-->

Tugas Jawatankuasa

  1. PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM
    Tugas :

    1. Mengatur dan menyelia persatuan / kelab / unit beruniform.
    2. Menyelaraskan semua aktiviti.
    3. Menyedia, mengedar dan mengutip borang pendaftaran memasuki persatuan / kelab / unit beruniform (melalui guru tingkatan).
    4. Membantu memasukkan data pendaftaran kokurikulum dalam komputer.
    5. Memastikan peraturan perlembagaan, surat perlantikan AJK, senarai AJK dan minit mesyuarat agung setiap unit direkodkan dan difailkan.
    6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK setiap unit dijalankan pada tarikh yang ditetapkan.
    7. Mengumpulkan program tahunan pada awal tahun untuk edaran dan rujukan.
    8.Mengumpulkan laporan aktiviti mingguan dan tahunan untuk difailkan.



    JAWATANKUASA KEWANGAN :
    1. Mengambil tindakan kepada semua pekeliling dan surat arahan.
    2. Mengeluarkan surat kebenaran kepada pemungut wang.
    3. Memesan dan mendaftar buku resit.
    4. Mengagihkan buku resit.
    5. Memastikan semua penerimaan wang dibankkan.
    6. Memastikan semua pembelian dan pembayaran mengikut peraturan kewangan.
    7. Menyediakan buku tunai yang dikemas kinikan.
    8. Menyediakan penyata kewangan.

    JAWATANKUASA KESELAMATAN :
    1. Mematuhi pekeliling dan arahan.
    2. Merancang program keselamatan laIu lintas, bangunan dan penggunaan perabot.
    3. Mewujudkan kerjasama dengan polis, bomba, JKR dan lain-lain.
    4. Memastikan alat pencegah kebakaran cukup dan berfungsi.
    5. Memastikan sistem lalu lintas selamat.
    6. Menetapkan pergerakan lalu lintas semasa majlis sekolah.

    JAWATANKUASA PERANCANGAN SEKOLAH
    1. Merancang pembangunan fizikal termasuk bangunan dan infrastruktur sekolah.
    2. Merancang pembangunan rohani dan sahsiah.
    3. Merancang program-program kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan disiplin.
    4. Menyelaras semua program.yang dirancang pelaksanaannya.
    5. Merancang takwim sekolah.
    6. Menilai semua program yang dijalankan.

    JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEBERSIHAN
    1. Membuat perancangan tahunan bagi keceriaan dan kebersihan sekolah.
    2. Menyediakan pelan induk landskap sekolah.
    3. Menguatkuasakan arahan dan peraturan keceriaan dan kebersihan.

    JAWATANKUASA PERPUSTAKAAN PUSAT SUMBER
    1. Menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
    2. Memperbanyak koleksi PSS.
    3. Meningkatkan penggunaan PSS.
    4. Meningkatkan peralatan dan kemudahan PSS. .
    5. Menyebarkan maklumat PSS kepada guru dan pelajar.
    6. Menguruskan stok PSS.
    7. Memberi latihan kepada petugas PSS.
    8. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
    9. Mengkelaskan buku dan menyusun mengikut tajuk.
    10. Merawat buku dan membuat hapus kira.
    11. Menjaga keselamatan peralatan yang digunakan.


    JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
    1. Menyediakan jadual waktu peringkat sekolah.
    2. Menyediakan jadual penggubal soalan.
    3. Mengurus percetakan, pengedaran dan penyimpanan soalan.
    4 . Memastikan keselamatan kertas soalan.
    5. Menyimpan soalan sebagai rekod.
    6. Memberi penerangan kepada pelajar dan guru maklumat terkini.
    7. Menguruskan pendaftaran peperiksaan awam. .
    8. Menyediakan dan mengatur bilik-bilik peperiksaan.
    9. Menguruskan perjalanan ujian dan peperiksaan.
    10. Menguruskan sijil-sijil yang diberi di peringkat sekolah.
    11. Membuat analisa keputusan penilaian dan peperiksaan.
    12. Merancang program kecemerlangan kurikulum.

    JAWATANKUASA DISIPLIN PELAJAR
    1.Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berdasarkan pekeliling kementerian.
    2. Menguatkuasakan peraturan sekolah.
    3. Membantu menyelesaikan masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.
    4. Mengesan salah laku pelajar dan mengambil tindakan susulan.
    5. Bekerjasama dengan pengawas bagi pengurusan disiplin pelajar.
    6. Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan.
    7. Menanam sikap cintakan sekolah dan negara.
    8. Menerima laporan pengawas dan mengambil tindakan.
    9. Menanamkan semangat kekitaan dan menjadikan peraturan sekolah sebagai budaya.
    10. Menjalankan hukuman dengan keizinan pengetua.
    11. Menyediakan maklumat disiplin kepada pihak yang memerlukan.
    12. Menjalankan rondaan bagi mengesan pelanggaran disiplin sekolah.
    13. Merancang dan melaksanakan program peningkatan dan penghayatan disiplin.
    14. Menjadi pegawai perhubungan dengan ibu, bapa dan penjaga pelajar.
    15. Melaporkan salah laku disiplin kepada pihak pengurusan.
    16. Menghubungi pihak polis jika perlu.

    JAWATANKUASA KESELAMATAN
    1. Menyediakan papan kenyataan untuk makluman dan tindakan pelawat.
    2. Mendapatkan kerjasama dengan polis berhubung keselamatan sekolah.
    3. Merancang dan melaksanakan program keselamatan.
    4. Menjalankan latihan kecemasan kebakaran dari semasa ke semasa.
    5. Memastikan peraturan keselamatan dipaparkan di bilik-bilik darjah dan tempat­- tempat yang strategik.
    6. Meletakkan amaran-amaran di tempat-tempat yang berbahaya.
    7. Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan.
    8. Merancang untuk mengurangkan kesesakan semasa pelajar datang dan balik sekolah.




    JAWATANKUASA BIASISWA DAN BANTUAN
    1. Mematuhi pekeliling kementerian.
    2. Menyimpan rekod penerima biasiswa dan bantuan.
    3. Memilih calon yang layak ditawarkan biasiswa.
    4. Memproses borang permohonan biasiswa.
    5. Menyediakan rekod penerimaan cek dan baucer.
    6. Mewujudkan borang kawalan pengeluaran wang penerima biasiswa.
    7. Menyimpan buku akaun pelajar.
    8. Memfailkan maklumat dan sentiasa kemas kini.
    9. Membuat laporan kepada pihak yang berkaitan.


    JAWATANKUASA PEMBANGUNAN
    1. Menyediakan perancangan jangka pendek dan pendek panjang.
    2. Mengambil tindakan kepada semua pekeliling dan surat arahan.,
    3. Memastikan semua peralatan elektrik di sekolah berfungsi dan selamat digunakan.
    4. Memastikan semua perabot mencukupi.
    5. Membuat pelupusan ke atas inventori yang tidak boleh digunakan.
    6. Membuat budget pengurusan tahunan.
    7. Membuat laporan sebarang kerosakan ke atas inventori sekolah.

1 Response to "Tugas Jawatankuasa"

  1. AJAK
    TAHNIAH LE DAH ADA BLOG SENDIRI
    TERIMA KASIH KERANA AKU COPY AND PASTE
    KAU PUNYA BAHAN UNTUK PERKONGSIAN.
    BLOG AKU;
    www.rahmanselamat.blogspot.com
    www.smklengakokurikulum.blogspot.com

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel