abstrak: guru stress
Raja Azrul Hisham Raja Ahmad (Penyelia : Prof. Datin Dr. Rohaty Mohd. Majzub)
STRESS pengajaran di kalangan guru sekolah menengah di Negeri Sembilan
Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor demografi yang mempengaruhi punca stress di kalangan guru-guru iaitu lokasi sekolah, jantina, umur dan taraf pendidikan terhadap pengajaran mereka di bilik darjah. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmana pembolehubah-pembolehubah yang dinyatakan mempengaruhi stress di kalangan guru dan apakah hubungannya dengan pengajaran. Sehubungan itu, faktor-faktor punca stress, petanda-petanda stress dan cara respon menangani stress di kalangan guru dilihat banyak mempengaruhi pengajaran mata pelajaran guru di bilik darjah. Seramai 150 orang guru di sepuluh buah sekolah menengah di empat daerah di Negeri Sembilan telah mengambil bahagian dalam bahagian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan (survey) menggunakan soal selidik yang diubahsuai dari kajian-kajian yang lepas. Data-data dikumpul menggunakan teknik pemprosesan data SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Data-data yang dikumpul diproses menggunakan teknik ujian frekuensi, Ujian-t, Anova Satu Hala dan Korelasi Pearson r. Secara umumnya, keputusan kajian telah menunjukkan bahawa faktor-faktor demografi iaitu lokasi mempunyai perbezaan dengan faktor masa dan faktor suasana kerja guru yakni guru di luar bandar lebih stress dengan masa dan guru di luar bandar lebih stress dengan suasana kerja. Jantina lelaki lebih stress dengan faktor suasana kerja berbanding perempuan. Kajian juga menunjukkan bahawa responden lebih banyak menggunakan cara respon menangani stress berbentuk aktif berbanding tindakan berbentuk tidak aktif. Jumlah waktu mengajar mempunyai hubungan dengan petanda-petanda fizikal dan cara respon menangani stress berbentuk tindakan aktif. Berdasarkan analisis frekuensi yang dijalankan terhadap setiap item, dapatan kajian menunjukkan bahawa tingkahlaku pelajar dan faktor masa merupakan faktor utama stress guru dalam pengajaran dan guru-guru lebih kerap mengalami petanda-petanda psikologikal berbanding petanda-petanda fizikal kesan dari pengajaran dan persekitaran persekolahan. Walaupun, kajian telah dapat memberikan sedikit maklumat tentang stress guru dalam pengajaran, kajian yang selanjutnya adalah diperlukan terutamanya dalam membuat kajian khusus tentang faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pengajaran itu sendiri yakni faktor-faktor yang wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan bagaimana ia mempengaruhi wujudnya petanda-petanda stress dan secara tidak langsung mempengaruhi cara respon menangani stress.

0 Response to "abstrak: guru stress"
Catat Ulasan