-->

pengajaran berasaskan kajian masa depan

PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

1. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan ialah suatu strategi pengajaran secara saintifik yang dibina untuk melatih murid memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan bertangggungjawab. Dengan ini, menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

2. Terdapat empat prinsip atau rasional mengapa Kajian Masa Depan digunakan:

(a) Prinsip Perubahan: Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya, berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang.

(b) Prinsip Pandangan Jauh: Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia dekat. Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah perlindungan atau pencegahan sebelum sesuatu perkara berlaku.

(c) Prinsip Perancangan Strategik: Andaian terhadap masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi rancangan kita pada masa kini.

(d) Prinsip Pengupayaan: Remaja selalunya prihatin tentang masa depan mereka. Oleh itu, mereka perlu belajar kemahiran perancangan strategic, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.

3. Objektif Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan: membolehkan murid:

(a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan.
(b) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
(c) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
(d) Membina sikap dan nilai tentang masa depan.
(e) Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.

4. Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Di Bilik Darjah:

(a) Terhadap Murid:
(1) merangsang murid berfikir
(2) menyemai semangat optimistic tentang masa depan
(3) menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu
(4) berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal
(5) menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa depan
(6) menyemai keyakinan diri untuk menghadapi cabaran masa depan
(7) melatih menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
(8) murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan idea dan pandangan tentang sesuatu tema

(b) Terhadap Guru:
(1) pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
(2) Guru berperanan sebagai fasilitator kerana murid memainkan peranan sebagai peneroka yang aktif
(3) Pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, visual, audio, kinestetik dan komunikasi berpusatkan murid boleh digunakan.
(4) Iklim dalam bilik darjah seronok, menarik dengan suasana kreatif serta persekitaran yang boleh merangsang murid untuk belajar.

5. 2 Komponen Asas Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan:

(a) Kemahiran Asas Kajian Masa Depan:
(1) Membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada.
(2) Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa depan
(3) Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

(b) Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan:
(1) Pemahaman konsep kajian masa depan
(2) Pengumpulan maklumat
(3) Ramalan dan analisis
(4) Imaginasi dan kreativiti
(5) Strategi mengatasi cabaran
(6) Proses inovasi sosial
(7) Membina senario
(8) Penjelasan nilai dan masa depan
(9) Dimensi kemapanan

5 Responses to "pengajaran berasaskan kajian masa depan"

  1. banyak membantu kepada pendidik untuk memahami kaedah pembelajaran yang dijalankan agar aktiviti P&P lebih bermakna

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Mohon memanfaatkan ini. Alhamdulillah

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel