-->

kajian tindakal 1

roposal Kajian Tindakan Sains (Bahagian B) Sekolah Rendah.

- Sekolah Kebangsaan Seri Desa
- Kumpulan Penyelidikan: AJK Panitia Sains ( Fokus kelas)
1. Pn Rakiah Assani bt Hassan Basri
2. Pn Zaidah bt Abdul Talib
3. Pn Haslinah bt Farid Wajidi

1. Tajuk:
- Menggunakan Teknik Latih Tubi untuk merangsang daya ingatan murid bagi menjawab soalan.
- Mengenalpasti dan menggunakan kata kunci yang sesuai bagi menjawab soalan.

2. Isi / Keperihatinan Yang Dikaji

- Murid belum mahir membina ayat bagi menjawab soalan.
- Murid tidak dapat mengenalpasti kata kunci dalam soalan
- Murid belum menguasai KBKK.
- Murid kurang minat mata pelajaran Sains.
- Murid kurang keyakinan diri untuk menjawab soalan Bahagian B.


3. Refleksi masalah

- Semasa mengajar Sains Bahagian B didapati murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat kerana tidak dapat mengenal pasti kata kunci yang terlibat.
- Fenomena ini berpunca kerana kurang kefahaman murid terhadap kehendak soalan dan tidak dapat mencari kata kunci bagi jawapan.
- Menurut kajian Edward Lee Thorndike (1874-1949), yang menyatakan bahawa kanak-kanak belajar apabila dia banyak didedahkan dengan latih tubi. Dengan melakukan berulang kali ia akan menjadi sesuatu yang lazim.
- Skinner (1958), telah mengenalpasti pembelajaran adalah proses pelaziman. Pelaziman ialah proses mengulang-ulangkan rangsangan dan gerak balas yang sama hingga menjadi kebiasaan.

Ulasan Karya

Menurut Rohani Abdul Hamid (1999/2000) dalam Jurnal Akademik Jilid 7, minat murid-murid dalam penggunaaan bahan-bahan sains masih di tahap rendah.

Menurut Lay Yoon Fah (2001) dalam Jurnal Keningau Jilid 3, daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KSSR) – memberi penekanan kepada penguasaan Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir, pemahaman kepada prinsip asas Sains memupuk sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusi pengalaman yang relevan kepada kehidupan harian murid.

4. Objektif
Am:
- Untuk meningkatkan tahap pencapaian murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B.

Spesifik:
- Untuk membantu pelajar menjawab soalan Sains Bahagian B dengan tepat.
- Meninjau tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran proses sains di
kalangan murid Tahun 5 Arif.
- Menyemai minat, keyakinan dan budaya ingin tahu yang lebih ketara dan efektif

5. Kumpulan Sasaran:
Murid Tahun 5 Arif
Bilangan murid – 35 orang

6. Tindakan Yang Diambil

Menggunakan set-set soalan latihan Bahagian B- secara terancang.
Contoh:
o mengenalpasti pembolehubah manipulasi melalui soalan-soalan
o Mengenalpasti pembolehubah bergerakbalas latihan (Lampiran 1)

o Program mentor-mantee – hanya AJK Panitia Sains sahaja yang terlibat iaitu 1 kumpulan seramai 5 orang murid dibimbing oleh seorang guru Sains. (Lampiran 2)
7. Bahan yang Diperlukan
- Set soalan
- Gam
- Gunting
- Buku latihan
- Lembaran kerja
- Buku catatan8. Skedul Kerja (2006)

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal.2 Februari
2 Menulis proposal kerja kajian. 24 Februari
3 Merancang tindakan individu / panitia. 28 Februari
4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1 (mengenalkan pembolehubah melalui latih tubi). 7 Mac
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam panitia) 13 Mac
6 Melaksanakan tindakan - Aktiviti 2 (membuat latihan aktiviti Sains) , program mentor-mantee 18 Mac
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 (dalam panitia) 28 Mac
8 Ujian untuk mengesan pencapaian murid. 30 Mac
9 Refleksi kajian 14 April
10 Menulis laporan kajian 24 April
11 Pembentangan da9. Pemerhatian

- Laporan Ujian Pengesanan Murid – berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun Tahun 4
- Ujian Khas – hanya fokus kepada bahagian B sahaja
- Ujian Bulanan
- Latihan / kerja rumah – melalui perbincangan soalan dalam kelas, pembentangan hasil tugasan murid
- Maklumbalas daripada guru – hasil aktiviti dengan murid
- Maklumbalas AJK Panitia – dalam mesyuarat panitia
- Peningkatan pencapaian keputusan ujian mata pelajaran Sains – Peperiksan Penggal Pertama


10. Refleksi

11. Pelaporan

12.Tindakan Susulan / Cadangan Kajian Akan Datang

13. Rujukan

Bibliografi

 Mahmood Nazar Mohamed,(1990).Pengantar Psikologi,DBP,Kuala Lumpur.
 Sabri Ahmad,(2003).Kemahiran Belajar Berkesan,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,Kuala Lumpur.
 Lay Yoon Fah,(2001).Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Di Kalangan Guru Sains Sekolah Rendah:Satu Tinjauan di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Seberang Perai Utara/Tengah, Pulau Pinang.Jurnal Keningau,Jilid 3,
1-9.
 Rohani Abdul Hamid,(1999/2000).Minat Penggunaan Bahan Bacaan Sains Sebagai Sumber Rujukan Pembelajaran di Kalangan Murid Tahun 5.Jurnal Akademik,Jilid 7,32-41.
 Sabura Mohamad Daud Marican,(1999).Kepentingan Maklum Balas Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Jurnal Akademik,Jilid 7,30-37.
 Mohd Yunus Noor,(1990).Psikologi dan Teknik Belajar yang Berkesan,Fajar Bakti Sdn Bhd,Kuala Lumpur.




























patan kajian. 30 April

- Borang-borang

1 Response to "kajian tindakal 1"

  1. salam.ada tak buat kjian tndakan nie secara penuh

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel