Khamis, 8 April 2010

polisi keselamatan sekolah

POLISI KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

Penyelaras :
Pen. penyelaras :
Setiausaha :

Ahli Jawatan Kuasa


1. Tajuk
Polisi Keselamatan harta Benda

2. Polisi
Sekolah ini berusaha menjimatkan “perbelanjaan mengurus negara ” dengan memanjangkan tempoh hayat penggunaan harta benda sekolah

3. Definasi
Keselamatan Harta benda bermaksud mesin, alatan, perabot , alatulis , benda dan lain-lain yang dimiliki sekolah akan digunakan megikut prosedur/ cara yang betul agar tempoh hayat

4. Matlamat
Menimbulkan kesedaran penghargaan harta benda sekolah di kalangan
pengguna mesin, alatan, perabot , alatulis , benda sekolah .

5. Objektif
i. Perjalanan P & P tidak diganggu oleh kemudahan yang tidak sempurna.
ii. Penjimatan perbelanjaan sekolah dan negara kerana kurang menggantikan mesin, alatan, perabot , alatulis , benda yang rosak

6. Rasional

i. Vandalisme di kalangan pelajar kian meningkat.
ii. Kecuaian phak-pihak tertentu boleh menyebabkan kerosakan harta benda sekolah semasa penggunaan kerap berlaku .
iii. Kemudahan yang sempurna adalah perlu bagi menjamin kejayaan perjalanan P & P.

7. Tatacara Am :

7.1. Setiap bilik / unit mempamkirkan inventori yang kerap dikemaskinikan (cadangan dikemaskinikan pada hujung setiap bulan )
7.2. Peraturan , notis, prosedur penggunaan alatan dipamirkan dekat alatan berkenaan.
7.3. Penguatkuasakan peraturan-peraturan Pengguna bilik / bengkel / alatan / perabot tertentu.
7.4. Bekalan / pembelian baru Mmstilah distok dan dikodkan seketika penerimaan dan ditempatkan di lokasi yang tepat.
7.5. Guru yang dipertanggungjawabkan perlu kerap menjalankan pemeriksaan keadaan harta benda di bawah jagaannya . Segala kerosakan harta benda sekolah direkodkan/dilaporkan kepada AJK berkenaan . Kerja pemulihan dijalankan secepat mungkin (tertakluk kepada perbelanjaan pemulihan berekonomi atau tidak ) .
7.6. Hubungi pihak-pihak berkenaan jika berlaku kerosakan/ kehilangan akibat daripada kecurian/ pencerobohan/ kebakaran dan lain-lain.


8. TATACARA PENGURUSAN POLISI KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

8.1. Tatacara Untuk Pentadbir Sekolah


 Menyediakan bilik/ruang /almari / kotak yang selamat dan cukup bagi
menyimpan / menempatkan mesin, alatan, perabot , alatulis , benda sekolah
 Memastikan bekalan / pembelian baru distok dan dikodkan seketika penerimaan dan ditempatkan di lokasi yang tepat oleh guru yang dipertanggung-jawabkan
 Memastikan kerosakan suiz / soket / kipas / lampu / alatan eletrik / bekalan eletrik tidak sempurna dikesani dan dibaiki secepat mungkin agar tidak mendatangkan kerosakan yang lebih serius.
 Bilik yang mempunyai alatan berharga seperti komputer dikukuhkan dengan ‘ iron grill ’
 Bilik- bilik seharusnya dimanggakan setelah tamat penggunaan pada hari berkenaan.
 Memastikan perosak terhadap harta benda dikesan lalu didenda mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan.
 Memastikan peraturan , notis, prosedur penggunaan alatan dipamirkan dekat
alatan berkenaan..
 Memastikan penguatkuasakan peraturan-peraturan pengguna bilik / bengkel /
alatan / perabot tertentu.
 Memastikan “ Surat Aku Janji Mematuhi Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Harta Benda Sekolah ” ditandatangani oleh setiap pelajar pada minggu pertama sessi persekolahan / minggu pertama beliau mendaftarkan diri
sebagai pelajar sekolah ini.
 Memastikan semua warga sekolah yang hendak mengguna sesuatu alat tertentu
(seperti komputer ) telah melalui latihan penggunaa agar alat tersebut tidak
rosak diakibatkan penyelenggaran yang tidak betul.
 Memastikan setiap bengkel KH mempunyai alat pemadam api yang berfungsi bagi mengurangkan kerosakan sekiranya berlaku kebakaran.
 Memastikan pelupusan harta benda sekolah dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Pemeriksa Harta Benda.

8.2. Tatacara Untuk Guru

 Meminta bilik/ruang /almari / kotak yang selamat dan cukup bagi menyim- pan / menempatkan mesin, alatan, perabot , alatulis , benda sekolah .
 Menstok dan mengkodkan segala bekalan / pembelian baru seketika penerimaan dan ditempatkan di lokasi yang tepat oleh.
 Kerap memeriksa suiz / soket / kipas / lampu / alatan eletrik / bekalan eletrik
di bilik jagaannya bagi mengesani kerosakan agar pemulihan dapat dijalankan secepat mungkin.
 Memastikan bilik jagaannya kukuh ( ber‘ iron grill ’ jika perlu ) dapat menjahui daripada kerucian / pencerobohan.
 Memastikan bilik jagaannya dimanggakan setelah tamat penggunaan pada masa/ hari berkenaan.
 Mengesani perosak terhadap harta benda dan laporkan kepada pihak berkenaan
 Mempamirkan manual, prosedur penggunaan alatan dipamirkan dekat alatan
berkenaan memudahkan pengguna mengoperatkan alatan tersebut.
 Memastikan pelajar yang ingin mengguna alatan tertentu telah mempunyai
kemahiran penggunaan alatan tersebut.
 Memastikan peraturan-peraturan pengguna bilik / bengkel / mesin / alatan /
perabot tertentu dipatuhi oleh setiap pengguna
 Memastikan setiap bengkel KH mempunyai alat pemadam api yang berfungsi
 Menjalankan pelupusan harta benda dibawah jagaan nya dari semasa ke semasa mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Pemeriksa Harta Benda

8.3. Tatacara Untuk Pelajar
 Menandatangani Memastikan “ Surat Aku Janji Mematuhi Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Harta Benda Sekolah ” ditandatangani oleh setiap pelajar pada minggu pertama sessi persekolahan / minggu pertama beliau mendaftarkan diri sebagai pelajar sekolah ini.
 Mematuhi peraturan Keselamatan Harta Benda Sekolah
 Mendapatkan kebenaran guru sebelum mengguna sesuatu alatan
 Mengguna alatan mengikut prosedur yang betul.
 Membersihkan , mengembalikan alatan telah diguna kepada guru berkenaan
 Melaporkan kepada guru berkenaan jika terdapat kerosakan pada mesin, alat- alat , perkakas dan sebagainya.

8.4. Tatacara Untuk Ibu bapa / penjaga .

 Memahami peraturan dan dendaan yang terkandung dalam salinan “ Surat Aku Janji Mematuhi Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Harta Benda Sekolah ” yang akan ditandatangani oleh setiap pelajar pada minggu pertama sessi persekolahan / minggu pertama beliau mendaftarkan diri sebagai pelajar sekolah ini.
 Bekerja sama dengan pihak sekolah sekiranya anak bawah jagaanya telibat dengan kerosakan harta benda sekolah dan menggalakkan anak jagaannya menjelaskan dendaan / menjalani hukuman jika ada.
 Memastikan anak jagaannya mengikuti bimbingan yang akan dijalankan oleh kaunselor yang ditentukan agar perbuatan yang tidak diingini tidak berulang lagi.
 Melaporkan kepada pihak sekolah jika terdapat maklumat kerosakan harta benda yang disampaikan oleh anaknya.
 Melibatkan diri dalam kegiatan gotong royong di sekolah yang melibatkan ibu bapa dan guru.

8.5. Tatacara Untuk Pasukan Bomba


 Bertindak dengan pantas ketika menerima panggilan kecemasan dari sekolah
 Memadamkan api sepantas mungkin untuk mengurangkan kerugian dari segi harta benda dan nyawa.
 Memeriksa spot kebakaran bagi mencari punca kebakaran.
 Menyerahkan punca kebakaran kepada pihak polis sekiranya kebakaran adalah sengaja dijadikan oleh anasir tertentu.
 Membantu pihak sekolah dapat menuntut pampasan kebakaran dari syarikat insurans berkenaan.
 Menilai latihan kecemasan kebakaran yang dijalankan oleh pihak sekolah.


8.6. Tatacara Untuk Pasukan Kadet Bomba dan guru pemeriksa alat-alat eletrik

 Menjalankan latihan kecemasan kebakaran dan cara memadamkan api dengan pemadam api yang melibatkan semua warga sekolah minima sekali setahun.
 Membantu guru penasihat bomba menjalankan pemeriksaan pemadam api sekolah.
 Memadamkan punca api dengan pemadam api jika apinya belum merebak .
dan tidak membahaya dirinya.


8.7. Tatacara Untuk Guru Pemeriksa Alat-Alat Eletrik

 Menjalankan pemeriksaan alat-alat eletrik yang rosak / tidak berfungsi
 Melaporkan kepada pihak sekolah agar kerja membaki alat tersebut dapat dijalankan secepat mungkin.
 Memberi khimat nasihat kepada pihak sekolah ketika sekolah ingin membeli alatan yang rosak / tidak berfungsi.
 Memasang tanda ‘ Bahaya , Jangan Sentuh ’ pada suiz , socket atau alat yang rosak agar kemalangan tidak diingini tidak berlakunya.

8.8. Tatacara Untuk Guru Tingkatan / Guru Penjaga Bilik / Unit Khas
( Senarai guru penjaga bilik khas / unit khas adalah seperti di Lampiran 1)

 Menyediakan inventori bilik pada minggu pertama persekolahan
 Mengemaskinikan inventori pada setiap hujung minggu.
 Memastikan tidak berlakunya pergerakan harta benda dari bilik nya ke bilik lain tanpa pengetahuannya.
 Menerangkan konsep polisi keselamatan harta benda sekolah kepada pelajar .
 Memastikan pelajar yang hendak mengguna harta benda dibawah jagaaan telah menandatangani “ Surat Aku Janji Mematuhi Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Harta Benda Sekolah ”
 Menstok dan mengkodkan bekalan / belian baru diterima.
 Menjalankan pemeriksaan harta benda dan melaporkan segala kerosakan kepada pihak agar kerja membaki alat tersebut dapat dijalankan secepat mungkin.
 Sekiranya terdapat perabot yang tidak berapa kukuh , dapatkan pelajar menghantarnya ke setor perabot untuk dibaiki secepat mungkin.
 Mengesan anasir yang kerap merosakkan harta benda sekolah agar ia di hukum/ didenda tidak melibatkan semu apelajar bagi membenteras perbuatan vandelisme .


8.9. Tatacara Untuk Pasukan Polis

 Menerima laporan kes pecah masuk / kehilangan barang di sekolah oleh pentadbir sekolah.
 Membuat lawatan dan penyiasatan di sekolah
 Membuat laporan penyiasatan dan mengambil tindakan segera.
 Mencadangkan tindakan seusulan kepada pihak sekolah bagi mencegah kejadian yang sama berlaku.
 Membantu sekolah menuntut pampasan ganti rugi daripada syarikat sekuriko berkenaan
8.10. Tatacara Untuk JKR

 Menerima surat pemintaan pemeriksaan dari pihak sekolah
 Jurutera JKR membuat pemeriksa bangunan sekolah, merangkumi aspek pendawaian eletrik, saluran paip gs, bekalan air, dll.
 Jurutera membuat laporan dan surat sokongan serta memberi nasihat kepada pihak pentadbir sekolah langkah-langkah yang perlu diambil.

3 ulasan: