai kakitangan terutama yang berpengalaman sukar menikmati kenaikan pangkat

3 Responses to "Keunikan Tugas Hakiki Diambil Kira Ganti PTK"

  1. saya salah seorang guru yang merasai nikmat SSM sebab sepanjang SSB dilaksanakan saya tak pernah 'dilihat' oleh Pengetua kerana saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Alhamdulillah melalui SSM saja mendapat 2 kali anjakkan ke P2,(DG 44 & DG 41). Saya rasa cara baru yg diuar-uarkan akan diimlimantasikan lebih sukar kerana guru berprestasi 'cemerlang' yang dicadangkan oleh pihak sekolah akan "dilihat" proses P & P nya oleh badan semacam jemaah nazir, benarkah begitu? Jika benar, ramai guru yg menolak untuk dicalonkan seperti ramai guru yang "fobia" untuk memohon jawatan GC kerana tidak mahu dicerap nazir. Wallahua'lam. Harap cikgu boleh respons balas ttg cara penilain baru itu...

    BalasPadam
  2. Dalam mana-mana penilaian akan ada masalah kerana wujud rasa tidak ketidakpuasan .Ini menyebabkan masalah ada guru yang dinilai dalam banyak aspek sama ada pencapaian mata pelajaran yang dia ajar , hubungan baik dengan pentadbir , kesediaan bekerja sama , kesediaan berkorban untuk sekolah dll perkara .

    kalau rasa layak untuk mohon guru cemerlang tekadkan azam dan buat persediaan sekurang-kurangnya tiga tahun . Penilaian tiga tahun ini merangkumi apa yang kita telah lakukan untuk pelajar dan sekolah. Ini dapat dibuktikan dengan fail khas kita yang kita masukkan segala macam maklumat yang kita perlu ada untuk ditunjukkan bahawa kita cemerlang. Fail khas ini mesti ada markah pelajar mengikut kelas dan tahun , bahan pengejaran kita seperti nota , nota berpandu , contoh latihan yang kita lakukan dan paling penting ada modul yang kita hasilkan.
    kalau rajin buatlah analisis kandungan soalan atau analisis item disamping program headcount yang kemaskini dan dapat dicapai.
    pastikan juga anda telah berjinak-jinak dengan kaedah pengajaran terkini dan pelbagai .
    pastikan juga anda membuat jasa di sekolah dan daerah lain sebagai pemeriksa kertas , pnceramah , pengadil mana-mana pertandingan , penulis buku , penulis modul walaupun tidak diterbitkan yang boleh menjadi bonus .

    penyeliaan oleh nazir hanyalah sebahagian kecil daripada masalah.....

    BalasPadam
  3. Salam Cikgu Razak,

    Saya kenal isteri cikgu iaitu Cikgu Rosidah Ahmad, senior saya di Za'ba, UM dulu. Lost contact, mohon contact number. E-mel saya ialah: manafzack@gmail.com

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel