-->

garis panduan penulisan ilmiah versi 2

Teknik Penulisan Ilmiah
Susunan:
DR. SULAIMAN MASRI
Fakulti Bahasa, Universiti Perguruan Sultan Idris
SECARA umum, susunan sesuatu proposal penyelidikan adalah seperti berikut:
1. Pengenalan
2. Pernyataan tentang sasaran
3. Tinjauan perpustakaan
4. Susunan teoritis atau skema konseptual.
5. Hipotesis
6. Metodologi/kaedah.
7. Pernyataan tentang implikasi teoritis dan implikasi substantif.

1. Pengenalan
Pengenalan sesuatu proposal penyelidikan perlu menepatkan permasalahan yang akan diselidiki dalam prespektif sejarah. Penyelidik perlu secara ringkas memperlihatkan
perkembangan sejarah dalam permasalahan sekarang yang akan diselidiki. Sebagai penyelidik,anda perlu menetapkan minat utama terhadap permasalahan dengan cukup tepat dan tegas.
Dengan kata lain, penyelidik perlu mengemukakan permasalahan yang diselidik dan sudut apa daripada permasalahan itu yang akan dianalisis atau dibahas secara meluas. Sebagai contoh, jika seorang penyelidik berhasrat untuk menyelidik pelbagai
pengaruh sosial dan psikologi daripada Internet dalam lingkungan pembelajaran, dia boleh mulai dengan menerangkan permulaan asal penggunaan komputer dipelbagai lingkungan pengajaran-pembelajaran.Penyelidik dapat melanjutkan huraian sejarah dengan membahas penggunaan komputer pada saat sekarang di beberapa lingkungan yang khusus. pada pembahasan ini, dia boleh mengemukakan minatnya yang sesungguhnya dalam membongkar
beberapa pengaruh sosial dan psikologi yang potensial daripada internet terhadap pembelajaran ketika itu.


2. Pernyataan tentang Sasaran Penyelidikan
Sasaran atau tujuan projek penyelidikan memperjelaskan apa yang ingin dicapai oleh penyelidik sebagai hasil daripada aktiviti penyelidikannya. Apakah tujuan spesifik yang ingin dicapai?
Ada kalanya bahagian ini dibahagi ke dalam beberapa subbahagian untuk merangkum tujuan utama dan tujuan tambahan. Atau, terdapat perhatian yang primer dan sekunder. Dalam hubungan ini, penyelidik mungkin mampu menyusun pelbagai tujuan dalam suatu susunan yang tertib, iaitu dari yang paling penting hingga yang kurang
penting.

Tiada had bagi jumlah tujuan atau sasaran penelitian. Penentuan tentang beberapa banyak sasaran yang ditetapkan bergantung kepada luasnya penyelidikan, membuat penyelidik, waktu, biaya, dan pertimbangan tenaga kerja. Sejumlah pendidikan boleh memiliki suatu tujuan tunggal, manakala sejumlah projek penyelidikan lainnya mampu memiliki 20 atau 30 tujuan. Walaupun tiada had atas
jumlah sasaran yang dapat dicapai oleh suatu projek, ada kemungkinan penyelidik menggarap terlalu banyak masalah.
Dengan yang demikian, kurang bijaksana melibatkan diri dengan terlalu banyak masalah sasaran penyelidikan, kerana penyelidik akan menghadapi kesulitan besar ketika mencuba merangkum tujuan-tujuan. Sasaran penyelidikan yang terlalu banyak juga memungkinkan suatu skema teoretis yang sukar. Dengan yang demikian, dicadangkan supaya penyelidik membatasi
sasaran pada suatu jumlah yang munasabah.
Jumlah yang "munasabah'' atau "yangpertimbangan anggaran, dan kekangan tenaga kerja. Penyelidik perlu menaksir secara subjektif pelbagai tujuan penyelidikannya untuk menetapkan adakah dirinya memiliki kesanggupan untuk menangani masalah yang dipilih secara berkesan.
Mungkin penyelidik bertindak bijaksana dengan memilih beberapa tujuan yang `kontroversial' tetapi tidak mustahil untuk dicapai.
Seterusnya, pernyataan yang tepat tentang tujuan atau sasaran merupakan pedoman yang berguna bagi aktiviti penyelidikan. Dengan menggunakan contoh internet tadi, maka sasaran-sasaran yang kabur atau samar-samar boleh berupa "untuk melihat kalau-kalau penggunaan internet pada suatu lingkungan pembelajaran akan membawa kepada perubahan sikap'' atau "untuk menemukan kalau-kalau penggunaan internet akan membawa perubahan peranan yang bererti di kalangan pelajar''.

Pernyataan-pernyataan tersebut dianggap kabur kerana mereka tidak mampu menetapkan sikap apa dan peranan pelajar yang sama yang terlibat dan dipengaruhi oleh internet.
Memanglah, dapat dinyatakan bahawa suatu penyelidikan eksploratori boleh disusun secara longgar bagi menetapkan bagi lebih banyak sasaran penyelidikan yang spesifik untuk diselidiki dengan ketepatan yang lebih tinggi. Sehubungan itu, suatu pernyataan yang lebih spesifik tentang tujuan lebih
berupakan "untuk menyelidik pengaruh penggunaan maklumat-bukan-pelajaran daripada internet terhadap keruntuhan akhlak pelajar/remaja (sesuatu angkubah/variable sikap''.
penyataan tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa angkubah bebas (independent) internet boleh diikuti oleh suatu perubahan pada suatu angkubah bergantung (dependent) yang spesifik, iaitu maklumat-bukan-pelajaran.
Angkubah atau variabel bermaksud 'faktor termasuk unsur, ciri, angka dan sikap' yang boleh berubah. Dalam bidang sosial unsur-unsur kehidupan yang boleh berubah seperti ejaan, makna perkataan, sebutan dan gaya.


3. Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur (literature review), iaitu penelitian terhadap kajian terdahulu, dirancang untuk merapatkan penyelidik dengan maklumat tertentu yang relevan dengan topik yang diselidiki.

Terdapat pendapat berbeza-beza tentang sejauh manakah sesuatu tinjauan perbahanan perlu dilakukan. Sejumlah penyelidik mungkin menumpukan perhatian pada pengenalan semua perbahanan yang ada tentang suatu perkara, manakala yang lainnya suka meninjau perbahanan berupa jurnal-jurnal utama sepuluh tahun terakhir.
Dalam sesuatu proposal penyelidikan, kita biasanya tidak perlu membahas semua perbahanan yang ditemukan oleh penyelidik. Satu perkara yang positif daripada tinjauan
perbahanan bagi proposal adalah menggunakan beberapa gagasan yang representatif daripada sejumlah buku dan artikel tentang subjek yang ditangani.

Sebagai contoh, jika terdapat 100 artikel tentang suatu topik tertentu yang mencerminkan sejumlah pendapat utama yang berbeza dan bertentangan, penyelidik penyelidik perlu mampu memilih 10 atau 20 artikel yang kelihatan mewakili pendapat utama yang diperlukan, disamping sejumlah penemuan yang berlawanan. Walau bagaimanapun, soal tentang berapa banyak artikel yang perlu dicantumkan dalam sesuatu proposal penyelidikan, sukar dijawab secara kuantitatif. Sekiranya topik penyelidikan relatif baru, maka mungkin hanya sedikit atau tiada maklumat daripada perbahanan yang tersedia yang berkait langsung dengan subjek. Dalam hubungan ini, penyelidik mesti mengutip perbahanan yang tersedia yang berkaitan hanya secara tak
langsung dengan topik yang akan diselidiki. rasional'' bergantung pada batas waktu,
Sebagai contoh, pada akhir tahun 1970-an hanya sedikit, jika ada, yang diketahui tentang pengaruh maklumat-bukan-pelajaran di kalangan remaja kerana pada ketika itu alat bernama komputer ini masih asing lagi kepada penduduk negara ini. Jika penyelidik
memilih untuk mengkaji maklumat daripada internet berikutan pengaruhnya terhadap sistem belajaran di sekolah, maka ia akan memasukkan dalam tinjauan literaturnya maklumat yang berhubung hanya secara tak langsung dengan topik pilihannya. Dengan
yang demikian, usaha rintisan (iaitu projek penyelidikan yang menyelidik bidang-bidang sosial yang sebelumnya tidak diteroka) merupakan sasaran keterbatasan yang signifikan semacam ini.
sebaliknya, sekiranya terdapat bahan yang banyak tentang suatu bidang topik, maka terserah kepada pengkaji untuk menentukan berapa banyak artikel yang akan dipilihnya untuk suatu tinjauan yang representatif.

Sekali lagi, tiada ukuran yang jelas untuk menentukan berapa banyak artikel, malah berapa banyak judul buku yang harus ditinjau, tanggapan dan penggaparan subjektif ini lazimnya sudah memadai.
Usaha merujuk dan mengutip dalam tinjauan literatur dalam proposal dan laporan penyelidikan boleh diselesaikan dengan pantas dan mudah setelah mematuhi prosuder antarabangsa. Sebagai contoh "Willer (1971:132) menyatakan bahawa...'' adalah lebih kurang kaku berbanding dengan "Nik Safiah karim, Hashim Musa, Farid Onn, Abdul Hamid Mahmood (1986, hlm.12-14). Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, menunjukkan bahawa ...'' Dalam contoh, "Asmah (1980;14)'', sesuatu daftar rujukan yang diberi keterangan disajikan diakhir proposal. Karya penulis yang lebih dari satu oleh orang yang sama dapat ditangani dengan mudah. Sebagai contoh, jika Asmah memiliki tiga karya tulisan dalam tahun yang sama, maka karya tulis itu boleh ditunjukan sebagai Asmah (1980a), Asmah (1980b), Asmah
(1980c). Banyak jurnal yang mengikuti gaya pengutipan yang terakhir ini disebabkan ia cepat dan mudah digunakan, serta menjadikan artikel lebih mudah dibaca.

Tujuan literatur perlu memperlihatkan suatu rangkuman yang berkesan menyusuli pelbagai penemuan (dapatan) penting yang berkenaan langsung denga permasalahan yang diselidiki. Ia membantu pembaca untuk memahami keterkaitan antara pelbagai
artikel atau buku yang ditemui.

Demi wujudnya objektiviti ilmiah, penyelidik perlu menggembleng usaha untuk menghadirkan artikel dan buku (terutamanya dalam pelbagai bidang penyelidikan yang kontroversial) yang mewakili suatu kedudukan yang setara. Perlu diingatkan, bahawa membahas artikel artikel atau penulisan yang menguntungkan daripada satu titik pendapat hingga mengabaikan artikel atau penulisan yang merugikan daripada satu titik pendapat yang berlawanan, sebenarnya
mencerminkan sikap berat sebelah (memihak) penyelidik. Perlakuan begini perlu dihindar lantaran ia bertentangan malah menyesatkan dari segi norma-norma ilmu pengetahuan.

4. Susunan Teoritis dan Skema Konseptual

Teori merupakan sekumpulan konstruk (konsep), definisi dan dalil yang saling terkait yang menghadirkan suatu pandangan yang sistematis tentang fenomena dengan menetapkan hubungan antara beberapa angkubah atau variable, dengan maksud
menjelaskan dan meramalkan fenomena (Kerlinger,1965:11).
Dengan yang demikian, susunan teoritis dan skema konseptual, dalam beberapa hal, merupakan jantung proposal penyelidikan. Ia demikian ketika penyelidik merumuskan dan mengembangkan suatu penjelasan tentang hubungan beberapa angkubah yang
diselidikinya.

Bagaimana terjadinya hingga angkubah X dan angkubah Y tidak hanya didefinisikan tetapi hubungan logik mereka diperlihatkan.
terangkum di sini beberapa anggapan, pembuktian dan definisi yangv digunakan oleh penyelidik untuk mengembangkan kerangka kerja eksplanatori tempat keseluruhan projek penyelidikan. penyelidikan selanjutnya akan mendukung atau gagal mendukung kerangka kerja teori yang ditemukan di sini.

5. Hipotesis
Hipotesis ialah suatu pernyataan sementara tentang sesuatu, yang kebenarannya biasa tidak diketahui. Sebagai contoh, menyatakan bahawa pelajar Melayu tidak menghadapi sebarang masalah dalam menjawab Bahasa Melayu Kertas I berbanding dengan pelajar bukan Melayu, boleh ditafsirkan sebagai suatu hipotesis menyangkut
pengaruh tingkah laku terhadap kebiasaan berbahasa kebangsaan.
Terdapat tiga jenis hipotesis yang penting iaitu hipotesis penyelidikan, hipotesis nol, dan hipotesis statistik.

Hipotesis penyelidikan merupakan pernyataan yang cermat tentang keadaan halhal penyelidikannya. Hipotesis nol juga merupakan pernyataan kenyataan sesuatu perkara tetapi pernyataan yang menolak atau menyangkal apa yang ditunjukkan oleh
hipotesis penyelidikan.

Hipotesis statistik pula adakah pernyataan tentang populasi statistik yang berdasarkan maklumat daripada data yang diamati dan diusahakan oleh seseorang untuk diguna pakai atau disangkal.
Dalam ruang lingkup proposal penyelidikan, hipotesis boleh dipandang sebagai kenyataan spesifik daripada teori dalam bentuk yang boleh diuji.

Tiada had dalam jumlah hipotesis yang boleh ditarik daripada skema teporetis dan dijadikan sasaran ujian pengujian empirisis. Namun begitu, biasanya jumlah hipotesis pada pengujian emperis, maka beberapa atau kesemua sasaran projek penyelidikan dicapai sebahagian atau semuanya.


6. Metodologi
Metodologi atau kaedah pendidikan merupakan blue print bagi aktiviti penyelidik dan menetapkan bagaimana hendak menguji hipotesis, mempelajari subjek, atau menghuraikan sasaran. Ia sebenarnya menjelaskan rancangan penyelidik dan merupakan
tahap “bagaimana melaksanakan kajian/penyelidikan itu''. Bahagian ini mengandungi

1. Populasi yang diselidiki
2. Jenis persampelan yang diikuti.
3. Ukuran sampel yang diambil.
4. Jenis instrumesi (misalnya: wawancara, soal-selidik, pemerhatian, analisis atau sumber sekunder seperti catatan statistik, surat, ortobiografi)
5. Statistik yang digunakan (jika ada) seperti gamma, chi square, Person r)
6. Jenis sajian tabular (misalnya grafik, jadual, peta, gambar)
7. Pernyataan tentang Implikai Teoritis dan Implikasi Substantif. Pada akhir projek penyelidikan, cuba fikirkan jawapan bagi soalan: "sejauh manakah relevansi dan signifikansi penyelidikan itu?''

Walau pun terdapat banyak pengkaji yang mencari pengetahuan demi pengetahuan semata-mata dan hanya memberikan sedikit perhatian kepada makna daripada aktiviti penyelidikan mereka, namun ada penyelidik lain yang berusaha memenuhi tujuan peribadi dan pada orang lain untuk mempertahankan penyelidikan yang
perlu mereka laksanakan.

Sehubungan itu, penyelidikan dapat dinilai daripada beberapa dimensi. Kalau penyelidikan bahasa, penyelidikan dapat melihat manfaat segera dan langsung. Misalnya kurangnya kesalahan umum dalam penulisan bahasa Melayu, atau peningkatan penggunaan bahasa yang betul di kalangan pelajar bukan Melayu.
Dapatkah penyelidikan membantu pelajar menguasai sistem ejaan yang betul?
Dapatkah hasil penyelidikan berfungsi dalam penyelesaian minat membaca?
Suatu bentuk penilaian lain dibuat atas penelitian sosial menurut suatu dimensi masa. Adakah hasil penyelidikan saya sekarang diterapkan 10 atau 20 tahun yang akan datang walaupun tidak ada kegunaan praktis yang terlihat pada masa ini?
Penyelidikan boleh dinilai menurut nilai teoritisnya. Adakah penyelidikan ini menyumbang pada teori-teori yang ada tentang kemahiran dalam bahasa kedua di kalangan remaja? Atau, adakah penyelidikan ini menyangkal orientasi teoritis yang ada?

0 Response to "garis panduan penulisan ilmiah versi 2"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel