-->

POLISI SEKOLAH SELAMAT

A. POLISI LALUAN MASUK DAN KELUAR SEKOLAH

Takrif :
Pengguna berasa selamat dari segi emosi dan fizikal semasa menggunakan laluan masuk dan keluar dari hadapan pintu pagar ke kawasan sekolah.

Tatacara Tindakan Pelajar

Pelajar mesti mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya pejalan kaki berjalan di tepi jalan raya dan melintas apabila selama

Berjalan di tepi kanan jalan melawan arah kenderaan supaya nampak kenderaan yang lalu.
Melintas setelah tiada kenderaan di kiri kanan jalan untuk mengelakkan kemalangan. Berjalan di bahagian tepi jalan apabila menggunakan laluan di kawasan sekolah.
Pelajar bertindak segera melaporkan kepada pihak sekolah apabila berlaku kemalangan.
Pelajar yang membawa kenderaan sendiri :
o Hendaklah meletakkan kenderaan mereka di tempat yang disediakan oleh pihak sekolah.
o Hendaklah sentiasa memastikan kenderaan mereka selamat digunakan.
o Hendaklah mematuhi had laju 10km/j apabila naik / turun bukit ke / dari
pintu pagar masuk / keluar sekolah.
o Hendaklah memiliki lesen memandu dan kenderaannya mempunyai cukai jalan (road tax).
o Hendaklah mematuhi segala undang-undang jalan raya.
o Hendaklah balik 5 minit lebih lewat bagi mengelakkan kesesakan dan kemalangan jalan raya.

Tatacara Tindakan Kaunselor / Guru / Pihak Pengurusan

Mengadakan khidmat pengawal untuk membantu warga sekolah keluar dan masuk sekolah.
Memperbanyak papan tanda keselamatan jalan raya di jalan utama. Contoh :
KURANGKAN LAJU, KAWASAN SEKOLAH.
Mewujudkan laluan masuk alternatif.
Membuat garis kuning pada jalan utama.
Memastikan ibu bapa dan penjaga pelajar tidak dibenarkan menghantar anak mereka menggunakan kenderaan sendiri masuk ke kawasan sekolah.
Menjemput pegawai polis trafik untuk: memberi taklimat keselamatan
menggunakan jalan raya.




B. POLISI PENGGUNAAN TANGGA SEKOLAH

Takrif :
Warga sekolah berasa selamat apabila menggunakan tangga sekolah.

Tatacara Tindakan Pelajar

Pelajar harus beratur semasa menggunakan tangga.
Tidak tergesa-gesa atau bertolak-tolak semasa menggunakan tangga.
Elakkan penggunaan tangga curam semasa kecemasan dan semasa hujan.

Jangan jadikan tangga sebagai tempat untuk: berkumpul atau bergurau.
Jangan makan dan membuang pembungkus makanan di atas tangga.
Elakkan mengangkat barang-barang yang berat menggunakan tangga.
Pelajar yang tidak sihat tidak digalakkan menggunakan tangga.
Elakkan kasut yang tidak sesuai dan boleh membahayakan.
Jangan berlari-lari atau memotong barisan semasa menggunakan tangga.

Tatacara Tindakan Kaunselor / Guru / Pihak Pengurusan

Mengambil tindakan kepada perkara-perkara berikut :
Membaiki pemegang tangga yang rosak dan berkarat.
Memasang pemegang tangga di bahagian kiri dan kanan tangga curam.
Melebarkan tangga dan anak tangga.
Memastikan lampu sentiasa dipasang di tangga curam pada waktu malam dan cuaca gelap.
Menyediakan tanda amaran bahaya dan peringatan penggunaan tangga.
Mendenda pelajar yang tidak mematuhi peraturan tangga.
Mengaturkan pengawas bertugas di kawasan tangga curam.
Memberikan bantuan segera apabila berlaku kemalangan di tangga.


C. POLISI KEHADIRAN PENUH

Takrif :
Pelajar hadir ke sekolah dan berada dalam kelas untuk P & P dan aktiviti kokurikulum serta tidak ponteng kelas, sekolah atau lepak di luar sekolah.

Tatacara Tindakan Pelajar

Sentiasa datang ke sekolah dan mematuhi peraturan sekolah.
Datang ke sekolah sebelum 7.15 (sesi pagi) dan lain-lain masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Hadir ke sekolah pada setiap waktu persekolahan dan tidak lepak di tempat lain dengan berpakaian sekolah.
Bertindak melaporkan kepada guru atau pihak pengurusan sekiranya mengetahui ada pelajar yang ponteng kelas / sekolah tanpa sebab keizinan guru / pengetua sekolah.
Pelajar tidak dibenarkan keluar dari sekolah setelah masuk ke dalam sekolah.
Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah melalui telefon jika tidak dapat hadir ke sekolah.

Tatacara Tindakan Kaunselor / Guru / Pihak Pengurusan

Meminta khidmat pengawal mengawasi pelajar yang keluar masuk sekolah.
Menutup pintu pagar selepas waktu P & P bermula.
Meminta guru yang mengajar setiap waktu pembelajaran menanda kehadiran pelajar di dalam Buku Pergerakan Harian Pelajar semasa waktu masing-masing.
Mengadakan 'pas keluar' untuk mengelakkan ponteng kelas / sekolah.
Guru tingkatan / kaunselor hendaklah sentiasa berhubung dengan keluarga pelajar yang sering tidak hadir ke sekolah.

0 Response to " "

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel