-->

peraturan tetap guru

PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas

Semua guru dikehendaki berada di sekolah selewat-lewatnya pada jam 7.35 pagi. Guru bertugas harian perlu hadir di sekolah lebih awal lagi, iaitu pukul 7.00 pagi.
Kehadiran bertugas itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/81 yang bertarikh 12 September, 1981. Mengikut Surat Pekeliling itu, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah diwajibkan untuk memelihara dan mengekalkan amalan masa datang dan menghadirkan diri ke sekolah.
Semua guru bertugas mengamalkan ketepatan masa dalam semua tugasan seperti yang dijadualkan.
Peraturan ketetapan masa itu dikenakan kepadasemua guru. Kaum guru perlu memberi contoh teladan yang baik sekiranya mereka ingin mengelakkan tabiat ketetapan masa di kalangan pelajar mereka.

Kepatuhan Tugas

Semua guru hendaklah menggunakan mesin perakam waktu/ buku kedatangan untuk menandakan waktu hadir dan waktu pulang
Semua guru tidak di benarkan meningkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan tanpa mendapat keizinan pengetua terlebih dahulu.
Guru yang datang lewat hendaklah berhubung dengan pengetua dengan memberi sebab kelewatan itu.
Sekiranya seseorang guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sesuatu sebab hendaklah menghubungi puhak pentadbir sekolah dan mengemukakan dokumen berkaitan ketidakhadirannya.
Semua guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali sesuatu sebab yang tidak dapat di elakkan dan mereka telah mendapat kebenaran daripada pengetua.
Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Mesyuarat-Mesyuarat Rasmi.
Semua guru yang telah ditetapkan untuk mengawai kegiatan kokurikulum mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit di sebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

Tugas Akademik Guru

Sebagai ahli profesion, guru hendaklah menunjukkan segala sikap profesionalisme dan budaya kerja yang bermutu tinggi.
Melaksanakan tugas-tugas berikut dan perlu di patuhi sepenuhnya :
Kerja rumah hendaklah diberi kepada para pelajar berdasarkan garis panduan yang telah di tetapkan oleh ketua jabatan danm guru kanan masing-masing.
Semua kerja rumah yang diberikan oleh para pelajar hendaklah diperiksa dengan teliti. Latihan dan rampaian yang diberi itu tidak dibiarkan bertimbun kerana tidak diperiksa oleh guru.
Ketua Jabatan dan Guru Kanan Matapelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.
Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajarn yang difikirkan perlu dan ini merupakan tugas rasmi guru juga. Pengajaran itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada para pelajar.
Semua solah ujian/penilaian hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Ketua Bidang masing-masing

Waktu tidak mengajar
Waktu tidak mengajar atau waktu luang adalah waktu kerja. Waktu-waktu itu hendaklah digunakan :

Membuat persediaan mengajar, membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat bantu mengajar dan memeriksa buku latihan mengajar.
Ganti guru yang tidak hadir.
Mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pelajaran yang diajar oleh guru.
Membuat persediaan aktiviti-aktiviti gerak kokurikulum dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pengetua.

Buku Rekod Mengajar

Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya.
Dalam Buku Rekod Mengajar mesti mengandungi Salinan Jadual Waktu Persendirian termasuk analisanya, Salinan Pelajaran dan Keputusan Peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang di ajar oleh guru masing-masing.
Padatiap-tiap hari Khamis, Buku Rekod Mengajar yang lengkap diisi untuk satu minggu hendaklah diserahkan kepada Pengetua. Buku Rekod Mengajar adalah hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya mereka diperlukan untuk berbuat demikian oleh pentadbir sekolah.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar

Sebagai pendidik, guru perlu mempunyai hubungan baik dengan pelajar serta menunjukkan teladan yang baik. Guru perlu memahami dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Disiplin adalah menjadi tanggungjawab guru dan tindakan segera perlu diambil sekiranya ada pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan dan dirujukkan oleh pengetua.
Guru yang mnegajar dalam jkelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajar di dalam kelas supaya tidak bising dan proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Guru yang mendapati pelajar sakit atau ditimpa kemalangan hendaklah melaporkan kepada guru bertugas harian dan Guru Penolog Kanan HEM dengan kadar segera.

Pakaian

Guru hendaklah memakai pakaian formal kerja semasa waktu sekolah. Pakaian batik bercorak-corak perbagai warna tidak dibenarkan bagi guru lalaki.
Guru hendaklah memakai pakaian yang sesuai pada waktu petang semasa berada di sekolaah.
Guru hendaklah memakai tanda nama dan bertali leher sepanjang waktu persekolahan.

Rambut

Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu terurus dan kelihatan kemas dengan memenuhi Pekeliling Kementerian Pendidikan.
Perkara Am

Perintah Am
Semua guru perlu mengambil perhatian kandungan Bab C dan Bab D yang menyenaraikan tatalaku Pegawai Kerajaan dan cuti-cuti yang dibenarkan diambil oleh guru.

Kebersihan
Guru-guru bertanggungjawab terhadap kebersihan sekolah dan juga kelas termasuk bilik darjah.

Keselamatan Perabot

Para guru hendaklah memerhatikan bahawa pelajar tidak merosakkan harta bendasekolah dengan cara yang sengaja.
Laporkan kepada Unit BAngunan dan Perabot dan pengetua jikalau terdapat tanda-tanda yang boleh merosakkaan harta benda sekolah.

Pelawat

Pelawat tidak dibenarkan termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik drajah dan makmal.
Pelawat termasuk jurujual hanya boelh berjumpa dengan guru sekiranya setelah mendapat kebenaran daripada pengetua sahaja.

Papan Kenyataan

Semua notis dari luar dan dari persatuan hendaklah mendapat kebenaran penolong Kanan atau pengetua terlebih dahulu sebelum ditampal di papan kenyataan.

Kenyataan akhbar

Guru hendaklah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama pengetua dan pihak sekolah.

Surat Pekeliling


Surat Pekeliling yang hendak diedarkan kepada guru-guru hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua terlebih dahulu.

Surat Rasmi


Semua surat rasmi yang keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari unit kokurikulum hendaklah melalui pengetua.

Lawatan

Guru yang menguruskan lawatan sila patuhi peraturan (pelancong) sekolah 1957.
Sila patuhi surat Jabatan Pendidikan Terengganu (Bil : (85) dalam P/T/2772/J1d.9 bertarikh 22 Ogos, 1976.

Pensyarah Jemputan

Jemputan pensyarah luar hendaklah mendapat persetujuan daripada pengetua terlebih dahulu.

Kutipan Wang

Kutipan wang daripada para pelajar untuk Unit Kokurikulum atau sebarang kegiatan yang berkaitan dengan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua.

0 Response to "peraturan tetap guru"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel