Teknik penulisan ilmiah
PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA DAN LAPORAN
disediakan oleh
HUSSIN BIN SARIF
Jabatan Pengajian Melayu
IPTHO, Batu Pahat
1. Apakah Itu Penulisan?
Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai profesional di jabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap berasa tidak jelas, kurang pasti dan ada kalanya tidak dapat membezakan antara pelbagai jenis teks bertulis yang berkaitan dengan tugas harian mereka.
Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang boleh menghalang dan membantut tugas, kajian, dan projek penting yang hendak dijalankan. Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran. Rata-rata didapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari IPT dengan diploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat peluang dan pendedahan dalam hal penulisan untuk menghasilkan kertas cadangan
(kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik) ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun mereka telah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan melalui tunjuk ajar tetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya.
Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan dan tidak berminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa menulis dalam satu keadaan di mana anda berasa tidak bersedia untuk melakukannya.
Sungguhpun begitu sebagai seorang pegawai kerajaan ia menjadi satu tanggungjawab yang mesti anda laksanakan dengan sebaik-baiknya.
Maka untuk membolehkan anda melaksanakan dan menjalankan amanah itu, terpaksalah anda melenggkapkan diri anda dengan pengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi dalam bidang penulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor afektif juga perlu diberikan perhatian.
Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan anda menjadi seorang penulis ialah:
i. pegetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik,
sintaktis, dan tatabahasa)
ii. pengetahuan tentang tajuk (pengalaman yang diterima
secara formal dan tidak formal)
ii. pengetahuan tentang format, struktur, dan organisasi teks
bertulis
iv. proses penulisan
v. penyuntingan.
Di samping itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat berikut:
i. ada keinginan untuk menyampaikan maklumat
ii. percaya bahawa anda dapat memberi sesuatu sumbangan
tahu bahawa anda ada kuasa/pengaruh (influence) untuk
mengubah sesuatu
iii. tahu dan faham bahawa pembaca ada hak untuk menolak
dan memberi pendapat mereka.
Apabila anda berhadapan dengan satu tugas menulis anda harus boleh menghadapinya dengan pandangan positif. Hasilnya, proses dan hasil penulisan itu boleh dipandang sebagai satu kerja yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.
2.Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak
Buat permulaan, seseorang penulis itu perlu tahu tentang pelbagai aspek penulisan, keperluan, pengetahuan, dan kemahiran yang membolehkannya membuat perbezaan antara menulis bahan kreatif dengan menulis bahan berfakta (penulisan ekspositori dan berorganisasi).
Sebagai penulis kreatif, hasil karyanya itu pada umumnya merangkumi bahan-bahan berbentuk prosa (cerpen dan novel) dan puisi (sajak).
Penulis kreatif boleh bertindak dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan peraturan dan syarat seperti dari segi struktur organisasi teks itu. Begitu juga dengan isi kandungannya, penulis tidak perlu mengemukakan bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakan kerana apa yang ditulis itu datangnya atau wujudnya daripada ilham,
pemikiran atau ciptaannya sendiri. Penulis teks kreatif pada umumnya menulis sesuatu karya itu berkaitan dengan budaya, sosial, keagamaan, sains, dan teknologi yang dipandang dari kaca matanya sendiri dan bukannya daripada hasil satu penyelidikan yang saintifik. Isi kandungan
karyanya ialah hasil rekaan dan mungkin mempunyai hubungan dengan kehidupan yang pernah dialami oleh penulis atau anggota masyarakat.
Penulisan berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan.
Penulisan sebegini mesti berasaskan fakta yang sahih dan segala yang dikatakan itu telah pun dibuktikan. Penulisannya rapi, tersusun dan tidak subjektif. Bahasanya mengandungi ayat yang ringkas, mudah, padat, dan tepat. Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuat rujukan fakta yang telah diperakui dan diterbitkan oleh pakar-pakar dalam bidang kajian atau penyelidikan. Oleh itu sebelum anda memulakan proses penulisan, anda perlu melihat dan menimbang
soalan-soalan ini:
i. Adakah kamu mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang
menjadi isu dan persoalan untuk dicari penyelesaian atau
jawapannya?
ii. Adakah tesis itu wajar, penting dan sangat-sangat
memerlukan jawapan?
iii. Adakah jawapan dan penyelesaian yang akan kamu dapati
itu memberi sumbangan kepada bidang ilmu; dan pembanguanan manusia dan negara?
iv. Adakah tesis itu mengutarakan satu perkara baru dalam
bidang ilmu itu. Atau kamu melihat satu perkara dalam
bidang ilmu kamu (subjek semasa) dalam situasi yang
berlainan?
Selain daripada menjawab soalan-soalan di atas kamu juga perlu mempertimbangkan kedudukan diri kamu sendiri:
i. Apakah peranan anda sebagai penulis?
ii. Apakah tujuan anda menulis dalam situasi berlainan?
iii. Apakah imej diri yang hendak anda utarakan?
iv. Bagaimanakah imej itu hendak anda suaikan dengan
bahasa yang digunakan?
v. Bagaimanakah agaknya reaksi pembaca terhadap penulisan anda itu?
vi. Apakah faktor dalaman atau luaran lain yang boleh anda
gunakan untuk memperelokkan penulisan anda?
vii. Adakah penyelidikan kamu itu benar-benar satu
penyelidikan yang akan menghasilkan satu penemuan atau
penyelesaian kepada persoalan yang diutarakan; atau ia
hanya untuk memenuhi syarat pengijazahan?
3.Bagaimana Anda Menghadapi Proses Penulisan Dalam
Situasi Yang Berlainan
Selalunya anda menulis dalam keadaan tertekan, sama ada disebabkan oleh faktor-faktor luaran ataupun dalaman. Walau bagaimanapun anda perlu menulis kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab. Oleh itu penulisan yang anda lakukan itu haruslah memberi pengertian dan sumbangan kepada anda. Kerja yang dihasilkan itu pula harus
mendatangkan kejayaan dan kepuasan kepada diri anda dalam melaksanakan tugas.
Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan mengetahui konsep, prinsip, dan rasional setiap satu bentuk dan aspek penulisan itu dengan sejelas-jelasnya dan untuk menentukan kejelasannnya penulis harus dapat menjawab soalan-soalan berikut:
i. Apakah yang difahami tentang kertas cadangan/kertas
kerja/laporan (konsep/prinsip/rasional/definisinya)?
ii. Bagaimanakah hendak mengenali dan membandingkan
antara kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan?
iii. Mengapakah kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan
ditulis?
iv. Apakah persediaan untuk melaksanakan tugas ini?
v. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang anda perlu ada?
vi. Siapakah yang akan membaca hasil penulisan anda itu?
Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam keadaan terpisah (in isolation) tetapi dalam konteks atau situasi tertentu:
i. Adakah anda menulis secara individu atau berkumpulan?
ii. Adakah had masa yang diberi untuk menyelesaikan tugas?
iii. Adakah tugas itu melibatkan kerja luar atau dalaman?
iv. Bagaimanakah hendak menentukan tajuk atau idea yang
hendak ditulis?
v. Berapa banyakkah yang hendak dihasilkan?
vi. Apakah matlamat dan tujuan anda?
vii. Bagaimanakah anda membuat keputusan tentang
menyusun dan membentuk idea gaya penyampaian yang
terbaik?
Dari awal keputusan anda hendak menulis anda akan berhadapan dengan keperluan membuat pelbagai keputusan yang kompleks seperti:
i. sebab menulis (arahan tugas, pembinaan diri, atau minat)
ii. isu atau perkara yang hendak diketengahkan (ditentukan
atau pilihan sendiri) untuk satu kumpulan pembaca tertentu
(pembaca dalaman atau luar)
iii. jenis tulisan yang ditetapkan (ringkas atau lengkap)
iv. perasaan terhadap penulisan (tertekan atau selesa)
v. pengalaman dan latihan yang anda ada (formal atau bukan
formal)
vi. faktor luaran seperti tarikh akhir, ketepatan maklumat, dan
perkara-perkara lain.
Anda perlu sedar peranan penulisan dalam kehidupan peribadi dan profesional anda. Menulis tidak datang dengan mudah. Anda perlu sanggup menggunakan masa dan tenaga untuk membolehkan anda menulis dengan baik. Menulis itu satu aktiviti yang penting dalam perkembangan dan pembangunan kerjaya anda.
4. Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis (Anatomi Teks)
Teks bertulis seperti yang diketahui boleh dibina dan direka dalam pelbagai bentuk seperti buku, buku teks, jurnal, majalah, dan bentuk-bentuk lain. Setiap satu bentuk ini rata-rata mempunyai bahagian-bahagian yang serupa atau hampir serupa sama ada dari segi reka bentuknya ataupun fungsinya. Bahagian-bahagian ini ialah:
i. Kulit Hadapan Buku - tajuk, nama penulis, nama penerbit
ii. Muka Surat Tajuk - ditulis dalam muka surat berasingan
iii. Kata Pengantar - hanya perlu jika ada kenyataan yang hendak dikatakan oleh orang lain selain daripada penulis
iv. Isi Kandungan - perlu jika hasil penulisan melebihi dua puluh (20) muka surat (nombor Arab sahaja digunakan)
- sistem nombor mestilah tepat dengan tajuk-tajuk yang
disenaraikan
v. Prakata - kenyataan yang ditulis oleh penulis (merujuk kepada pelbagai aspek penulisannya)
vi. Pengenalan - memberi pandangan umum dan meluas tentang tajuk penulisan bergantung kepada pengalaman dan
pengetahuan penulis
vii. Bab - tesis dan idea-idea penulis
viii. Apendiks - maklumat tambahan
ix. Indeks - senarai perkataan penting (idea)
x. Bibliografi/Rujukan - menyatakan bahan bacaan yang dirujuk
- tandakan dengan jelas jika ada bahan yang dipetik dan
dimuatkan dalam penulisan anda
xi. Glosari - kamus mini
xii. Kulit Belakang Buku - ada iklan atau sinopsis tajuk oleh orang tertentu
5. Ciri-Ciri Organisasi Mikro Di Dalam Sebuah Penulisan
Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai konsep yang jelas dan tepat tentang ciri yang terdapat di dalam organisasi mikro (di dalam bab dan di dalam perenggan):
i. Tajuk (tesis, idea, fakta dsb.)
ii. Perenggan
ii.i. perenggan pengenalan
ii.ii. perenggan fizikal
ii.iii. perenggan isi
ii.iv. perenggan konseptual
ii.v. perenggan ideasional
ii.vi. perenggan subideasional
ii.vii. perenggan penutup
iii. Ayat
iii.i. ayat tesis
iii.ii. ayat tajuk
iii.iii. ayat keterangan
iii.iv. ayat contoh
iii.v. ayat penutup
iv. Isi/Idea
iv.i. idea utama
iv.ii. idea kawalan
iv.iii idea sokongan
v. contoh
vi. Retorik
vi.i. retorik perenggan
vi.ii. retorik bab (biasanya bersifat eklektik [eclectic] – gabungan beberapa retorik)
vii. Koherensi dan kohesif (pertalian dan pertautan)
vii.i. koherensi ayat
vii.ii. koherensi perenggan
vii.iii. koherensi bab
6. Pelbagai Bentuk Teks Bertulis
Apabila anda sudah jelas dengan tujuan melakukan kerja di atas proses menulis sudah bermula. Proses penulisan tidak boleh dilakukan tanpa perancangan yang teliti. Penulis akan memulakan penulisan dengan membentuk satu kerangka yang diisi dengan butir-butir yang didapati dari hasil pembacaan dan penyelidikan sama ada di perpustakaan atau
melalui soal selidik dan sebagainya.
Penulis dari awal menetapkan jenis penulisan yang hendak ditulis - adakah kertas cadangan, kertas kerja, atau satu laporan. Setiap satu mempunyai format yang tersendiri yang harus diketahui oleh penulis.
Bentuk tulisan begini biasanya disebut "organisational writing" ataupun "expository writing" iaitu tulisan berasaskan fakta.
6.a) Kertas Cadangan
Penulis pada permulaannya harus faham bahawa tiada satu definisi atau penerangan yang tepat boleh diberikan tentang perkataan ataupun konsep 'cadangan'. 'Cadangan' boleh bersifat pelbagai bentuk.
Antaranya ialah:
i. Ada yang berkaitan dengan penyelidikan atau kajian
(research proposal) yang berbentuk akademik. (kertas
cadangan kajian)
ii. Ada pula yang berkaitan dengan penghujahan tentang
sesuatu falsafah, konsep, atau teori iaitu satu hujah
akademik tentang sesuatu pemikiran ataupun pandangan.
(kertas konsep)
iii. Ada pula yang merupakan satu penghujahan dalam
mengutarakan sesuatu pemikiran dalam membina,
mendirikan, mewujudkan sesuatu usaha yang pada konsep
dan teorinya boleh dilaksanakan (bukan bersifat akademik / ilmiah).
Penulisan kertas cadangan bermula dengan adanya tesis (pandangan, pendapat, pemikiran yang menjadi satu isu dan permasalahan kepada penulis yang memerlukan jawapan dan boleh dicari melalui kajian).
Penulis berharap untuk mencari penyelesaian dan jawapan terhadap tesis yang wujud dalam pemikirannya itu. Ia satu tugas yang memakan masa yang lama dan susah.
Proses mencari jawapan kepada tesis yang dibangkitkan itu perlu dijalankan secara saintifik. Semua tindakan yang dilakukan mesti dipertanggungjawabkan, ada alasannya, ada dalilnya, boleh dihitung dan diukur.
Format kertas cadangan penyelidikan atau kajian pada umumnya mempunyai susunan dan tajuk-tajuk berikut:
Contoh tajuk: PELEPASAN SISA KUMBAHAN INDUSTRI, KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR: KAJIAN KES KILANG DI KAWASAN BUKIT MINYAK
Pengenalan, ada:
i. latar belakang
ii. isu dan masalah
iii. matlamat/tujuan/objektif
iv. skop kajian
v. soalan kajian dan hipotesis
vi. Soalan kajian:
vi.i.Mengapakah ia berlaku?
vi.ii.Mengapakah langkah-langkah yang diambil itu tidak
berkesan?
Hipotesis:
Perbelanjaan untuk mengawal keadaan di tempat itu akan
berkurangan jika penguatkuasaan berkesan
Hidup orang di kawasan itu akan menjadi lebih sihat
vii. limitation of terms/definition of terms
Tinjauan Bacaan (literature review)
– adakan pegangan/pandangan kita dahulu kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakan orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan kita itu, jangan baca apa pandangan orang lain kemudian baru hendak membentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan pandangan orang
lain
Metodologi sama ada secara kuantitatif ataupun kualitatif
(cadangan sahaja)
- kaedah untuk mendapatkan data daripada golongan sampelan kita, pilih satu kaedah saja supaya tidak membebankan kita apabila kita
menganalisis data nanti, mesti ada:
i. subject of the research (proses persampelan - memberi
kriteria pemilihan)
ii. materials of the research (bahan-bahan yang digunakan
dalam kajian)
iii. instrumen of the research –melibatkan kajian behavioural
(e.g. soalan temu duga, kertas ujian, dll.)
iv. procedure of the research (diberi/dinyatakan secara
terperinci dengan memberi langkah-langkah satu persatu dan
juga secara kronologi)
v. pilot study (kajian rintis dilaksanakan dengan satu kumpulan lain, iaitu bukan subject kita yang sebenar) – untuk menguji sama ada instrumen kita sesuai/tidak
vi. (Etika penyelidikan – janji penyelidik kepada subject of the research iaitu segala yang didapati terutamanya yang
berkaitan dengan hal-hal peribadi subject itu akan dijamin
kerahsiaannya)
Analisis Data (cadangan sahaja) – sama ada kuantitatif ataupun kualitatif
i. primary data – yang dipungut sendiri melalui kaedah yang
dipilih sama ada melalui soal selidik, temu ramah dll. – lebih
baik data ini kerana penyelidik akan dapat rasakan susah
payah memungut data
ii. secondary data – mengambil data daripada hasil kajian
orang lain
Keputusan dan Perbincangan (andaian hasil yang akan diketemui) penyelidik hanya membuat satu andaian hasil yang akan diperolehi sekiranya dia mengikut apa yang telah ditulis dalam a, b, c, dan d; dan dapat menjangka apakah sumbangan kajiannya itu kepada jabatannya,
organisasinya, dan negara
Penutup – mengulang penyataan tujuan/objektif
Bibliografi/Rujukan
Lampiran (Appendix)
(kertas cadangan ini mestilah dikemukakan kepada ketua
jabatan/lembaga untuk diteliti dan diberi persetujuan supaya ia boleh diteruskan dan diberi pembiayaan. Apabila ketua jabatan telah bersetuju pada dasarnya untuk projek/kajian itu dilaksanakan, penyelidik akan diminta menyediakan dan menghantar kertas kerja untuk diteliti tentang pembiayaannya dan untuk mendapat kelulusannya.)
(DI DALAM KERTAS CADANGAN ADA KERTAS KERJA [untuk memohon wang pembiayaan, memohon kebenaran dan kelulusan membuat sesuatu ataupun mendapatkan sesuatu kemudahan] TETAPI DI DALAM KERTAS KERJA TIADA KERTAS CADANGAN)
6.b) Kertas Kerja
Seperti yang dibincangkan tentang 'kertas cadangan', kertas kerja' juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya 'kertas kerja' ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu 'peruntukan kewangan' (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.
Dalam bidang akademia/ilmiah penulisan 'kertas kerja' pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan,
persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil
penyelidikan orang lain.
Organisasi kerta kerja dengan kertas cadangan hampir serupa.
Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:
Pengenalan (kenyataan akhbar/laporan ataupun kata-kata yang pernah diluahkan oleh seseorang tentang perkara yang hendak dilaksanakan itu) dan Latar Belakang (berbentuk sejarah - gunakan soalan 5w [what,
where, when, who, why] dan 1h [how])
Tinjauan Bacaan
Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja (huraikan)
seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan
Implikasi Kewangan (secara terperinci) biasanya yang diberi secara satu persatu dalam lampiran
Proses Pelaksanaan (secara terperinci) yang diberi secara kronologi itu sepatutnya diberi dalam lampiran juga
Implikasi Pelaksanaan (jangkaan kepada kumpulan yang disasarkan)
Keputusan dan Perbincangan (jangkaan sumbangan kepada jabatan, negeri, dan negara)
Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya)
Bibliografi/Rujukan
Lampiran (Appendix)
6.c) Kertas Laporan (satu penghujahan tentang aktiviti/perkara yang telah berlaku)
Menulis laporan merupakan satu pengenalan yang baik kepada prinsip-prinsip pemikiran kritis, perancangan, dan organisasi yang digunakan dalam menghasilkan satu dokumen yang kompleks. Anda mungkin bertanya mengapa laporan perlu ditulis? Ini ialah sebahagian daripada jawapan yang dapat diutarakan:
i. membolehkan anda menyimpan rekod
ii. memaklumkan perkembangan/pelaksanaan projek kepada
pegawai di jabatan anda
iii. menyampaikan maklumat tentang kejayaan dan kegagalan
iv. untuk berurusan dengan mereka yang ada kaitan dengan
tugas anda
v. untuk membolehkan mereka yang berkenaan terus mahu
berurusan dengan andadan telah dilaksvi.untuk
memaklumkan perkembangan projek- projek yang
sedang anakan kepada mereka yang berkenaan
vii. untuk menggalakkan perkembangan projek hasil kejayaan
anda supaya orang lain boleh belajar daripada kejayaan
anda
viii. untuk membolehkan penyelidik meneruskan kajian mereka
ix. untuk hal-hal penilaian
x. untuk kegunaan kerajaan dalam membina dan
melaksanakan dasar
Sebelum menulis kertas laporan anda perlu sedar bahawa kertas laporan membentangkan apa yang telah dilakukan. Oleh itu tumpuannya adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan impak tujuan asal kertas cadangan kajian atau kertas kerja diadakan. Laporan digunakan dengan meluas untuk menyimpan rekod dan menyampaikan
hasil sesuatu kerja. Laporan juga memberi asas untuk membuat keputusan dan melaksanakan tindakan.
Tajuk yang dimuatkan ialah:
Abstrak (hanya dalam laporan penyelidikan, penyelidikan boleh jadi pendek seperti one shot case study sehinggalah sesuatu yang paling panjang) – maksimum 120 pp, 1 perenggan sahaja, abstrak menjawab
tiga soalan:
i. mengapa kajian dijalankan
ii. bagaimana kajian dijalankan
iii. apakah hasil kajian
(bagi laporan jenis lain [bukan hasil penyelidikan tetapi yang
bersifat ilmiah] tidak dimasukkan abstrak tetapi tulislah
summary/ringkasan, bagi penulisan kreatif puladitulis sinopsis)
Jadual Isi Kandungan (jika lebih daripada 20 m.s. kertas A4)
Pengenalan
latar belakang (sama ada berbentuk historical report/pandangan orang/laporan akhbar/satu kenyataan yang dibuat oleh seseorang yang terkenal dll. – berikan sumber rujukan/petikan yang diambil)
isu dan masalah
matlamat/tujuan/objektif
skop kajian – seluas mana/sebanyak mana yang hendak dilakukan
proses persampelan (memberi kriteria pemilihan)
soalan kajian dan hipotesis
limitation of terms/definition of terms
Tinjauan Bacaan(ringkas) adakan pegangan/pandangan kita dahulu
kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakan orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan kita itu, jangan baca apa pandangan orang lain kemudian baru hendak membentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan pandangan orang lain (kata-kata yang terkandung dalam tajuk kita
seperti amalan, nilai murni, orang kampung, … - berdasarkan tajuk kajian kita yang kita jangka agak perlu dilihat pandangan orang lain sama ada sama/tidak dengan pandangan / pegangan kita)
Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan, secara ringkas)
proses persampelan (subject of the research)
materials of the research (borang soal selidik, rakaman pita video, teks mengajar/ceramah dll., jika tiada materials of the research yang digunakan dalam kajian tidak perlu masukkan tajuk ini)
instrumen of the research (perkaedahan menjalankan penyelidikan sama ada gunakan kaedah soal selidik – paling panjang 40 soalan termasuklah setiap pecahan soalan, paling senang soalan yang memerlukan jawapan ya/tidak, soalan yang berbentuk kenyataan sama ada kenyataan positif ataupun negatif, hipotesis dapat menentukan kategori soalan dan penyelidik eloklah menyenaraikan soalan kajiannya
mengikut kategorinya yang dijadikan subtajuk soalan; kaedah
memasang pita rakaman dll. - gunakan satu instrumen sahaja dengan setiap kumpulan sebab jika guna lebih daripada satu instrumen sukar hendak menjalankan kajian dan sukar hendak menganalisis data yang dikutip) procedure of the research (langkah-langkah kajian atau penyelidikan dilaksanakan) pilot study (kajian rintis) – bagaimana/di mana/dengan siapa kajian rintis penggunaan instrumen itu telah lakukan dan dapatannya (jangan buat
kajian rintis dengan target group kita/kumpulan yang menjadi pilihan sampelan kita)
Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan, secara ringkas) Bagaimana data dianalisis amat penting, apakah yang dibuat dengan data itu?
Dalam menganalisis data yang dipungut itu bolehlah dibuat akuran, dikira peratusannya, apakah keputusan / tafsiran / rumusan yang didapati berdasarkan peratusan jika dilihat semula pada hipotesis kita tadi sama ada positif ataupun negatif untuk setiap satu soalan yang dikemukakan; selepas itu lakukan analisis mengikut setiap satu kategori Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan juga sumbangan kepada bidang ilmu, secara terperinci) ulas mengikut setiap satu soalan kajian/hipotesis secara terperinci
Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan) – selain daripada memberi penegasan semula objektif kita pengkaji boleh berbentuk memberi cadangan/garis panduan/nasihat, memberi satu model/contoh untuk diikuti oleh orang/kampung lain, memberi keputusan/membuat pilihan
Bibliografi/Rujukan
Lampiran (Appendix)
(bagi laporan yang menyatakan sudah siap sesuatu aktiviti berikan secara kronologi:
pengenalan - latar belakang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan mengikut kronologi, dinyatakan segala aspek pelaksanaan aktiviti itu termasuklah bahan-bahan dan alat serta jentera yang telah digunakan semasa melaksanakan aktiviti itu) - penulisan ini dilakukan dalam perenggan pengenalan, perenggan isi yang terdiri daripada perenggan konsep, perenggan ideasional, dan mungkin juga ada perenggan subideasional; dan perenggan penutup
7. Proses Penulisan Langkah Demi Langkah
Reka bentuk penulisan elok dimulakan dengan memikirkan proses penulisan secara berurutan dan langkah demi langkah. Semasa proses ini berjalan anda akan melakukan sedikit pembetulan dan penyesuaian langkah-langkah penulisan. Gunakan senarai di bawah ini sebagai titik permulaan penulisan anda. Prinsip-prinsip utama ialah:
kenal pasti masalah (tesis) tanya soalan yang jelas dan tepat, sebanyak yang boleh (persoalan atau hipotesis)
hadkan skop tajuk penulisan, yang benar-benar menarik perhatian anda dan dalam bidang pengetahuan anda (hubung kait antara subjek dan isu kajian.
Buat satu kerangka yang jelas untuk memperlihatkan skema tajuk (kerangka teori); jika boleh buat satu jadual penulisan juga sebagai satu garis panduan kerja kita tulis apa yang diketahui, bukan apa yang tidak diketahui tentang masalah (data harus berasaskan fakta yang boleh disokong dengan dokumen yang diterbitkan) kenal pasti kemahiran dan maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan pilih pendekatan dan kaedah untuk mengumpul maklumat (sumber maklumat - boleh buat penyelidikan perpustakaan/library research, tanya kepada pakar, buat soal selidik, adakan temu bual, dll.)
terangkan dapatan atau hasil yang dicari dari penulisan itu
nyatakan dengan tepat bahan keperluan dan implikasi kewangan
8. Latar Belakang Dan Kajian Semula Bahan Bacaan Yang
Berkaitan
Sebelum seseorang penulis itu memulakan penulisannya, satu aspek persediaan penulisan yang perlu diutamakan ialah dia melakukan kerja-kerja mencari maklumat tentang kesesuaian kerja yang hendak dilakukannya itu. Penulis akan berhadapan dengan penyataan berkaitan dengan "viability, feasibility dan reliability" kerja kajian yang hendak dilakukan itu.
Ini memerlukan penulis banyak membaca bahan asas dan bertanya kepada rakan-rakan, pakar atau mereka yang berpengalaman tentang tajuk yang hendak ditulis itu. Antara soalan penting yang memerlukan jawapan:
Sudahkah anda membuat tinjauan dan menerangkan kesesuaian kajian ini dengan masalah yang diutarakan?
Sudahkah anda membuat tinjauan pendapat-pendapat pakar yang ada tentang masalah ini?
Sudahkah anda merumuskan pendapat-pendapat pakar tentang kajian ini?
9. Penggunaan dan Pemantapan Bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris)
Setiap penulis harus cuba menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan sebaiknya iaitu tahu tentang selok belok bahasa. Penulis perlu membuat semakan manuskripnya sebelum boleh mencetak dan mengedar hasil kerjanya itu. Hasil yang baik atau lemah memberi refleksi terhadap imej diri anda, pertamanya anda sebagai seorang pegawai dan kedua sebagai seorang penulis.
Mencurahkan titik peluh dan tenaga sepenuhnya dalam usaha menghasilkan satu kerja penulisan yang bermutu tidak banyak menampakkan ganjarannya. Hasil kajian yang dilakukan itu juga belum pasti dapat mengubah keadaan yang sedia ada secara mendadak tetapi ia tetap dapat memberi satu sumbangan, walaupun kecil, kepada bidang ilmu dan juga bidang tugas anda. Namun yang pasti, penghasilan satu bahan penulisan yang bermutu akan mendatangkan perasaan puas dan bangga kepada setiap penulis.
10. Rumusan Langkah-Langkah Penulisan
Panduan yang disenaraikan ini dapat memandu anda menyemak kerja-kerja yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.
i.pilih dan hadkan tajuk anda
ii.sempitkan dan fokuskan tajuk anda
iii.cadangkan tesis yang berfungsi
iv.tulis kenyataan tesis yang tentatif
v.cari dan kaji unsur-unsur maklumat yang sesuai
ambil dan kumpul maklumat
vi.bentuk rangka yang berfungsi
vii.susun draf kasar
viii.tulis dan semak draf
ix.tulis draf akhir
x.semak draf akhir
xi.sediakan senarai rujukan dan bibliografi yang berfungsi__

0 Response to "Teknik penulisan ilmiah"
Catat Ulasan