-->

Pembelajaran koperatif

PEMBELAJARAN KOPERATIF


Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 – 4 orang ahli. Kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli adalah yang paling sesuai. Ciri yang paling penting dalam pembelajaran ini adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap ahli dalam kumpulannya.

TUJUH PRINSIP ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF


Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai beberapa prinsip asas. Prinsip-prinsip itu adalah:

Saling bergantungan positif (Positive Interdependence)

Setiap pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat kumpulan. Setiap orang mesti mengambil berat tentang diri sendiri dan juga rakan lain dalam kumpulan dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa cara untuk menstruktur saling bergantungan positif. Antaranya ialah:

i)Tetapkan matlamat kumpulan yang jelas.
ii)Berikan ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan.
iii)Bahagikan bahan sumber di antara ahli-ahli kumpulan.
iv)Berikan peranan sampingan kepada ahli-ahli kumpulan.

Interaksi Bersemuka (Face To Face Interaction )

Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain. Corak interaksi di antara ahli-ahli kumpulan akibat daripada saling pergantungan positif yang telah distrukturkan akan menggalakkan pembelajaran setiap ahli. Ini bermakna sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain bagi mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.


c)Akauntibiliti Individu ( Individual Accountability)

Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara koperatif, setiap ahli kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan yang berserupa secara bersendirian. Cara menstruktur akauntibiliti individu ialah:


a) Memberi ujian individu kepada semua pelajar.
b) Memilih secara rawak salah seorang daripada ahli untuk menerangkan jawapan kumpulan.
c) Memilih secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli kumpulan untuk digredkan.
d) Penglibatan saksama


Kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan individu lain tidak wujud secara automatik apabila ia diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan juga didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif.
Contoh-contoh kemahiran koperatif ialah:
i) Mengikut giliran untuk membuat kerja.
ii) Memberi galakan kepada kumpulan.
iii) Mendengar dengan teliti.
iv) Menerangkan pendapat sendiri dengan jelas.
v) Mengkritik idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea.
e) Pemprosesan Kumpulan ( Group Processing )


Ia juga dikenali sebagai membuat refleksi. Proses interaksi dalam kumpulan membolehkan pergantungan dan penyelesaian masalah antara ahli kumpulan dijalankan dengan berkesan. Ini dapat dilihat di akhir perbincangan atau aktiviti pengajaran. Perlakuan yang baik harus diamalkan manakala kelemahan dalam kumpulan harus diperbaiki pada pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai jika dilakukan sekali-sekala.
f) f)Kemahiran sosial
Setiap ahli kumpulan peulu mempunyai kemahiran sosialuntuk membolehkan kumpulan koperatif berjalan dengan jayanya. Kagan 91992) menghujahkan kepentingan kemahiran sosial sebagai yang berikut:
Lebih ramai pelajar lepasan sekolah yang gagal memperolehi kerja pertama kerana kekurangan kemahiran sosial daripada pelajar yang kekurangan kemahiran teknikal.

Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaanhidup hari ini.
Pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan masalah, mereka juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa.

g) g)Interaksi serentak (IS)

IS berlaku bila mana bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun manakala dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. IS juga mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap pelajar.


JENIS-JENIS MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN STRATEGI-STRATEGIYANG DIGUNAKAN DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF


i. Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

Menurut Sharan & Hertz – Lazarowitz 1980; Sharan & Sharan, 1990, Group Investigation – GI / penyiasatan berkelompok ialah kaedah koperatif yang membolehkan murid merancang melakukan satu kursus pembelajaran. Ini termasuk mengenalpasti satu topik yang disiasat, merancang dan membolehkan penyiasatan serta menyediakan pesembahan terakhir. Ini bermakna penyiasatan berkelompok ialah satu kaedah pengajaran di dalam bilik darjah di mana para pelajar bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan kecil untuk memeriksa, mengalami dan memahami topik kajian mereka.


ii) Team – Accelerated Instruction- Mathematics (TAI)
TAI ialah pendekatan menyeluruh kepada pembelajaran koperatif dalammatematik. TAI menyatukan pembelajaran koperatif dengan kebebasan bertindak secara individu iaitu membolehkan guru membentuk kelas matematik heterogenius untuk memberikan murid yang pencapaiannya rendah meningkatkan tahapnya dan mempercepatkan kurikulum biasa sama seperti murid yang tinggi pencapaiannya. Bahan-bahan TAI dapat menggantikan sepenuhnya buku teks dengan bahan yang direka istimewa spesifik untuk program. Dalam TAI, murid ditentukan kepada kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

iii) Student Team Achievement Division (STAD)

STAD ialah satu kaedah pembelajaran koperatif yang berasal dari Hopkins. Ianya adalah satu kaedah yang mudah dan praktikal. Dalam STAD, guru mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan penilaian individu. Kumpulan akan memperolehi sijil atau apa-apa penghargaan kejayaan apabila melakukan perubahan berbanding masa lepas sebagai pengiktirafan.

iv) Learning Together (LT)- Belajar Bersama

Menurut Johnson & Johnson (1991), LT bermaksud gambaran oleh ahli kumpulan di dalam kumpul kecil heterogenius secara koperatif untuk saling menyempurnakan matlamat pembelajaran. Bersama-sama ahli kumpulan bekerja keras atas tugasan akademik yang sering melibatkan perancangan serta perpaduan hasil kumpulan. Kemahiran sosial, latihan dan cara memproses diperlukan. Kumpulan yang mencapai kriteria untuk kejayaan sempurna akan berkongsi ganjaran.

v) Jigsaw

Jigsaw telah diperkenalkan oleh Elliot Aronson (1978) dan rakan-rakan. Ia ialah satu daripada model koperatif yang menjadikan pelajar pakar dengan aras yang mereka pelajari. Model ini hampir sama dengan Jigsaw Puzzle. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi sebahagian maklumat yang mereka pelajari. Kunci idea dalam jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu pasukan akan menjadi dalam bab tertentu dan bertanggungjawab mengajar apa yang telah mereka pelajari kepada rakan di dalam kumpulan.

vi) Team – Games Tournament (TGT)
TGT telah dicipta oleh Robert Slavin. TGT mengandungi putaran biasa aktiviti pengajaran seperti berikut:

a.Pengajaran
guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan. Ini boleh jadi dalam bentuk syarahan, demonstrasi dan pertunjukkan visual. Murid berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian mereka akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disediakan oleh guru untuk menguasai konsep.
vii) b.Pertandingan
Murid-murid bermain permainan dalam pertandingan di atas meja. Setiap pertandingan, meja akan diwakili 3 atau 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

KESIMPULAN

Sememangnya pembelajaran koperatif ini memberi kesan yang baik dalam pembelajaran matematik. Ini kerana ia mendedahkan murid-murid berkomunikasi dan berkongsi segala apa yang diperolehi bersama.
RUJUKAN
1.Aronson, Elliot, The Jigsaw Classroom, Newbury, California, Sage Publications, 1978.
2.Alice F. Artzt, Clire M. Newman, How To Use Cooperative Learning In The Mathematics Class. National Council Of Teachers Of Mathematics, 1990.
3.Lorna Curran In Consultation with Dr. Spencer Kagan, Lessons For Little Ones: Mathematics Coorperative Learning Lessons, 1998.
4.David W. Johnson, Roger T. Johnson, Learning Mathematics ang Coorperative Learning Lessons Plans For Teachers.
5.Nota : Asst. Prof. Krongthong Khairirie.
6.John, DW, Cooperative and Competation: Theory and Research. Interadian Book Co. Edina MN.
7.Robert E Slavin, Coorperative Learning: Theory Research and Practise prentice Hall. Englwood Cliffs, New Jersey. 1990.

0 Response to "Pembelajaran koperatif"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel