-->

abstrak ; perbandingan sek agama johor dan brunei

Haji Ag. Abd Khalid Haji Sheikh Yahya (Penyelia : Dr. Nor Azizah Mohd Salleh)

KAJIAN perbandingan sistem persekolahan agama negara Brunei Darussalam dengan negeri Johor Darul Ta'zim bagi sekolah rendah agama

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan sistem, kurikulum, aktiviti ko-kurikulum dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah agama di negara Brunei Darussalam dan negeri Johor. Seramai 126 orang sampel kajian dipilih secara rawak yang meliputi 60 orang murid, 60 orang guru agama, 3 orang guru besar dan 2 orang pengarah bahagian agama. Kajian ini menggunakan soalselidik dan temubual untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Penganalisisan data dibuat secara deskriptif dan dihuraikan secara kualitatif. Dapatan kajian menyatakan terdapat banyak persamaan dari segi sistem, kurikulum, aktiviti ko-kurikulum dan juga masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Nisbah guru di Johor adalah lebih tinggi berbanding dengan Brunei. Ini menyebabkan terlalu banyak masalah dalam pembelajaran di Johor. Guru agama di Johor memikul tugas mengajar yang lebih berat berbanding dengan guru agama di Brunei. Penglibatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum di Johor adalah lebih baik. Masalah uatama dalam kajian ini adalah dari segi bilangan kelas dan bilangan guru yang tidak mencukupi. Sebahagian guru agama di Johor tidak mempunyai kelayakan ikhtisas dan ini menyebabkan timbulnya murid tidak begitu memahami isi pelajaran yang diajar.

2 Responses to "abstrak ; perbandingan sek agama johor dan brunei"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel